Gaya Hidup By: Yanie Baharom June 18, 2018 @ 12:00pm

Kekal Harum Sepanjang Hari, Follow 6 Tip Ini Yang Membuatkan Pewangi Anda Tahan Lama

Wanita dan perfumes memang sukar dipisahkan. Magisnya tentang wangian ia bukan saja melambangkan karakter seseorang wanita itu tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa istimewa, malah menjadi tarikan sensual buat para lelaki.

Justeru untuk memastikan pemakaian minyak wangi tahan lama walaupun kurang daripada empat semburan sehari, anda kena cuba 6 tip ini.

1. Memakai Lotion Sebelum Menyembur Minyak Wangi

Kulit berminyak mengekalkan wangian lebih lama. Jadi jika anda mempunyai kulit kering, sapukan lotion terlebih dahulu untuk membantu mengekalkan bau kegemaran anda.

Foto: Net Doctor

2. Sapu Vaseline Pada Nadi

Sebelum menyembur minyak wangi, pastikan sapu Vaseline terlebih dulu di bahagian nadi untuk memastikan minyak wangi anda tahan  lebih lama.

Foto: Vaseline

3. Simpan Perfume Dengan Betul

Haba, cahaya, dan kelembapan akan memecahkan partikel minyak wangi dan mengurangkan kualiti wangian. Sebaiknya, simpan di dalam tempat sejuk, kering seperti di meja solek di dalam bilik tidur anda dan jauh dari tingkap.

Foto: Cosmopolitan

4.  Sembur Minyak Wangi Dengan Betul

Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau. Ini juga akan menghalang wangian dari mengotorkan pakaian atau barang kemas.

Foto: Tipsoye

5) Elak Lap Pergelangan Tangan Selepas Menyembur Perfume

Jika anda menggosok pergelangan tangan anda bersama-sama, anda akan memaksa top note untuk hilang lebih cepat dan hasilnya membuat wangian anda tidak bertahan lama.

Foto: Greatist

6. Sembur Pewangi Pada Sikat

Menyembur pewangi secara terus ke rambut boleh menyebabkan rambut anda kering. Justeru adalah lebih baik dan selamat jika menyembur pewangi ke atas sikat rambut kemudian menyikat untuk mendapatkan impak haruman sepanjang hari.

Foto: Cosmopolitan

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Tips Kilatkan Kembali Barang Kemas Hanya Menggunakan Bahan Masakan! Jimat & Mudah!

Tetapi, apabila sudah dipakai setiap hari pasti akan kelihatan pudar dan kurang berkilat.

Featured Thu, 18 Jul 2019

Nama hidangan dalam menu restoran ini kelakar sungguh!

Anda tengoklah sendiri. Kreatif, kan?

Gaya Hidup Mon, 5 Mar 2018

Restoran Baru Ini Menghidangkan “Fast Food” Yang Berkhasiat, Sesuai Untuk Orang Yang Berdiet. Jom Try!

Ada restoran baru di Lower Ground Level 1Utama, Petaling Jaya yang menawarkan makanan segera, tapi menunya khas untuk sesiapa yang tengah berdiet.

Featured Sun, 10 May 2020

Boleh sambut perayaan, tetapi had maksimum 20 orang dan tidak boleh rentas negeri

PKPB dilanjut sehingga 9 Jun, larangan pergerakan rentas negeri kekal

Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018
Featured Mon, 13 Jan 2020
Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Featured Mon, 27 May 2019