Gaya Hidup By: Yanie Baharom June 24, 2018 @ 9:00am

Jenis Makanan Baik Untuk Perkembangan Otak Dan Paling Penting Tak Membosankan

Manusia terdiri daripada empat bahagian fitrah iaitu fizikal, mental, emosi dan rohani. Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.

Makanan yang berkhasiat pula akan turut membantu perkembangan mental dan mengawal keadaan emosi seseorang. Teknik pemakanan yang baik turut menguatkan rohani apabila makanan tadi membantu kita menjalankan ibadah dengan sempurna dan menjadi Muslim yang cemerlang.

Makanan berkhasiat akan membantu perkembangan mental dan emosi seseorang. Di sini Hijab & Heels akan berkongsi makanan hebat yang turut membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak kita selain menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh.

1. Bijirin Penuh (Wholemeal)

Walaupun otak hanya satu organ yang kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan tubuh badan manusia tetapi otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 20% daripada keseluruhan tenaga yang dihasilkan oleh badan.

Otak bukan sahaja mengawal aktiviti yang dirancang seperti berfikir, menulis, bergerak dan lain-lain. Malah otak juga mengawal aktiviti di luar kawalan kita seperti degupan jantung, denyutan nadi, menghantar matlumat, menerima isyarat deria, pengaliran darah keseluruhan badan dan banyak lagi dalam sistem bio tubuh kita.

Otak adalah organ utama manusia bagi mengawal selia semuanya agar berfungsi secara automatik. Ini sudah cukup
menggambarkan betapa banyaknya kerja yang dilakukan oleh otak dan betapa banyak tenaga yang diperlukan.

Justeru makanan berasaskan bijirin penuh amat penting kerana bijirin penuh dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama.

Hasilnya, kita dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang. Vitamin B di dalamnya juga dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak.

Foto Kredit : telegraph.co.uk

2. Omega 3, Omega 6, DHA & EPA

“Ternyata sel-sel otaknya sedang berhubung!” Begitulah bunyi iklan susu kanak-kanak yang menekankan peranan DHA dan EPA untuk otak. Kekurangan zat ini ternyata meningkatkan risiko untuk menghidapi alzhemier dan menjejaskan kapasiti memori anda. Justeru, orang dewasa juga memerlukan khasiat ini kerana struktur dan fungsi otak diperlukan seumur hidup.

Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.

Selain itu, vitamin B3, B6 dan B12 di dalam minyak ikan juga meningkatkan ketajaman fikiran. Masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah daripada sushi dilihat mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.

Sementara telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang membantu menguruskan daya ingatan anda sehingga anda mampu mengingati di mana anda menyimpan kunci kereta anda.

Foto Kredit : healthguide.net

3. Kekacang

Kekacang mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Kekacang juga kaya dengan protein, sumber serat, mineral dan vitamin.

Sebagai contoh kombinasi vitamin E dan tiamin berperanan melindungi membran sel saraf dan otak. Potasium (kalium) pula memastikan fungsi tubuh dan otak berada di paras optimum. Kandungan antioksida di dalam kekacang dapat melawan radikal bebas yang menyerang sel otak.

Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam, walnut, kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji bijan. Badam sangat dipercayai oleh bangsa Yahudi sendiri untuk menjadikan anak mereka cerdas dan pintar.

Mengamalkan pemakanan badam bersama kurma, kismis dan habatus sauda sebelum tidur selama 44 hari
bersama doanya juga dapat meningkatkan kecerdasan terutamanya untuk tujuan menghafal.

Foto Kredit : thespruce.com

4. Sayur-sayur

Sayur bukan saja baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak. Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book” menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.

Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.

Bayam misalnya mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.

Manakala biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.

Ini salah satu lagi sunnah yang boleh dilakukan kita iaitu sayur labu yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW juga boleh ditambah di dalam diet harian kita.

Foto Kredit : taste.com.au

5. Buah-buahan

Buah-buahan memang sinonim dalam menu menguruskan badan tapi berapa ramai yang tahu khasiat
buah untuk otak?

Kajian dari Universiti Tuft, USA menunjukkan bahawa keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek bagi mereka yang mengamalkannya.

Hasil penelitian Dr Elizabeth Devore bersama pasukannya di Sekolah Harvard pula mendapati wanita yang makan buah-buahan beri memiliki memori yang lebih baik terutamanya dengan faktor peningkatan usia.

Buah seperti strawberry, blueberry dan blackberry misalnya mempunyai anthocyanidins yang tinggi iaitu antioksida yang sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.

Foto Kredit : mnn.com

6. Coklat

Teksturnya yang halus dan ringan. Di dalam mulut coklat ini cair dengan sensasi yang sungguh mengasyikkan. Terpejam mata saya dibuatnya dek menghayati kelazatan coklat.

Coklat ternyata mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak. Ini dapat meningkatkan kemampuan memori anda.

Makan coklat dan pembebasan endorphines akan dirangsang dari otak anda. Endorphines bukan sahaja penahan sakit semulajadi malah dapat membantu mengubah emosi anda menjadi lebih tenang dan gembira.

Selain menghilangkan tekanan emosi yang tidak bagus untuk otak dan mengelakkan depresi pada diri anda, jelas juga coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.

Foto Kredit : moneyinc.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Oct 2019

Ini cara rehatkan minda sebelum tidur agar dapat tidur nyenyak

Setakat tidur tetapi tidak nyenyak, tak syok!

Featured Sun, 13 May 2018

Rawat Rambut Rosak Dengan Pati Minyak Semula Jadi Ini. Hasilnya, Sihat & Berkilau

Kandungan minyak semula jadi ini pasti membantu mengekalkan kesihatan mahkota rambut anda agar ia sentiasa sihat berkilau.

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Seronoknya Bila Diberi Diskaun Gila-Gila, Ini 10 Tips Gerenti Dapat Harga Durian Runtuh

Bagaimanapun taktik tawar-menawar yang dilakukan, harus guna pakai pendekatan secara hemah kerana jika tidak anda boleh mengundang rasa ketidakpuasan hati peniaga.

Gaya Hidup Mon, 30 Jul 2018

Menurut Kajian, Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi

Anda seorang yang ‘morning person’?

Featured Fri, 1 Mar 2019
Gaya Hidup Wed, 20 Nov 2019
Featured Fri, 7 Sep 2018

Ibu Jari Dipotong Gara-Gara Obsesi Mengigit Kuku

Ketagihan Courtney mengigit jari bermula sejak 2014 selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Gaya Hidup Tue, 30 Apr 2019
Featured Mon, 9 Mar 2020

Cik Puan Sofie kesayangan rakyat Kelantan!

Sentiasa tampil manis, kelibatnya dinanti.

Gaya Hidup Fri, 9 Aug 2019

5 kepentingan Pelan Takaful Perubatan untuk wanita

Perlindungan awal bantu rancang masa depan

| Live TV

error: Content is protected !!