Gaya Hidup By: Yanie Baharom January 24, 2019 @ 10:00am

5 pekerjaan sambilan di Malaysia yang ramai tidak tahu

Ada sebabnya kenapa Grab (dan dulunya Uber) popular sangat sebagai kerja sambilan di Malaysia. 

Mana tidaknya, anda boleh melakukannya pada bila-bila masa yang diinginkan tanpa perlu kemahiran tambahan. 

Syaratnya mudah saja, asalkan ada kereta dan tidak memandu seperti mat rempit, anda layak mendapatkan pekerjaan ini.

Tapi adakah itu saja peluang pekerjaan sambilan yang ada? 

Kalau nak tahu, terdapat lima pekerjaan mudah yang boleh anda manfaatkan untuk mencari pendapatan sampingan.  

 

1. Letak iklan pada kereta

Foto: autotribute

Selama ini mungkin anda sangka sebuah teksi mahupun bas yang dipenuhi pelekat iklan tidak mempunyai sebarang fungsi atau sekadar hiasan. 

Tapi tahukah anda iklan-iklan yang terpampang pada pengangkutan awam sebenarnya berbayar! 

Katakanlah anda tidak mempunyai teksi, itu bukan penghalang untuk anda melakukan hal yang sama. 

Pelekat bagi iklan-iklan ini mudah untuk dipasang juga ditanggalkan tanpa merosakkan cat kereta anda. Selain tu, anda boleh pilih iklan apa yang sesuai dipamerkan di kenderaan anda. 

Laman sesawang: MyBump & Moola 
Pendapatan: Secara puratanya, RM800 setiap 35km

 

2. Kawan untuk disewa

Foto: Okezone Lifestyle

Mungkin ada dalam kalangan anda yang mencari kawan-kawan sekepala boleh bermain DoTa bersama.

Tidakpun mahu ‘menempah’  teman wanita dan teman lelaki sementara, khusus untuk dibawa ke majlis atau rumah terbuka saudara-mara supaya mereka berhenti membincangkan topik ‘bila kamu ingin berkahwin’

Laman sesawang: RentAFriend
Pendapatan: Daripada RM42.70 setiap jam

 

3. Jadi maskot

Foto: Pikdo

Ini bukanlah calang-calang kerja. Pertama sekali, anda kena ada ketinggian yang sesuai untuk menyarungkan kostum. 

Keduanya, anda kena tahu bagiamna hendak menghiburkan orang ramai, sentiasa bertenaga, dan pandai melayan budak-budak yang riuh serta pelbagai ragam. 

Sememangnya pekerjaan ini sangat menguji kecergasan, minda, dan rohani.

Laman sesawang: GetAJob Malaysia
Pendapatan: RM25 setiap jam

 

4. Tolong jaga haiwan peliharaan

Foto: PetCloud

Jika anda pencinta kucing atau sebarang jenis haiwan peliharaan, inilah masanya untuk anda bersinar.

PetBacker dan TrustedHousesitters adalah dua laman sesawang antarabangsa yang terkenal untuk program penjaga haiwan peliharaan atau pet-sitting, manakala Petsodia pula adalah laman sesawang tempatan, jadi anda tengoklah mana yang sesuai. 

Tidak perlu lagi ke kafe haiwan peliharaan untuk bermain dengan haiwan comel, anda akan terus dibayar untuk menjaga mereka!

Laman sesawang: Petsodia, PetBacker and TrustedHousesitters
Pendapatan: RM20 ke RM60 setiap haiwan/hari

 

5. Beratur untuk orang lain

Foto: The National

Beratur panjang memang boleh buat sesiapapun naik angin! 

Kalau ada pelanggan tidak mempunyai kesabaran yang tinggi seperti anda untuk beratur panjang bagi mendapatkan koleksi iPhone mahupun tiket konsert dan perlawanan akhir bola sepak, inilah masanya untuk anda buat duit.

Caranya mudah, anda boleh tawarkan khudrat anda empat kerat untuk melakukan tugasan ini. Malangnya, untuk pekerjaan ini tiada laman sesawang khusus yang boleh dirujuk.

Sebaliknya di luar negara, laman sesawang seperti TaskRabbit dan LineAngel amatlah popular.

Laman sesawang: Tiada
Pendapatan: Berbeza-beza

 

Sumber: Loanstreet

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 May 2018

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Kalau tak nak rambut beruban pada usia muda, anda boleh amalkan makan 7 jenis makanan ini.

Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Nak Mulakan Perniagaan Online Tapi Takut Ia Remeh? Avana Membantu Permudahkan Kerja Anda

Sistem ini meringkaskan lagi proses penjualan anda supaya perniagaan anda boleh berkembang.

Gaya Hidup Sat, 20 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara Kerana Mendisiplinkan Anak Dengan Merampas Telefon Bimbitnya!

Eh, salah ke sebagai ibu untuk berbuat demikian sampai kena masuk jel?

Featured Tue, 31 Jul 2018

30 Hasil Lukisan Ilustrasi Ini Pasti Buat Anda Terpukau

Kalau anda lihat hasil lukisan Diego Cusano ini, pasti anda kagum!

Featured Thu, 23 Apr 2020
Featured Fri, 31 May 2019
Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Bercitarasakan Lokal, Aiskrim Teh Tarik Resipi Wajib Dicuba Anda. Yummy!

Bagi mereka yang bosan dengan perisa aiskrim biasa seperti vanilla, coklat dan strawberi atau sememangnya tekak teringin mencuba perisa bercitarasakan lokal, resipi Ais Krim Teh Tarik ini kami sarankan untuk dicuba anda di rumah. 

Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

Featured Mon, 19 Nov 2018

Minum Susu Mentah Selamat Atau Tidak?

Susu mentah mengandungi bakteria yang berbahaya!

Gaya Hidup Fri, 15 Jun 2018

Dah Guna Deodoran, Tapi Ketiak Masih Basah? Amalkan 4 Cara Ini

Jangan biarkan diri anda malu dengan keadaan ketiak yang sentiasa basah!