Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 9, 2018 @ 5:00pm

7 Sebab Kenapa Ramai Orang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar Mereka

Dulu kita boleh hidup tanpa telefon. Jika tertinggal, tiada masalah bagi kita menggunakan telefon awam untuk menghubungi parents atau kawan-kawan sekaligus memaklumkan di mana lokasi kita berada.

Berbeza senarionya dalam kehidupan sekarang lebih-lebih lagi sejak munculnya telefon pintar yang ada pelbagai guna dan menyeronokkan. Tanpanya bersama kita walaupun untuk beberapa jam, hidup kita kelam jadinya. Malah golongan millennial beranggapan mereka tidak boleh hidup tanpa telefon pintar.

Pendapat ini dikukuhkan dengan hasil tinjauan dalam talian yang bertajuk ‘Hooked on Smartphones’, yang mendapati bahawa 60% daripada responden yang terdiri daripada 1,336 rakyat Malaysia, memberitahu bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa telefon pintar.

Inilah sebab-sebabnya…

Foto: Study Breaks Magazine

1. Hampir 86% responden menggunakan telefon pintar mereka untuk memeriksa e-mel, ataupun mengemaskini laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook. Contohnya memuat naik gambar makanan seperti di atas!

2. Kira-kira 71% memerlukan telefon pintar untuk mengikuti berita terkini.

3. Sejumlah 56% menggunakan telefon pintar untuk ‘games’.

4. Hampir 50% daripada responden menggunakan telefon pintar sebanyak enam hingga 20 kali sehari untuk sebab-sebab di atas manakala 24% lagi menggunakannya lebih 20 kali sehari.

5. Sebanyak 55% responden berkata mereka menggunakan telefon pintar itu kurang daripada 15 minit setiap kali manakala 15% lagi berkata mereka menghabiskan masa lebih 30 minit.

6. Sejumlah 60% responden pula mengakui telefon pintar itu digunakan semasa mesyuarat dan semasa makan bersama orang lain.

7. Kira-kira 59% pula mengaku menggunakan telefon sambil memandu.

Foto: Android Central

Selain tujuh perkara yang disebutkan, lima faktor ini pula yang membuatkan telefon pintar terus kekal di tangga teratas sebagai BFF (Best Friend Forever) anda.

Foto: playtech

1. Telefon pintar memberi peluang kepada anda untuk mencari hiburan seperti mendengar lagu atau menonton video misalannya.

2. Berguna untuk mencari arah atau destinasi yang mahu dituju misalnya dengan adanya aplikasi Waze yang bakal memudahkan perjalanan anda.

3. Boleh mencari kawan di alam maya.

4. Peneman ketika dilanda kebosanan. Misalnya ketika anda sedang menunggu LRT atau bas, anda boleh melayari internet, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

5. Telefon pintar menjadi pengganti kamera dan perakam video untuk anda merakamkan momen indah setiap hari.

Memang tidak dinafikan bahawa telefon pintar itu banyak kegunaannya. Tetapi jika digunakan secara berlebihan, ia akan menyebabkan ketagihan dan akhirnya merosakkan minda.

Telefon pintar sepatutnya digunakan untuk memudahkan urusan seharian. Seangan disebabkan telefon pintar kita terputus hubungan sesama manusia.

Sumber: InTrend

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Apr 2020
Featured Wed, 19 Sep 2018

Ini Caranya Untuk Menanam Pokok Nanas Dalam Pasu, Mudah Sangat!

Tiada masalah jika anda tak ada garden untuk tanam pokok ini.

Gaya Hidup Wed, 25 Apr 2018

Secawan RM220, Kopi Tahi Gajah Paling Mahal Di Dunia!

Kopi tahi gajah? Wujud ke kopi jenis ini?

Featured Mon, 24 Feb 2020
Featured Sun, 31 May 2020

MySejahtera Check In mula beroperasi 2 Jun ini

Muat turun aplikasi MySejahtera

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Featured Wed, 11 Sep 2019

Panduan minum kopi dengan betul

Hidup cergas dan sihat dengan secawan kopi

Gaya Hidup Wed, 4 Jul 2018

Potong Buah Pun Ada Caranya, Jangan Main Potong Ikut Suka Hati

Boleh ‘potong’ mood la nak makan buah.

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

Seni Meraikan Tetamu Jadikan Anda Tuan Rumah Disenangi

Tetapkan atur cara, pasti majlis meriah dan sempurna!

error: Content is protected !!