Gaya Hidup By: Ad Ops November 19, 2019 @ 5:58pm

6 larangan bagi warga Arab Saudi wanita yang tidak masuk akal

Ogos lalu, wanita yang bermastautin di Arab Saudi dihadiahkan dengan berita gembira yang ditunggu-tunggu sekian lama apabila kerajaan mengumumkan mereka kini dibenarkan melancong ke luar negara tanpa perlu meminta izin daripada wali (penjaga lelaki).

Menurut The Guardian dalam satu artikel yang disiarkan baru-baru ini, wanita Arab Saudi juga kini diberi kelonggaran apabila boleh mendaftarkan kelahiran anak, perkahwinan dan penceraian dengan sendiri.

Selama ini, Arab Saudi mempunyai undang-undang ketat membabitkan wanita negara itu termasuk diwajibkan berteman dengan wali untuk ke mana-mana sahaja!

Sehingga Jun tahun lalu, Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita memandu kenderaan bermotor, namun sejak kebelakangan ini kerajaan Arab Saudi dilihat lebih berlembut dengan wanita.

Ini dapat dilihat apabila pada tahun 2015 kerajaan mengumumkan wanita negara itu boleh mengundi. Sejak itu beberapa pengumuman penting membabitkan kepentingan wanita dilakukan sekali gus membuktikan pembabitan aktif wanita dalam pembangunan negara itu mula diiktiraf.

Pada Mei 2017 umpamanya, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akur dengan permintaan aktivitis apabila mengeluarkan arahan yang menyatakan wanita tidak memerlukan izin wali untuk sesetengah aktiviti seperti memasuki universiti, mencari kerja atau melakukan pembedahan.

Untuk berdekad-dekad lamanya, undang-undang Arab Saudi melarang wanita negara itu daripada membuat keputusan penting dalam hidup mereka tanpa keizinan wali masing-masing.

Kelonggaran ini sedikit demi sedikit memberi harapan dalam kalangan ahli pergerakan feminis yang berjuang demi hak kebebasan wanita di negara itu.

Bagaimanapun, rakyat wanita di negara ini masih tertakluk kepada beberapa undang-undang yang menyekat hidup mereka. Berikut adalah sebahagian daripadanya:

1. Berkahwin

Wanita masih perlu meminta izin wali mereka untuk berkahwin atau hidup sendiri. Perkara terbabit boleh diterima lagi kerana hakikatnya Islam menetapkan wanita yang ingin berkahwin perlu mendapatkan izin wali, namun sesiapa yang mengingkari undang-undang berkenaan boleh ditahan polis. 

Wanita yang mendirikan rumah tangga dengan warga asing juga tidak boleh menurunkan kewarganegaraan Arab Saudinya kepada anak mereka.

2. Menfailkan saman

Wanita tidak boleh menfailkan saman tanpa ditemani penjaga lelaki. Golongan aktivis berkata perkara ini menghalang wanita daripada melaporkan kes keganasan rumah tangga.

Selain itu, wanita boleh bertindak sebagai saksi di mahkamah, tetapi nilai testimoni mereka hanyalah separuh daripada testimoni saksi lelaki.

Mereka yang ditahan atau dimasukkan ke pusat jagaan milik kerajaan tidak boleh meninggalkannya tanpa izin penjaga lelaki.

Wanita Saudi perlu izin penjaga lelaki untuk failkan saman. Sumber: The Independent

3. Bergaya sakan hingga menyerlahkan kecantikan mereka

Kod pakaian bagi wanita dikawal ketat berdasarkan penterjemahan undang-undang Islam dan dikuatkuasakan di seluruh negara.

Ramai wanita memakai ‘abaya’ (sejenis jubah) dan hijab. Meskipun wajah mereka tidak semestinya ditutup, golongan ekstrem tetap menyerang mereka kerana menganggap wanita sebegitu terlalu mendedahkan aurat atau memakai terlalu banyak solekan.

Pada 2017, seorang ulama terkenal menggesa supaya ‘anak-anak perempuan’ Arab Saudi mengelak daripada memakai abaya yang bercorak atau mempunyai belahan pada bahagian kaki.

