Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 19, 2018 @ 10:30am

5 Teknologi Tercanggih Yang Bakal Mengubah Gaya Hidup Masyarakat Dunia

Siapa yang boleh hidup tanpa telefon pintar mereka? Sesetengah kajian mengatakan, sebilangan besar pengguna telefon pintar menganggap is seperti nyawa mereka. 

Jangankan hilang, tertinggal di rumah pun boleh buat hati tak senang duduk! Sama ada hujah ini masuk akal ataupun tidak, itulah hakikat gaya hidup masyarakat sekarang.

Menyelusuri peradaban manusia, dapat dilihat bahawa setiap inovasi di dalam teknologi berjaya melonjak kehidupan manusia kepada keadaan yang lebih baik.

Sama ada penemuan api, roda, kertas dan dakwat pada awal ketamadunan manusia sehinggalah kepada penemuan teknologi elektrik, semikonduktor dan radio yang ada kini.

Di bawah ini, adalah senarai 5 teknologi baharu dan tercanggih yang bakal mengubah gaya hidup masyarakat dunia.

1. Realiti Maya

Foto: TUN.com

Aplikasi realiti maya bukan sahaja mempunyai potensi tinggi di dalam industri hiburan dan permainan digital, tetapi mempunyai potensi besar digunakan di dalam industri perniagaan runcit, pembuatan, kesihatan, pelancongan dan juga kewangan.

Sebagai contoh di dalam bidang kesihatan, doktor pakar boleh melatih dan mencuba sesuatu pembedahan yang rumit di dalam realiti maya sebelum melakukannya ke atas badan manusia yang sebenar.

Seseorang pelancong boleh melawat sesuatu tempat menarik di dalam realiti maya sebelum melawat tempat tersebut secara fizikal, dengan itu beliau boleh memilih lokasi pelancong yang benar-benar diminati untuk dilawati.

2. Bateri

Foto: iphoneaddict

Antara kekangan utama alat elektronik mudah alih, seperti telefon pintar hinggalah ke kereta elektrik adalah kekangan terhadap keupayaan bateri. Sama ada dari segi saiz dan berat, sumber bahan elektrik, keupayaan tenaga elektrik yang dihasilkan dan daya tahan bateri merupakan antara faktor mengekang teknologi bateri.

Namun begitu, usaha penyelidikan dan inovasi yang begitu banyak akan mewujudkan teknologi bateri yang ringan dan tahan lama. Dari sumber seperti udara, bahan buangan malah air kencing juga boleh dijadikan bahan sumber elektrik.

Bateri kecil yang menggunakan peluh boleh memberi kuasa kepada alat elektronik kecil yang boleh dipakai di badan. Dari topi hingga kasut, semua boleh diletak alat elektronik.

3. Robot nano

Foto: nicerest.info

Bayangkan anda berjumpa doktor ketika demam dan doktor tersebut meminta anda memakan kapsul yang mengandungi robot nano untuk mengenalpasti penyakit anda.

Ini adalah salah satu kegunaan robot nano yang dijangka wujud pada masa akan datang. Bukan sahaja boleh mengenalpasti penyakit tetapi juga boleh merawat penyakit tersebut.

Para saintis sedang bertungkus lumus menyelidik tiga faktor utama bagi menjayakan teknologi robot nano di dalam bidang kesihatan, iaitu pemanduan arah robot, sumber tenaga robot dan juga cara pergerakan robot di dalam salur darah.

Pada masa akan datang, bila anda sakit anda tidak perlu menelan ubat, cukup hanya menelan robot.

4. Pencetak 3D

Foto: Plimbi.com

Mungkin anda pernah ternampak mesin pencetak 3D semasa di ekspo sains atau juga anda sendiri telah menempah produk yang dicetak dengan mesin pencetak 3D.

Namun tahukah anda bahawa penyelidikan terkini di dalam pencetak 3D, ialah mencetak lapisan sel hati bagi tujuan penggantian tisu hati. Ahli sains di dalam bidang kesihatan, membayangkan suatu hari nanti organ lengkap manusia dapat dicetak dengan pencetak 3D.

Dakwat pencetak yang digunakan adalah sel-sel yang digandakan dari sel pesakit itu sendiri. Organ yang dicetak menggunakan dakwat bio ini akan mempunyai kadar penolakan yang rendah oleh badan pesakit.

5. Komputer Kuantum

Foto; dwavefederal

Komputer kuantum menggunakan keadaan kuantum bagi menghasilkan kuasa pemprosesan komputer yang beribu kali ganda lebih laju dari komputer semasa. Kebolehan pemprosesan yang laju akan melonjakkan keupayaan komputer kepada satu tahap yang tidak boleh dibayangkan sekarang.

Masih lagi banyak proses-proses semula jadi seperti ribut taufan, tindak balas kimia, pemikiran manusia dan sebagainya yang tidak dapat dimodelkan dengan sempurna. Kesemua proses ini memerlukan kuasa pemprosesan yang jauh lebih tinggi dari apa yang wujud sekarang untuk dimodelkan.

Dengan wujudnya komputer kuantum ini, misteri-misteri ini dapat dirungkai dan pemahamannya akan membantu manusia menyelesaikan pelbagai masalah.

Sumber: 1 KLIK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Dec 2018

Bukan Manusia Saja Boleh Melengahkan Penuaan Kulit Wajah, Malah Buah Juga Ya!

Kesegaran buah dapat dipanjangkan sehingga 14 hari dengan pelekat StixFresh.

Featured Wed, 15 Apr 2020

Menjengah kehidupan Victoria Beckham, dia miliki segalanya yang didambakan wanita

Victoria juga sangat dikasihi suaminya David Beckham

Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

Pernah Dengar Wheatgrass Diet? Ini 10 Kebaikan Yang Perlu Anda Tahu

Tidak seperti diet-diet yang lain, diet ini tidak memerlukan anda menggantikan menu diet harian yang biasa diambil dengan wheatgrass, tetapi hanya menambah tumbuhan ini dalam diet.

Featured Wed, 20 Nov 2019

Ketahui rutin jaga kulit Wany Hasrita

Ini rutin mudah untuk kulit sihat

Gaya Hidup Tue, 15 May 2018

Nak Cantik Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Ladies Kena Amalkan Penggunaan Minyak Pati

Daripada insomnia sehinggalah masalah jerawat, segala kebimbangan anda tentang penjagaan kecantikan boleh diselesaikan dengan bantuan minyak pati.

Featured Wed, 20 May 2020

Caj kuarantin 50 peratus dikenakan kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Perlu dapatkan surat persetujuan sebelum pulang ke tanah air

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

Bahaya Tidur Lewat Untuk Wanita!

Semua orang tahu tidur sangat penting untuk kesihatan tubuh badan, namun masih ramai yang memandang ringan mengenai perkara ini. Biarpun disarankan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari untuk waktu tidur, namun dek kesibukan rutin kerja […]

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

Seni Meraikan Tetamu Jadikan Anda Tuan Rumah Disenangi

Tetapkan atur cara, pasti majlis meriah dan sempurna!

Acara Mon, 15 Jul 2019

ABPBH 32 sedia pelbagai acara untuk peminat seni

BH dekati pembaca yang setia menyokong ABPBH

Featured Thu, 8 Aug 2019

| Live TV