Gaya Hidup By: Ad Ops June 11, 2019 @ 3:00pm

5 tanda hubungan cinta terbaharu anda berkembang dengan terlalu pantas

Apabila anda mula meminati seseorang, memang mudah untuk anda hanyut dengan perasaan sayang yang baru berputik.

Kadangkala anda leka kerana dibuai keseronokan hingga anda tidak perasan yang hubungan anda sedang maju dengan terlalu pantas.

Ternyata anda patut beri komitmen, tetapi ada perkara yang menunjukkan anda patut pulang ke bumi dan berfikir sejenak mengenai situasi sebenar percintaan anda ini.

Ahli terapi Rachel Sussman menyarankan anda untuk ambil masa dalam mengenali seseorang itu. “Anda patut pastikan bahawa perwatakan yang pasangan anda tunjukkan itu benar,” katanya.

Lambat laung kepercayaan akan terbina menerusi pengalaman, tapi jika anda terburu-buru, ia tidak akan wujud secara semula jadi.

Tanya diri sendiri jika anda melakukan perkara di bawah, seperti yang dikongsikan oleh Insider. Jika ya, itu bermakna hubungan baharu anda bergerak terlalu pantas.

1. Anda bertemu beberapa kali dalam seminggu

Memanglah ini peluang yang paling bagus untuk mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Tetapi jika anda kerap sangat berjumpa, itu menunjukkan yang anda tidak sabar untuk memajukan hubungan anda ke tahap seterusnya.

“Sepatutnya anda perlu ‘hadam’ sesebuah temu janji itu serta fikir mengenai teman istimewa anda itu dan rindukannya,” kata Rachel.

Jika anda kerap bertemu, anda tidak berpeluang untuk menilai perasaan anda terhadapnya. Rachel mencadangkan hanya satu temu janji sahaja seminggu jika anda baru sahaja mula berkenalan dengan seseorang yang anda minati.

2. Anda tidak boleh berhenti menghantar mesej kepadanya

Foto: Gotham Club

Sama juga dengan kerap keluar bersama, sering berkomunikasi juga menunjukkan yang anda bergerak terlalu pantas.

Anda tidak perlu risau untuk merenggangkan sedikit diri anda daripada si dia, kata Rachel. Jika anda risau dia akan hilang minat atau enggan beri komitmen, anda patut nilai semula hubungan anda berdua.

Untuk memahami kadar komitmen seseorang, anda boleh mencari petanda yang menunjukkan dia bukan serius mengenai hubungan cintanya.

Menurut Insider, ia termasuklah keengganan untuk memperkenalkan anda kepada keluarganya, mengikuti perancangan dan berbincang mengenai masa hadapan.

3. Anda sudahpun berjumpa dengan ibu bapanya

Berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan pasangan anda ialah satu langkah penting bagi sesuatu hubungan itu. Tetapi Rachel berkata jika anda melakukan perkara berkenaan terlalu cepat boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

Sebelum berbuat demikian, anda perlu mewujudkan pertalian yang rapat dengan pasangan anda terlebih dahulu dan tetapkan status hubungan anda.

Rachel mencadangkan untuk tunggu tiga bulan sebelum berjumpa dengan ibu bapa dan rakan pasangan anda.

4. Anda baru sahaja tamatkan hubungan cinta sebelum ini

Foto: Verywell Family

Jika anda rasa anda ingin jatuh cinta semula dengan serta-merta, itu petanda untuk anda bergerak perlahan.

Tiada tempoh masa yang tetap untuk anda bangkit semula. Tetapi anda perlu ambil masa untuk terima sebab-sebab hubungan anda yang sebelum ini putus.

Pakar hubungan cinta Susan Winter berpendapat anda perlu hilangkan sebarang perasaan yang anda miliki terhadap bekas pasangan anda.

“Anda tidak perlu terburu-buru kerana jika anda jatuh hati pada seseorang, pada bila-bila masa sahaja dia boleh hancurkan perasaan anda,” kata Rachel.

5. Anda mula berbincang mengenai perancangan hidup yang penting dengannya

Apabila anda berpacaran dengan seseorang, lambat-laun anda perlulah merancang kehidupan anda bersama. Tetapi janganlah berbuat demikian dengan seseorang yang anda baru kenali.

Sama juga jika pasangan anda itu yang nampaknya tidak sabar untuk melakar masa hadapan anda berdua. Anda sepatutnya ‘slow down’!

Walaupun sekarang ini anda sedang berseronok, fikir juga mengenai kesan jangka panjang yang ia berikan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019

Toys “R” Us tawar set mainan baharu sempena cuti sekolah

Promosi dan acara menarik turut menanti pembeli

Featured Fri, 27 Dec 2019
Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

4 Sayuran Ini Bagus Untuk Kurus

Umum mengetahui pengambilan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan badan. Malah, makan sayuran juga boleh membantu dalam diet seharian serta membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Gaya Hidup Wed, 3 Jul 2019
Featured Wed, 8 Apr 2020

Bila yang berduit dikuarantin di hotel, gelandangan di dewan serba guna, netizen tempelak isu keadilan

 Bersyukurlah ada tempat berlindung, Ecuador biar mayat tepi jalan

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018
Featured Wed, 23 Nov 2022

“Awkward & Malu Sedikit…” – Adam Lee Lebih Gembira Selepas Menikah

Pelakon Adam Lee yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama aktres Sweet Qismina mendedahkan banyak perkara baharu yang dilaluinya setelah bergelar seorang suami. Menurut Adam, kehidupannya selepas berumah tangga lebih gembira kerana kini ditemani oleh […]

Featured Tue, 24 Mar 2020