Gaya Hidup By: Ad Ops June 12, 2018 @ 11:00am

8 Jenis Makanan Manusia Yang Selamat Untuk Diberikan Kepada Kucing Anda

Secara umumnya, anda mesti ingat yang kucing hanya suka makan ikan dan minum susu. Sebenarnya ada banyak lagi bahan-bahan makanan yang dia suka dan selamat untuk dia makan.

Makanan-makanan yang manusia biasa makan pun boleh! Jadi jika anda tiada makanan kucing, anda bolehlah cuba berikannya 8 makanan ini.

Tapi ingat ya! Jangan selalu sangat beri makanan “luar biasa” ini. Kucing anda masih perlukan semua khasiat yang ada dalam makanan kucing.

Broccoli

Foto: Twitter Lani Rosales

Siapa sangka kucing suka makan sayur? Sebenarnya kalau anda perasan, kucing pun akan tunjukkan minat di dalam makanan jenis sayuran dengan menggigit rumput-rumput atau tanaman pokok. Itu sebabnya mereka minat broccoli. Steam dulu sebelum menghidangkan sayur ini. Ia akan memberi manfaat kepada sistem pencernaan si kucing .

Daging yang kurang lemak

Kucing paling suka makan daging, jadi sekali sekala anda boleh berikannya makan, tapi pastikan ia belum diproses dan kurang lemak. Daging ini akan bekalkan khasiat protein kepadanya.

Makanan bayi

Foto: megspetsitting.com

Kadangkala kucing, lebih-lebih lagi kucing yang kurang sihat, akan rasa tak berminat untuk makan makanan biasanya. Ini mungkin masa yang sesuai untuk cuba beri makanan bayi (yang berunsur daging) supaya dia boleh mengisi perut. Tapi check dulu ramuan makanan tersebut kalau ada bawang merah dan putih yang boleh membahayakan kucing.

Pisang

Macam monyet! Sekali sekala bolehlah bagi. Pisang yang telah disejukbekukan pun boleh, jadi bila hari tengah panas, hidangkan.

Bayam

Selain broccoli, anda juga boleh beri makan sayur bayam kepada kucing anda. Kucing yang ada masalah pencernaan akan mendapat manfaat daripada sayur ini. Awas! Jangan beri kepada kucing yang ada masalah buah pinggang atau saluran kencing, memandangkan bayam boleh menyebabkan pembentukan batu kristal di saluran kencingnya.

Tembikai

Foto: dailyentertainment.me

Kucing yang suka benda manis akan minat makan tembikai, tembikai susu atau cantaloupe. Walaupun buah-buah ini boleh membantu banteras penyakit pencernaan, jangan beri selalu sangat. Biji-bijinya harus dibuang dulu sebelum dihidang.

Telur

Telur mentah memang tak digalakkan, tapi anda boleh beri telur yang dah direbus atau scrambled. Bahan ini kaya dengan protein yang boleh memberi kucing anda tenaga. Elakkan daripada menggunakan mentega atau minyak apabila menyediakan masakan telur ini.

Keju

Satu lagi makanan berprotein untuk kucing anda ialah keju. Tapi seperti biasa, jangan beri banyak sangat sebab kucing secara umumnya adalah lactose intolerant (usus kecilnya tak berupaya untuk menghadam gula dalam susu). Jadi cuba beri sikit demi sikit untuk kenalpasti jika badannya boleh menerima bahan ini.

Sumber: Dailyentertainment.me

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 27 Oct 2018
Gaya Hidup Fri, 27 Jul 2018
Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

A.Day Lifestyle tawarkan produk gaya hidup tempatan dengan 1001 cerita

Tampilkan produk 100 artis dan pereka tempatan

Featured Sat, 14 Jul 2018
Gaya Hidup Sat, 29 Dec 2018

Todak Fest 2019 Amal Keterbukaan Dalam Penyertaan, Tidak Diskriminasi Peserta Wanita

Todak Cup Mobile Legends Championship menawarkan hadiah berupa wang tunai RM100,000. Wow!

Gaya Hidup Fri, 9 Mar 2018

Jom Pelajari Senaman Ringkas Bagi Anda Yang Sedang Hamil. Mudah Saja!

Bagi anda yang sedang hamil, senaman antara langkah yang terbaik yang perlu dilakukan.

Featured Wed, 22 Apr 2020
Featured Wed, 16 May 2018

Jom Kenali Pengasuh Anak Putera William & Kate Middleton Serta Kemahiran Yang Dia Perlu Ada

Bukan sesiapa saja yang boleh jadi nanny untuk budak-budak diraja ini!

Featured Fri, 31 May 2019