Gaya Hidup By: Ad Ops June 1, 2018 @ 1:00pm

7 Sebab Kenapa Wanita Patut Enjoy Zaman Mereka Tengah Single

Jika anda masih belum berpunya, anda mesti rasa jealous bila tengok semua rakan-rakan anda yang dah pun mendirikan rumah tangga ataupun menjalinkan hubungan cinta.

Yelah, bila anda keluar lepak bersama, mereka semua dok berkepit dengan orang tersayang, anda seorang saja yang single di tepi. Kekoknya!

Tak apa, tak apa! Bukan semua orang bertuah dapat bertemu dengan jodoh mereka dengan mudah atau cepat.

Daripada merana seorang-seorang, anda sepatutnya enjoy masa ini kerana anda tak terikat dengan mana-mana hubungan percintaan atau tanggungjawab. Bila lagi anda boleh menikmati kebebasan sebegini?

Ada beberapa sebab kenapa status single ini lebih syok sebenarnya. Memanglah perkahwinan atau hubungan cinta boleh juga memberikan kebahagiaan, tapi “kebahagiaan” yang anda rasa ketika single, lain macam!

1. Boleh buat apa-apa saja secara spontan

Kalau ada boyfriend atau suami, anda kena pertimbangkan dulu apa yang dia suka bila nak keluar berdating. Tak bolehlah ikut citarasa anda seorang saja. Kena ada kompromi. Lecehnya! Kalau anda boleh tetapkan sendiri apa yang anda akan buat, kan best?

2. Boleh travel ke mana saja

Pilihan tempat pelancongan pun anda boleh decide sendiri. Kalau anda nak pergi ke sesuatu tempat itu, pergi sajalah! Anda juga boleh tetapkan sendiri bila nak pergi, di mana nak menginap, nak makan apa, nak buat aktiviti apa… Seronoknya! Dan di dunia moden kini, memang tak pelik langsung untuk seorang wanita pergi melancong berseorangan. Women are independent!

Foto: www.goseewrite.com

3. Boleh berada di samping keluarga tersayang di setiap perayaan

Bila anda dah bersuami, mesti kena ikut giliran untuk beraya dengan keluarga siapa setiap tahun. Kalau hubungan anda okay dengan keluarga si dia, tak apalah. Ini kalau tak berapa baik? Eee, tak best. Bila anda single, tak perlu risau pasal semua itu! Anda boleh celebrate dengan keluarga anda sendiri. Gerenti perayaan itu lebih bermakna.

4. Ada banyak masa untuk diri sendiri

Kadangkala anda terpaksa lepaskan banyak peluang untuk mencari pengalaman baru kerana anda perlu memberi fokus sepenuhnya kepada hubungan anda dengan si dia. Jika anda berkahwin terlalu awal, anda akan terlepas peluang serta mengenali lebih ramai orang yang sebenarnya boleh membantu anda decide lelaki mana yang anda betul-betul nak kahwini.

Foto: www.etn-ins.com

5. Boleh pindah dan cuba benda baru

Anda dah bosan dengan rutin atau kehidupan yang sama? Mungkin anda boleh pindah untuk nikmati pemandangan baru. Tak kiralah di negeri atau negara lain, anda takkan boleh jadi sefleksibel ini jika anda terikat dengan mana-mana hubungan serius.

6. Boleh tidur dan bangung lambat sesuka hati

Teringin nak lepak dengan kawan-kawan sampai lewat malam dan kemudian bangun lambat keesokan harinya? Boleh! Bila anda single, anda tak perlu fikir tentang orang lain. Tambahan pula, anda tak perlu kongsi katil anda dengan sesiapa. Lagi syok!

Foto: Getty Images

7. Boleh berbelanja lebih

Bila anda dah berumah tangga dengan seseorang itu, gaji anda mesti dikongsi. Kalau anda masih single, anda seorang saja yang berhak untuk membelanjakan wang itu. Jadi bolehlah anda menghadiahkan barang yang istimewa untuk diri sendiri sekali sekala.

Jadi fikir betul-betul sebelum anda terjun ke dalam mana-mana hubungan percintaan. Sambil itu, apa kata anda tanya rakan-rakan anda yang dah berpunya, jika mereka pernah rasa cemburu terhadap status single anda. 

Sumber: Daily Entertainment

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 19 Nov 2019

6 larangan bagi warga Arab Saudi wanita yang tidak masuk akal

Hak kebebasan wanita di sana terbantut. Kasihannya!

Gaya Hidup Wed, 8 Apr 2020

Idea dekorasi dapur kecil cantik, barulah seronok nak masak

Siapa kata ruang dapur sempit tidak boleh dihias cantik

Featured Fri, 16 Dec 2022

Ustaz Wadi Anuar Kongsi Tip Berubah Jadi Baik

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar kekal istiqamah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. @thefastabiqulkhairat semangat untuk berubah dan istiqamah🤍 In Shaa Allah🤲🏻 #reminderislamic #ustazwadiannuar #uwa #uwateam #keepistiqomah #selfreminder #reminderforyou #thefastabiqulkhairat #fyp […]

Gaya Hidup Wed, 31 Jan 2018

Nak Kuruskan Badan? Makan 9 Buah-Buahan Ini

Buah yang kaya dengan serat serta mengandungi vitamin C merupakan jenis buah yang sangat disarankan ketika anda sedang berusaha mendapatkan bentuk badan menawan.

Featured Fri, 29 May 2020
familuv Wed, 21 Dec 2022

Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial. @meerqeen Sorry shaqeel #fyp #foryou ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia Menerusi perkongsiannya di […]

Gaya Hidup Tue, 5 Mar 2019

10 harta paling mahal milik Kim Jong Un

Jika anda seorang pemimpin negara, apa saja mampu dimiliki.

Gaya Hidup Tue, 14 May 2019
Gaya Hidup Thu, 1 Oct 2020

Jom Kenalpasti Kandungan Sabun Yang Sesuai Untuk Kulit Korang!

Kulit bersih dan awet muda menjadi impian buat semua