Gaya Hidup By: tex_admin April 8, 2018 @ 4:00pm

6 Khasiat Barli Yang Perlu Anda Tahu. Memang Bagus Untuk Kesihatan!

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie merupakan bijirin yang mempunyai sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Biasanya, barli ini kita akan rebus dan campur dengan sedikit gula lalu diminum. Rasanya memang sedap!

Menurut petua orang tua, kalau kita demam lebih bagus minum air barli kerana ia dapat menyejukkan dalaman badan. Kami dah pernah cuba, memang berkesan! Bukan itu sahaja tau, barli juga mempunyai banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Kami senaraikan antara khasiat barli ini khas untuk anda!

Foto: Firtscry Parenting

1. Rendahkan kolestrol dalam darah

Menurut kajian di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat menyatakan bahawa serat daripada barli sangat efektif dalam merendahkan kolestrol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

2. Tingkatkan glukosa dan lemak dalam darah

Barli mempunyai tahap beta-glucan yang tinggi dan ia dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah dalam kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3. Kurangkan risiko penyakit barah dan jantung

Kalau anda nak tahu, barli juga mengandungi kandungan tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

4. Rawat luka ringan

Bijiran barli bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli). Selain itu, biji barli boleh digunakan sebagai ramuan untuk menampal luka termasuk luka akibat terbakar.

5. Menurunkan berat badan

Bijiran barli juga boleh membantu dalam menurunkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Jadi, anda boleh amalkan minum air barli setiap hari kalau nak kurus!

6. Bantu sistem penghadaman

Khasiat barli juga baik untuk melawaskan pembuangan air kecil dan meningkatkan kesihatan buah pinggang serta membantu untuk sistem penghadaman.

Kesimpulannya, selepas ini bolehlah anda jadikan barli ini sebagai minuman dan makanan anda setiap hari. Cuma kami nak pesan, kalau buat barli sebagai minuman, jangan terlalu manis ya, takut nanti lebihan gula pula dalam badan. Semoga bermanfaat!

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Nov 2019

Ketahui rutin jaga kulit Wany Hasrita

Ini rutin mudah untuk kulit sihat

Featured Sun, 29 Mar 2020
Gaya Hidup Fri, 8 Feb 2019

‘Pulau Melayu’ tarikan baharu di Australia! 

 Gateway To Asia, bakal perkenal Pulau Cocos destinasi eksklusif yang mesra Muslim. 

Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Buat Rawatan Spa Ikan, Kuku Kaki Wanita Ini Rapuh Dan Tercabut!

Pergi spa untuk cantik, tapi lain pula jadinya!

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

Acara Thu, 25 Jul 2019
Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018

Jurufoto Keluarga Diraja Britain Kongsikan Gambar-Gambar Kegemarannya Dari Tahun Ini

Lihatlah saat-saat candid mereka yang anda jarang dapat tengok.

Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Peminat Salted Eggyolk Mesti Cuba Resipi Ayam Goreng Oleh Chef Cilik Danish Harraz Ini

Salted eggyolk croissant dah biasa sangat, jadi anda kena try makan dengan dengan ayam goreng pula. Gerenti rasa power!

Featured Wed, 13 May 2020