Gaya Hidup By: tex_admin April 6, 2018 @ 12:50pm

5 Cara Atasi Bau Mulut Hanya Menggunakan Baking Soda

Masalah bau mulut biasanya akan mengganggu proses kehidupan seharian kita. Lagi-lagi jika kita bertemu dan bercakap dengan ramai orang, mesti kita akan berasa kurang berkeyakinan dan merasa tidak selesa.

Mungkin orang lain pun tak nak berbicara dengan kita sebab tidak tahan dengan bau tersebut. Malunya! Ada juga dalam kalangan kita yang tidak perasan pun bahawa mulut kita berbau. 

Bagi mengatasi masalah ini anda perlu sentiasa menjaga kebersihan mulut anda dengan baik. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan mulut anda berbau dan keraplah menggosok gigi.

Untuk pengetahuan anda, baking soda juga antara bahan yang boleh membantu menyelesaikan masalah mulut berbau. Kami senaraikan 5 cara untuk menggunakan baking soda ini. Semoga bermanfaat!

1. Baking soda dan air

Foto: Shutterstock

Anda boleh mencampurkan 1 sudu baking soda dan segelas air suam. Kacau sehingga sebati dan gunakan air ini untuk berkumur selama 30 saat. Boleh lakukan 2 hari sekali ya. 

2. Baking soda dan ubat gigi

Foto: Legacy dental bremerton

Anda juga boleh menghilangkan bau mulut sambil menggosok gigi. Caranya adalah dengan mencampurkan 1/2 sudu teh baking soda ke dalam ubat gigi dan gunakan untuk menggosok gigi anda. Ubat gigi berfungsi untuk membersihkan kekotoran yang melekat dicelah-celah gigi manakala baking soda pula bertindak untuk membunuh kuman penyebab bau mulut.

3. Baking soda dan madu

Baking soda bukan sahaja dapat membantu menghilangkan bau mulut tetapi baking soda yang dicampur dengan madu dapat mencegah segala infeksi dalam mulut. Untuk mencegahnya, anda perlu menyediakan madu yang mempunyai kandungan anti-inflamasi. Caranya pula dengan mencampurkan 1 sudu teh baking soda dan madu ke dalam segelas air untuk diminum. Anda boleh lakukan cara ini dua hari sekali.

4. Baking soda dan garam

Garam sama seperti baking soda yang boleh bertindak untuk meneutralkan pH mulut dan boleh membunuh kuman. Anda hanya perlu mencampurkan 1 sudu teh baking soda, 1 sudu teh garam ke dalam setengah gelas air suam. Kemudian, anda boleh berkumur menggunakan air campuran ini sehingga habis. Anda boleh mencuba cara ini setiap dua hari sekali.

5. Baking soda dan cuka epal

Foto: Shutterstock

Cuka epal juga boleh mencegah bau mulut kerana ia boleh mengimbangkan pH di dalam mulut. Hanya gunakan sedikit sahaja cuka epal kerana ia mengandungi asid yang tinggi. Caranya ialah dengan campurkan 1 sudu teh cuka epal dan 1 sudu teh baking soda ke dalam segelas air suam. Kemudian, gunakan campuran tersebut untuk anda berkumur selama 30 saat. Cara ini selamat digunakan 2 hingga 3 kali seminggu.

Jadi, jika anda mengalami masalah bau mulut, jangan ambil mudah tau, lakukan cara-cara yang telah kami kongsikan ini. Selamat mencuba!

Sumber: Hijabista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

Cuci telefon bimbit untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19

Awas! Virus boleh berpindah ke permukaan telefon

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rezeki Perlu Dikongsi, Suami Fatin Afeefa Nasihat Golongan Atasan Jangan Layan Orang Umpama Mereka Tiada Standard

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati netizen untuk sentiasa berkongsi rezeki tidak kira pangkat mahupun darjat. @aliff_awangREZEKI KENA KONGSI. TAK KIRA PANGKAT 😊 Aku tengok orang kaya negara aku layan jockey / […]

Featured Sat, 5 Jan 2019

Bau Busuk Selepas Melunaskan ‘Hajat’, Ini Cara Menghapuskannya!

Pastikan bau tandas sentiasa dalam keadaan menyenangkan!

Gaya Hidup Fri, 2 Nov 2018

Jangan Cuba-Cuba ‘Chup’ Parking Kalau Tak Mahu Meringkuk Enam Bulan Dalam Penjara

Penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

Featured Fri, 13 Dec 2019
Featured Mon, 14 Oct 2019

Belanjawan 2020 sedia 6 insentif untuk wanita

Peruntukan lebih holistik dengan pelbagai manfaat

Featured Mon, 18 May 2020

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Di London pun boleh makan nasi kandar, nasi daging sedap

Featured Sun, 12 May 2019
Gaya Hidup Thu, 5 Jul 2018