4. Berinteraksi dengan lelaki

Kebanyakan bangunan dibahagikan mengikut jantina. Gambar hiasan/Sumber: Junior Scholastic

Wanita juga dikehendaki untuk mengehadkan masa yang diluangkan bersama-sama lelaki yang tiada talian persaudaraan dengan mereka.

Menurut laporan The Daily Telegraph, kebanyakan bangunan awam termasuk pejabat, bank dan universiti, mempunyai pintu masuk yang berasingan mengikut jantina, Pengguna pengangkutan awam dan pengunjung taman rekreasi, pantai dan taman tema juga diasingkan!

Pencampuran yang melanggar undang-undang boleh menyebabkan setiap pihak dikenakan hukuman, tetapi selalunya hukuman bagi wanita, lebih berat.

5. Menyertai sebarang kejohanan sukan

Pada 2015, Arab Saudi mencadangkan Sukan Olimpik dilaksanakan tanpa peserta perempuan. Apabila negara itu menghantar atlet wanita ke Sukan Olimpik buat pertama kalinya di London pada 2012, beberapa ulama negara itu menggelar atlet terbabit sebagai ‘pelacur’ meskipun atlet wanita terbabit ditemani penjaga lelaki dan menutup rambut.

Tetapi pada 2017, stadium kebangsaan Arab Saudi buat julung kalinya membenarkan wanita menonton perlawanan di stadium berkenaan, namun mereka diberikan kawasan tempat duduk khusus untuk wanita.

Wanita Arab dilihat meraikan pasukan bola sepak negara mereka di Stadium King Saud University tahun lalu. Gambar hiasan/Sumber: Fayez Nureldine/AFP/Getty Images

6. Mencuba pakaian ketika membeli-belah

Menurut penulis majalah Vanity Fair, Maureen Dowd, lelaki Arab Saudi nampaknya tidak boleh menerima idea wanita yang tidak berbaju di sebalik pintu bilik persalinan.

Sehubungan itu, undang-undang menyatakan wanita tidak dibenarkan mencuba baju ketika membeli-belah!

Larangan pelik lain bagi wanita Arab Saudi termasuklah tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke tanah perkuburan, membuka akaun bank dan membaca majalah fesyen yang tidak ditapis gambarnya (uncensored).

Bagaimanapun, gaya hidup warga negara ini ternyata kian moden walaupun perubahan yang berlaku, masih agak perlahan. Satu artikel dalam National Geographic menyatakan Arab Saudi ialah negara di dunia yang paling mementingkan pengasingan jantina.

Tetapi dengan adanya perubahan dalam hidup mereka, generasi wanita muda sedang berdebat mengenai cara untuk menjadi warga Saudi yang tulen dan pada masa yang sama, moden.

Penasihat Diraja, Hanan Al-Ahmadi mengesahkan bahawa negara itu sedang melalui beberapa fasa transformasi, tetapi perlu memastikan identiti negara berkenaan dikekalkan.

Sumber: Reuters, The Week

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 May 2018

Biarpun Sibuk Shooting, Ia Bukan Alasan Emma Maembong Tidak Berpuasa!

Jom semak tip sahur dan cara pelakon yang popular menerusi drama “Kau Yang Terindah” ini kekal bertenaga di set penggambaran.

Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

5 Cara Jaga Karpet Agar Bebas Daripada Hama

Karpet merupakan antara elemen pelengkap dekorasi bagi setiap rumah.

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Sat, 2 May 2020

Peperangan COVID-19 masih belum berakhir

SOP lebih ketat ketika PKPB

Featured Wed, 8 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Putera Harry & Meghan Markle Dedah Perkara Paling Tak Syok Tentang Kehidupan Royalty

Jadi ahli kerabat diraja bukanlah seindah yang digambarkan.

Acara Mon, 4 Nov 2019

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Bagi yang mencari syampu organik, inilah dia

Gaya Hidup Fri, 16 Oct 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial. Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan […]