Gaya Hidup By: tex_admin January 17, 2018 @ 8:12am

5 Cara Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit memang menjengkelkan ramai wanita kerana ia membuatkan penampilan kelihatan kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika ingin mengenakan busana yang mengikut bentuk badan. Selain itu, perut buncit juga menimbulkan rasa kurang selesa apabila perlu duduk dalam masa yang lama.

Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan saiz perut idaman? Ikuti 5 langkah mudah berikut dan lihat hasilnya dalam masa seminggu.

1) Kurangkan gula

Selain daripada mengelakkan minuman manis, anda juga perlu kurangkan pengambilan sumber karbohidrat yang juga mengandungi gula seperti nasi putih, roti, pasta, kentang, dan mi. Gantikan sumber makanan ini dengan makanan yang lebih sihat seperti, beras perang, roti mil penuh dan juga sumber protein. Ingat! gula berlebihan di dalam badan akan membuatkan berat badan meningkat dan juga membuncitkan perut.

2) Kurangkan garam

Garam berlebihan juga punca utama berat badan berlebihan dan juga perut buncit. Ini kerana garam berlebihan akan membuatkan air tersimpan lebih banyak di dalam badan.

3) Minum banyak air kosong

Air kosong adalah senjata utama untuk mengempiskan perut. Ini kerana air membantu menyingkirkan toksid di dalam tubuh badan. Minum sekurang-kurangnya 3 liter air jika ingin mendapatkan hasil yang memuaskan.

4) Kurangkan berat badan

Jika berat badan berlebihan, potensi untuk mendapatkan perut kempit memang kurang. Ini kerana lemak mudah terkumpul di sekitar perut. Jadi, kalau mahu perut idaman, kenalah berusaha mengurangkan berat badan. Apabila berat badan ideal, perut juga ikut sama. Selepas itu boleh amalkan senaman sit-up untuk membentuk otot perut.

5) Minum teh hijau

Setiap kali selepas makan waktu makan, amalkan minum teh hijau dan jika anda tidak gemarkan rasanya yang agak pahit, boleh tambah sedikit madu atau campurkan serbuk kayu manis sebagai penambah perisa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 3 Oct 2018
Gaya Hidup Sat, 13 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara 3 Bulan Kerana Periksa Telefon Bimbit Suami!

Biar betul kena penjara sebab check telefon bimbit suami? 

Gaya Hidup Wed, 27 Nov 2019
Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Dambakan Bentuk Wajah Secantik Fazura, Jom Cuba 4 Tips Wajah Ini!

Memiliki raut wajah bujur sireh atau kecil seperti aktres Fazura, menjadi idaman setiap wanita.

Bagi yang tiada bajet tu, ada cara alternatif yang dapat membantu anda untuk mendapatkan raut wajah dan pipi yang kecil bak pauh dilayang. Bahkan petua ini bukan saja mudah tetapi juga jimat dan selamat. Selamat mencuba!

Gaya Hidup Wed, 24 Oct 2018

5 Benda Di Pejabat Anda Yang Ada Kuman Paling Banyak

Lepas membaca artikel ini anda pasti akan lebih gunakan hand sanitizer.

Gaya Hidup Tue, 25 Dec 2018

Apa Itu Mighty Girl Effect? Jom Baca!

‘Mighty Girl Effect’ iaitu perasaan empati yang wujud dalam diri si bapa ketika melihat cabaran yang perlu ditempuhi anak perempuannya.

Tips Tue, 20 Feb 2018

Pedulikan Penghasad Dengki, Ini 8 Cara Raih Bahagia

Adakah anda gembira, sukar atau penuh dengan kesedihan? Realiti kehidupan, pasti dipenuhi dengan pahit, manis, duka, dan gembira.