Gaya Hidup By: Bibi Ramli October 3, 2018 @ 10:00am

5 Cara Terbaik Untuk Lupakan Kekasih Lama Selepas Breakup

Jika anda boleh relate dengan situasi ini, pertama sekali anda patut diberi sebuah pelukan. Yang kedua, anda patut tahu yang nak move on daripada kekasih lama bukan senang.

Maklumlah, anda dah curahkan semua kasih sayang kepadanya dan luangkan masa untuknya. Jika anda boleh pulih dengan senang, mungkin perasaan anda terhadapnya tidaklah sekuat mana.

Tak apa, tak apa. Kalau anda mengalami masalah untuk lupakan si dia dan mulakan hidup baru, mungkin tip-tip ini boleh bantu.

1. Hancurkan ilusi “cinta agung” anda

Kalau dah sayang sangat, anda mesti menganggap yang kekasih anda adalah “anugerah dari Tuhan” ataupun “matahari di langit” anda.

Itu semua kena berubah sekarang. Jika cinta anda sentiasa berat sebelah, maknanya anda kena keluar dari hubungan itu. Dia tak layak menerima semua tangisan dan rasa sayang anda!

2. Berhenti “stalking”

Pada zaman media sosial ini, senang saja nak tahu tentang perkembangan seseorang itu. Kalau “aktiviti” ini dah sampai tahap obsesif, ia dipanggil stalking. 

Memang menjadi lumrah alam bagi seseorang yang baru saja break up untuk mengetahui apa saja yang kekasih lama dia buat. “Dia dah ada girlfriend baru ke?” ataupun “Dia menangis dan sedih teruk macam aku ke?”

Hentikan! Lagi kerap anda berfikir tentangnya, lagi susahlah nak move on. Tak payah bazirkan masa dengan mengintip-intip. Nanti lagi sakit hati.

Foto: Daily Mirror

3. Buang semua barang yang dia pernah hadiahkan

Jika anda masih menyimpannya, anda akan sentiasa teringatkan si dia. Nanti bertambah sedih pula apabila anda teringatkan sejarah di sebalik barang-barang itu.

Perkara terbaik yang anda boleh buat adalah letakkan mereka ke dalam kotak dan derma kepada orang lain. Kalau nak lagi best, buang saja. Tiada di mata, tiada di minda.

4. Habiskan masa dengan kawan atau keluarga rapat

Mungkin perkara yang paling anda tak nak buat sekarang adalah berjumpa dengan rakan-rakan. Manalah tahu, mungkin mereka akan kasihankan kita kerana berada dalam situasi yang menyedihkan ini. 

Janganlah fikir begitu. Jika mereka kawan baik anda, mereka akan cuba untuk menggembirakan anda. Pergi keluar jalan-jalan dan have fun! Bila anda sibuk melayan mereka, anda takkan teringat kepada si dia lagi. Lama-lama hilang terus dari ingatan.

PS: Anda juga berpotensi untuk berjumpa dengan teman istimewa yang baru!

5. Terima kenyataan

Inilah langkah yang paling senang kerana 2 minggu pertama selepas sesuatu breakup itulah yang paling rumit. Perasan tak? Sementara anda tengah berduka, bumi masih berputar, burung-burung masih berkicauan dan orang lain teruskan hidup mereka macam biasa. Apa yang anda dapat daripada berduka? Tak ada apa-apa!

Tak kiralah betapa istimewanya bekas kekasih anda, nampaknya dia bukan cinta sejati. Kalau ya, anda berdua pasti masih bersama sekarang.

Bila anda dah betul-betul faham fakta ini, langkah seterusnya adalah untuk menjadi best friend anda sendiri. Berikan layanan special kepada diri sendiri. Fokus kepada diri anda dan apa yang anda nak buat seterusnya dalam hidup.

Yang paling penting, lupakan mereka yang dah sakiti hati anda supaya anda boleh berikan laluan kepada perkara lain untuk mengambil tempat di kalbu.

Sumber: Dailyentertainment.me

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jun 2020

Tag roti Gardenia jadi aksesori cantik penyambung pelitup muka

Murah, bergaya, paling penting kitar semula

Gaya Hidup Sun, 8 Jul 2018

6 Selebriti Jelita Menjadi Pemangkin Karier Bintang Bola Sepak Ternama

Berstatus teman wanita juga isteri kepada bintang bola sepak ternama, wanita-wanita ini dilihat sebagai pembakar semangat kepada pasangan masing-masing.

Gaya Hidup Sun, 17 May 2020
Featured Sun, 3 May 2020

PKPB: Majikan perlu beri ruang kepada pekerja untuk mulakan tugas

Ikut jadual pergerakan yang disediakan PDRM

Featured Wed, 17 Jan 2018

6 Makanan Sihat, Tetapi Tinggi Kalori

Apabila anda sedang mencuba menurunkan berat badan, pasti anda akan memilih makanan yang menyihatkan serta dipercayai boleh membantu proses penurunan berat badan. Tetapi ramai yang sebenarnya tersilap langkah kerana ada makanan ‘sihat’ yang diambil itu […]

Featured Fri, 30 Nov 2018

Selain Membayar Rumah, Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Tujuan Ini

Langsaikan hutang PTPTN anak anda dengan skim Pengeluaran Pendidikan KWSP.

Featured Thu, 10 May 2018

Susu Emas Minuman Berkhasiat Yang Versatil Dan Resipinya Boleh Dipelbagaikan

Perihal minuman kecantikan yang satu ini iaitu susu emas pernah tular kerana bukan saja warna keemasannya yang menggoda selera tetapi juga khasiat yang terdapat di dalamnya.

Featured Wed, 31 Oct 2018
Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE

Gaya Hidup Sun, 24 Jun 2018

Jenis Makanan Baik Untuk Perkembangan Otak Dan Paling Penting Tak Membosankan

Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.

| Live TV