Gaya Hidup By: Fadzlena Jafar August 9, 2019 @ 3:36pm

5 kepentingan Pelan Takaful Perubatan untuk wanita

Pelbagai produk baharu telah diperkenalkan oleh pengendali Takaful di Malaysia untuk masyarakat khususnya buat golongan wanita, tetapi pernahkah anda dengar mengenai pelan perlindungan Takaful, khas untuk golongan wanita?

Biarpun istilah Takaful sering disebut-sebut, malah dibahaskan juga mengenai takaful perubatan atau kad perubatan mana yang paling hebat dalam media sosial, namun masih ramai yang tidak mengambil endah akan kepentingan pelan perlindungan Takaful khas untuk golongan wanita.

Melihat kepada faktor-faktor yang menyebabkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi berbanding lelaki, selain mudah pula jatuh sakit ketika menguruskan aktiviti harian sama ada di rumah atau di tempat kerja, ternyata wanita sebenarnya lebih memerlukan pelan perlindungan takaful yang lebih komprehensif. 

Gaya hidup wanita hari ini sangat berbeza berbanding satu ketika dahulu. Wanita hari ini cabarannya lebih besar dan tanggungjawabnya lebih banyak, merekalah yang gigih bekerja siang dan malam, serta pada masa yang sama menjadi seorang ibu dan isteri di rumah.

Perlindungan awal mampu membantu kerana wanita lebih berisiko menghidap penyakit kronik. – NSTP

Kesibukan ini menjadikan wanita ada kalanya lupa untuk memberikan ruang kepada diri sendiri. Gaya hidup moden dengan corak pemakanan yang tidak sihat, menjadikan wanita lebih cenderung untuk jatuh sakit berbanding lelaki.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan wanita mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding lelaki. Oleh itu, amat penting untuk mereka memiliki pelan perlindungan takaful demi jaminan  kehidupan pada masa depan.

Antara kelebihan yang boleh dinikmati melalui pelan perlindungan takaful wanita adalah:

1. Sumber kewangan

Pelan Takaful dapat membantu wanita untuk mempunyai sumber kewangan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang musibah yang boleh mengakibatkan seseorang wanita itu tidak lagi dapat bekerja atau menampung keluarga.

2. Aliran tunai

Pelan Takaful turut memberikan bayaran tunai kepada mereka yang di bawah tanggungan sekiranya berlaku kematian. Sesetengah pelan takaful turut menyediakan manfaat kewangan yang merangkumi bayaran balik pinjaman bank atau rumah sekiranya berlaku kemalangan, kematian atau hilang upaya. 

3. Kos perbelanjaan perubatan

Pelan perlindungan kesihatan Takaful boleh membantu melindungi seorang wanita dalam pelbagai cara. Ini akan membolehkan seseorang wanita itu lebih bersedia menghadapi kos perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat sekiranya mengalami sebarang penyakit yang mungkin datang secara tiba-tiba tanpa membantutkan cita-cita mereka. Oleh itu, dengan memiliki kad perubatan, urusan kemasukkan ke wad lebih mudah dan mereka tidak perlu bimbang, malah turut  dapat mengelak daripada menggunakan wang simpanan sendiri.

4. Kos rawatan sakit kronik

Kos tinggi bagi rawatan bagi penyakit kronik dapat ditampung pelan takaful perubatan. – NSTP.

Wanita lebih cenderung untuk menghadapi lebih banyak penyakit kronik, termasuklah kanser tanpa mengira usia, muda atau tua. Pelan perlindungan Takaful juga memberikan rawatan perubatan yang berterusan bagi pelbagai penyakit kronik. Ini bukan sahaja membantu melindungi kesihatan, tetapi yang lebih utama kepentingannya terhadap kehidupan wanita dan kualiti hidup mereka.

5. Perlindungan khas yang unik

Ada pelan Takaful wanita yang melindungi peserta daripada kanser khususnya kanser payudara, serviks uterus, uterus, ovari, tiub falopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (systemic lupus erythematous) dengan lupus nefritis, artritis reumatoid (dengan komplikasi), pembedahan pembentukan semula muka (atas sebab-sebab kemalangan), pengrafan kulit (disebabkan lecuran dan kanser kulit), karsinoma in situ dan pembedahan pembentukan semula payudara (atas sebab-sebab kemalangan).

Oleh itu, jangan bertangguh untuk mendapatkan pelan perubatan wanita. Dikhuatiri jika bertangguh, datang pula penyakit yang tidak diingini.  Semakin awal anda mendapatkan pelan takaful, semakin rendah sumbangan takaful yang perlu dibayar. Bukankah penjimatan awal itu lebih baik daripada kos perbelanjaan mencanak yang datangnya mendadak.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Tiada Makanan Halal Di Disneyland Tokyo? Kedai Ini Boleh Deliver Bento Halal Untuk Anda

Tak syoknya bila tak ada makanan halal di Disneyland. Takkan nak kena bawa makanan sendiri pula?

Acara Wed, 20 Nov 2019
Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Featured Thu, 9 Apr 2020

Kes keganasan rumahtangga meningkat sejak penularan wabak COVID-19

Krisis akibat arahan perintah duduk di rumah

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Confirm Ke Pinggang Ramping? Ahli Fisioterapi Ini Kongsi Korset Buat Otot Bertukar Jadi Lemak Jika…

Namun, benarkah pemakaian korset ini membantu mendapatkan postur badan yang anda dambakan atau sebaliknya?

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018

Ini Cara Untuk Mengenalpasti Saiz Permaidani Yang Perfect Untuk Rumah Anda

Yelah, kenalah sesuai dengan saiz ruang yang ada dan kedudukan perabot anda.

Featured Tue, 12 May 2020