Gaya Hidup By: tex_admin April 12, 2018 @ 2:35pm

6 Jenis Kombinasi Makanan Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Yang Anda Perlu Elak!

Mungkin ada di antara kita yang gemar untuk mengambil dua jenis makanan dalam masa yang sama dan kita rasakan ia tidak menjejaskan kesihatan kita. Yela, apabila dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap kita terlupa untuk memikirkan adakah makanan tersebut selamat untuk dimakan.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kombinasi makanan yang boleh menjejaskan sistem pencernaan dan juga boleh membuatkan anda sakit. Mungkin kombinasi makanan yang kami senaraikan ini biasa anda makan setiap hari. Awas ya!

1. Sandwich dan air kopi

Pernah tak anda makan kombinasi makanan ini? Biasanya sandwich keju dan secawan kopi antara kombinasi yang menjadi pilihan kita untuk bersarapan pagi. Namun tahukah anda bahawa kombinasi makanan ini sebenarnya tidak sesuai kerana karbohidrat yang terkandung di dalam roti akan mencegah kalsium daripada dicerna dengan betul. Seterusnya akan menyebabkan sistem saraf dan kardiovaskular anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan.

Menu ini juga tidak sesuai digabungkan dengan air kopi kerana ia tidak akan memberi sebarang manfaat kepada kesihatan kita.

2. Tomato dan timun

Tomato dan timun antara gabungan yang popular bagi penggemar salad. Hirisan kedua-dua makanan ini memang sedap dimakan tanpa dimasak! Namun, terdapat kajian menunjukkan bahawa gabungan dua jenis sayuran ini boleh mengganggu laluan biokimia tubuh anda. Keadaan ini boleh mengakibatkan pembengkakkan dan vitamin yang terdapat dalam kedua sayuran ini tidak akan dicerna dengan betul.

Kami sarankan sekiranya anda ingin makan salad, pastikan anda makan timun dan tomato secara berasingan. Jangan campurkan dua jenis sayuran ini dalam satu hidangan. Ingat ya!

3. Kentang dan daging

Biasanya, kalau kita makan hidangan steak pasti ia digandingkan dengan kentang kan? Tapi sebenarnya gandingan ini tidak sesuai ya! Hal ini kerana, kanji yang terkandung dalam kentang memerlukan proses pencernaan cecair alkalosis manakala protein yang terkandung dalam daging pula memerlukan proses cecair yang berasid. Gabungan makanan ini boleh menyebabkan anda mengalami gangguan seperti pedih ulu hati.

Sebaiknya, jika anda ingin menikmati hidangan daging, anda boleh gantikan kentang goreng dengan sayuran yang tidak mempunyai kanji seperti brokoli, asparagus dan kacang hijau.

4. Pasta dan daging cincang

Pasti anda biasa memasak pasta yang digabungkan dengan daging cincang kan? Jika tidak digabungkan rasa tidak lengkap pula hidangan tersebut. Betul tak? Sebenarnya, gabungan ini adalah tidak sesuai kerana kelenjar liur akan menghasilkan ptyalin dan amilase yang akan mengubah karbohidrat yang ada pada pasta menjadi gula. Apabila gula bercampur dengan protein, ia akan menghasilkan campuran kimia yang berbahaya yang boleh menyebabkan kencing manis.

Apa yang perlu anda lakukan adalah makan pasta secara berasingan. Anda juga boleh memilih pasta yang diperbuat daripada gandum durum dan gabungkannya dengan sos herba.

5. Produk tenusu dan nenas

Tahukah anda buahan asam biasanya akan melambatkan proses pencernaan anda terutamanya pada waktu pagi. Nenas juga antara buahan yang masam mengandungi bromelain dan kompleks enzim yang boleh menyebabkan keracunan apabila ia dimakan bersama produk tenusu seperti keju, mentega, susu, kek dan banyak lagi. Anda boleh gantikan nenas dengan aprikot kering atau plum.

6. Susu dan pisang

Anda mesti biasa mengambil kombinasi makanan ini apabila mengamalkan gaya hidup sihat kan? Ia bukan sahaja mudah disediakan malah ia juga berkhasiat. Tapi, menurut sesetengah pakar pemakanan yang percaya bahawa buah-buahan terutamanya yang manis harus dimakan secara berasingan dengan makanan lain. Hal ini kerana, kemanisan pada buah tersebut akan melambatkan sistem pencernaan. Bagi susu pula, ia lebih sihat jika diminum begitu sahaja tanpa gabungan dengan makanan yang lain.

Anda boleh jadikan pisang sebagai makanan ringan pada kehidungan harian anda.

Kesimpulannya, anda perlu mengambil berat tentang apa jua kombinasi makanan yang anda makan pada setiap hari. Jangan fikir sedap sahaja sehingga lupa akan kesihatan anda! Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam kehidupan seharian anda.

Sumber: Wowmenariknya.com, Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 23 Mar 2018

Ambil Perhatian! Ini 6 Perkara Penting Yang Perlu Anda Buat Sebelum Travel Ke Luar Negara

Setiap daripada anda mesti akan teruja untuk merancang trip percutian bersama keluarga atau kawan-kawan kan?

Featured Mon, 30 Mar 2020
Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Berbuat Baik Panjangkan Usia

Menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja sesuatu yang mulia, malahan boleh memanjangkan usia juga, menurut satu kajian.

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018
Featured Thu, 29 Dec 2022

“Kita Hidup Hanya Sekali” – Nasihat Andi Bernadee Buka Mata Netizen, Jadi Lebih Matang!

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee memberi nasihat untuk tidak membenci antara satu sama lain. @syaaanzz._ that’s not good❣️#repost #xybca #fyp ♬ suara asli – Penyair Emosian Penyanyi lagu Donde itu berkongsi perkara terbabit menerusi rakaman […]

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Gaya Hidup Sun, 20 Jan 2019

Enam bahasa tubuh yang sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. No 2 dianggap aneh! 

Bahasa tubuh, salah satu cara menterjemahkan sesuatu tanpa perlu bertutur.

Gaya Hidup Mon, 28 May 2018

Buat Perangkap Nyamuk Anda Sendiri Dengan Menggunakan Teknik DIY Yang Mesra Alam Ini

Tak perlu pakai asap ataupun bahan kimia yang membahayakan.