Wanita dan perfumes memang sukar dipisahkan. Magisnya tentang wangian ia bukan saja melambangkan karakter seseorang wanita itu tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa istimewa, malah menjadi tarikan sensual buat para lelaki.
Justeru untuk memastikan pemakaian minyak wangi tahan lama walaupun kurang daripada empat semburan sehari, anda kena cuba 6 tip ini.
1. Memakai Lotion Sebelum Menyembur Minyak Wangi
Kulit berminyak mengekalkan wangian lebih lama. Jadi jika anda mempunyai kulit kering, sapukan lotion terlebih dahulu untuk membantu mengekalkan bau kegemaran anda.
2. Sapu Vaseline Pada Nadi
Sebelum menyembur minyak wangi, pastikan sapu Vaseline terlebih dulu di bahagian nadi untuk memastikan minyak wangi anda tahan lebih lama.
3. Simpan Perfume Dengan Betul
Haba, cahaya, dan kelembapan akan memecahkan partikel minyak wangi dan mengurangkan kualiti wangian. Sebaiknya, simpan di dalam tempat sejuk, kering seperti di meja solek di dalam bilik tidur anda dan jauh dari tingkap.
4. Sembur Minyak Wangi Dengan Betul
Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau. Ini juga akan menghalang wangian dari mengotorkan pakaian atau barang kemas.
5) Elak Lap Pergelangan Tangan Selepas Menyembur Perfume
Jika anda menggosok pergelangan tangan anda bersama-sama, anda akan memaksa top note untuk hilang lebih cepat dan hasilnya membuat wangian anda tidak bertahan lama.
6. Sembur Pewangi Pada Sikat
Menyembur pewangi secara terus ke rambut boleh menyebabkan rambut anda kering. Justeru adalah lebih baik dan selamat jika menyembur pewangi ke atas sikat rambut kemudian menyikat untuk mendapatkan impak haruman sepanjang hari.
Sumber: Cosmopolitan