Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 4, 2018 @ 1:00pm

5 Barangan Isi Rumah Yang Bahaya Buat Si Manja!

Perkara ini mungkin tidak begitu diberi perhatian oleh umum. Mungkin kerana kita sendiri kurang pendedahan atau tidak tahu bahawa barang-barangan dan produk di rumah mengandungi bahan yang berbahaya dan boleh menjejaskan hormon badan?

Sebenarnya, bermacam-macam jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan pada anda, termasuklah si manja tersayang.

Menurut WebMD, paling terkesan tentunya si kecil kerana badan bayi masih belum matang sepenuhnya, maka ia tak berupaya untuk membersihkan mana-mana bahan kimia yang masuk ke dalam badan dengan cepat.

Dr Kimberly Yolton dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-Kanak Cincinnati menjelaskan, bayi paling berisiko untuk terdedah kepada bahaya bahan kimia kerana mereka mungkin akan bernafas dan memakan bahan kimia tersebut!

Biasanya, zarah kimia yang terjatuh dan ada di lantai akan menjadi habuk dan berpeluang untuk masuk dalam mulut bayi. Oleh itu, anda diminta untuk tidak menyimpan beberapa barangan ini, atau anda kena kerap menvakum rumah.

Jom kita semak apakah barang-barangan isi rumah yang berbahaya kepada bayi anda. 

5 Barangan Isi Rumah Yang Berbahaya Untuk Bayi

1. Racun Perosak

Racun pembunuh ini sering dikaitkan dengan penyakit kanser, masalah imunisasi badan dan kerosakan sistem saraf.

Satu kajian mendapati kanak-kanak yang memiliki sisa racun perosak dalam air kencing mereka lebih cenderung untuk menghidap tanda-tanda penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Saranan terbaik, gunakan produk gangguan perosak yang bersifat semula jadi atau sticky traps.

Foto: Everyday Health

2. Bahan Pencuci

Produk pembersih rumah mengandungi pelbagai bahan kimia seperti klorin, formaldehid dan pelarut yang boleh melecurkan kulit, merengsakan mata, merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko penyakit kanser.

Jadi, jangan guna bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. Anda tak tahu bila si kecil itu akan tiba-tiba memegang lantai yang ada bahan pencuci, lalu memasukkan ia ke dalam mulut mereka!

Foto: bannerhealth

3. Sabun, syampu dan krim

Hampir semua produk penjagaan kecantikan dan penjagaan diri yang anda beli mengandungi bahan kimia yang digelar sebagai phthalates.

Kajian awal daripada pakar mendapati bahan kimia ini mampu menjejaskan kesihatan, mengakibatkan kanser, masalah untuk hamil dan isu-isu lain.

Foto: aliexpress

4. Penebat api

Sofa, kusyen, permaidani malah televisyen, merupakan penebat api yang mengandungi polybrominated diphenyl ethers (PBDEs).

Bahan ini mampu menjejaskan hormon badan kanak-kanak. Kajian mendapati kaitan antara pendedahan awal kepada barangan yang bersifat penebat api dengan perkembangan badan yang lambat, akil baligh lebih cepat, dan kesan-kesan kesihatan lain pada kanak-kanak.

Foto: MomJunction

5. Plastik

Barangan dan produk plastik mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) yang berfungsi meniru kesan hormon estrogen dalam badan. Akan tetapi, bahan kimia ini amat berbahaya dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah masalah kegemukan, akil baligh terlalu awal, kanser ovari dan kanser prostat.

Jangan sesekali masukkan botol plastik dan cawan sippy anak anda dalam ketuhar gelombang mikro. Haba yang terhasil mampu memecahkan sejumlah kecil bahan kimia terbabit lalu ia masuk ke dalam makanan dan minuman.

Foto: infokids

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 20 Dec 2018

Menurut Kajian, Otak Manusia Mula Berfungsi Sepenuhnya Pada Jam 10 Pagi

Tubuh badan manusia secara semula jadi bergantung kepada jam biologi badan.

Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Nak Gigi Kekal Putih Bersih Dan Bersinar? Jangan Makan Atau Minum 7 Bahan Ini

Tak perlu susah-susah dapatkan rawatan teeth bleaching, hanya elak atau kurangkan makanan ini.

Featured Thu, 8 Mar 2018

Pengeluar Barbie Lancarkan Koleksi Patung Berinspirasikan Ikon Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Pengeluar barang mainan Mattel meraikan kaum Hawa dengan melancarkan patung-patung Barbie yang berinspirasikan ikon-ikon wanita dahulu dan kini dari seluruh dunia.

Gaya Hidup Fri, 14 Dec 2018

Aejeong! 8 Simbolik Cinta Orang Korea Yang Menjadi Ikutan Dunia

Luahkan perasaan sayang anda dengan lapan isyarat cinta artis K-Pop ini!

Gaya Hidup Mon, 1 Oct 2018

Lapan Pekerjaan Pelik Yang Wujud Di Muka Bumi Tuhan

Sesetengah daripadanya menerima bayaran lebih tinggi daripada seorang doktor, jurutera mahupun akauntan. 

Gaya Hidup Fri, 18 Oct 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan narsistik?

Ketahuinya sekarang, mungkin anda salah seorang daripadanya.

Gaya Hidup Thu, 21 Jun 2018

5 Perkara Ini Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Pergi Beraya

Jangan lakukan perkara ini kalau anda pergi beraya ya!

Featured Sun, 17 May 2020
Featured Fri, 3 Jan 2020

Adab memotong kuku, antara mitos dengan sunah

Ketahui cara betul yang disarankan dalam Islam

Gaya Hidup Tue, 16 Jan 2018

Timun Bukan Sahaja Manfaat Untuk Cantik, Malah Untuk Kesihatan Badan

Segelas air timun mampu memenuhi hingga 20% vitamin K yang diperlukan setiap hari.