Gaya Hidup By: Ad Ops October 8, 2019 @ 11:00am

6 teknik regangan yoga mudah yang anda boleh amalkan di pejabat

Kebiasaannya apabila bercakap mengenai yoga, anda pasti membayangkan seseorang yang sedang duduk di atas lantai berlapikkan tikar getah khas dengan kedua-dua tangan di atas paha seakan-akan bertafakur sambil duduk.

Hakikatnya, senaman ini banyak melibatkan teknik regangan, jadi ia juga boleh dilaksanakan ketika anda berdiri atau duduk di kerusi.

Oleh sebab itulah anda boleh cuba lakukan senaman yoga walaupun ketika berada di tempat duduk pejabat anda. Ia memang sesuai sangat bagi anda yang terlalu sibuk bekerja hingga badan pun terasa penat dan lenguh.

Jika berminat, ambillah masa rehat sebanyak lima minit dan cuba teknik-teknik yang Insider kongsikan di bawah. Mudah sangat! Nescaya badan anda akan rasa lebih lega.

1. Cow Face

Cara: Silangkan tangan di belakang.

Sasaran regangan: Dada; bahagian belakang dan ketiak.

2. Neck Release

Cara: Bengkokkan tengkuk ke kanan, manakala tangan kiri dilunjurkan secara pepenjuru.

Sasaran regangan: Bahu depan dan bahagian belakang.

3. Eagle Arms

Cara: Silangkan tangan di hadapan dengan siku bercantum.

Sasaran regangan: Bahagian belakang dan bahagian hadapan lengan.

4. Side Bend

Cara: Angkat dan sambungkan tangan, bengkokkan badan ke sisi. Selepas beberapa saat, ulang dengan sisi lain.

Sasaran regangan: Bahagian pinggang di hadapan dan belakang.

5. Seated Twist

Cara: Sambil duduk, pusingkan badan ke kiri. Letakkan tangan kanan di lutut kiri untuk memaksimakan pusingan. Tolehkan kepala ke kiri. Ulang dengan sebelah kanan.

Sasaran regangan: Abdomen depan dan tulang belakang.

6. Seated Pigeon

Cara: Letakkan bahagian pergelangan kaki kanan di atas lutut kiri. Ulang dengan kaki kiri.

Sasaran regangan: Pinggul kiri dan kanan serta bahagian pelvis.

Rujuk kepada video penuh di bawah untuk dapatkan gambaran mengenai enam teknik yoga yang disebut di atas. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 4 Jan 2023

Simpan Ikan Dalam Bekas Ais Krim Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zara Zya & Ibu

Pelakon terkenal, Zara Zya berkongsi momen kelakar bersama ibu tercintanya ketika berada di rumah. @zarazyaofficial Kenapa lah ye… #ZaraZyaOfficial ♬ Ku Bahagia – Melly Goeslaw Menerusi hantaran yang dibuat oleh Zara di laman TikTok, dia […]

Gaya Hidup Sat, 21 Apr 2018

Diiktiraf Rumah Paling Mahal, Tabiat Tuan Rumah Ini Berbelanja Sangat Menggerunkan!

Misteri rumah paling mahal di dunia iaitu Chateau Louis XIV terbongkar apabila ramai pihak cuba menjejakinya sebelum menemuinya di sempadan utara Perancis berdekatan dengan Versailles.

Sihat Sun, 10 Feb 2019

Selesema berpanjangan mungkin tanda anak anda dijangkiti influenza

Influenza boleh memudaratkan kanak-kanak kecil

Gaya Hidup Wed, 10 Oct 2018
Gaya Hidup Sat, 17 Nov 2018

Dari Moyang Hingga Ke Cicit Semuanya Pilot, Wow Hebatnya Keluarga Ini!

Generasi Bhasin telah bergiat dalam dunia penerbangan hampir 100 tahun.

Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Gaya Hidup Fri, 17 May 2019
Gaya Hidup Tue, 8 Aug 2023
Featured Sat, 30 May 2020

2 negeri dalam Zon Hijau kembali catat kes baharu positif COVID-19

Jangkitan membabitkan warganegara Malaysia