Gaya Hidup By: Nani Ramlee January 30, 2018 @ 2:00pm

6 Cara Bangkit Daripada Perceraian

Perceraian adalah jalan terakhir bagi pasangan suami isteri yang sudah tidak sehaluan. Biarpun pahit untuk diharungi, mereka yang berada di dalam situasi ini perlu tabah untuk menghadapinya. Lebih-lebih lagi jika itu jalan terbaik daripada terus-terusan menyeksa diri.

Jika hal ini telah terjadi pada anda, apa yang perlu anda lakukan ialah terus melihat ke hadapan. Berfikiran positif dan ingat, hidup perlu diteruskan. Siapa tahu saat bahagia menanti di hadapan.

Berikut 10 cara mengatasi perpisahan dengan pasangan:

1. Tetap berhubungan dengan bekas pasangan

Biarpun dia bukan lagi pasangan anda, jangan sesekali memutuskan hubungan dengannya kerana sebuah perkahwinan pastinya melibatkan banyak pihak, lebih-lebih lagi jika anda sudah mempunyai cahaya mata. Oleh itu, lebih baik anda kekal berhubungan supaya dapat menyelesaikan perkara-perkaran berbangkit dengan mudah. 

2. Berhentikan menyalahkan diri sendiri

Jangan terus menyalahkan diri sendiri. Lebih baik fokus memikirkan masa depan, daripada menyesali masa lalu.

3. Bersosial

Jika sebelum ini anda tidak punya masa bersama teman-teman, mungkin inilah masa terbaik untuk bertemu dengan mereka. Jangan mengurung diri di rumah dengan menangisi perpisahan. Ajak teman-teman rapat melakukan aktiviti menyeronokkan. Jangan pula mengadu domba masalah perceraian. Takut nanti teman pula naik bosan.

4. Terus melangkah

Kadangkala anda harus menerima kenyataan yang tidak dapat dielakkan. Semakin cepat anda menerima perpisahan dengan pasangan, semakin cepat anda mula mencari bahagia dan membuka pintu hati kepada hubungan yang lebih menggembirakan.

5. Larikan diri

Setelah lelah melalui proses perceraian, larikan diri seketika daripada rutin harian. Ambil masa menyendiri dengan merenungkan kembali perjalanan perkahwinan yang telah berakhir. Dari situ, anda boleh belajar dan cuba memperbaiki diri untuk masa hadapan.

6. Yakinkan diri anda masih bertuah

Ingat! Jika anda merasakan kejadian yang menimpa sudah cukup menyedihkan, pasti ada lagi individu yang melalui episod lebih duka. Bacalah kisah-kisah perceraian, atau bagaimana orang lain mampu bangkit usai perpisahan.  Berfikirlah secara rasional. Sematkan dalam fikiran “aku kuat dan pasti mampu harungi segala cabaran”.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

5 Cara Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit memang menjengkelkan ramai wanita kerana ia membuatkan penampilan kelihatan kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika ingin mengenakan busana yang mengikut bentuk badan. Selain itu, perut buncit juga menimbulkan rasa kurang selesa apabila perlu duduk […]

Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

11 Perkara Yang Anda Kena Buat Jika Rumah Anda Dipecah Masuk

Ambil tahu langkah-langkah ini supaya ia mudah diselesaikan.

Gaya Hidup Wed, 4 Apr 2018

Alami Kemurungan Setelah Ibunya Cuba Membunuh Diri, Dwayne “The Rock” Johnson Kongsi Tip Menanganinya

Sebelum dia mencapai kebahagiaan dan kemewahan ini, hidup Dwayne jauh dari sempurna.

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

A.Day Lifestyle tawarkan produk gaya hidup tempatan dengan 1001 cerita

Tampilkan produk 100 artis dan pereka tempatan

Featured Fri, 20 Dec 2019
Featured Wed, 9 Jan 2019

This is the best day to take leave from work, and no, it’s not Friday

Use this tip if you care enough for your mental health.

Featured Mon, 24 Dec 2018
Featured Tue, 25 Jun 2019
Gaya Hidup Mon, 24 Sep 2018

| Live TV