“Your hair is natural or perm?” Itu soalan yang biasa diajukan apabila berasa teruja melihat kanak-kanak comel atau wanita cantik berambut kerinting panjang dan lebat.
Si pemilik rambut kerinting apatah lagi kalau mereka itu cantik biasanya terlihat attractive sehingga membuatkan sesiapapun terpesona.
Bagaimanapun, penjagaan rambut kerinting ini agak rumit berbanding rambut lurus. Anda perlu sentiasa membelainya agar tidak kusut dan kejung! Nak tahu penjagaan terbaik bagi anda yang memiliki rambut terkenal dengan jolokan ‘mee maggi’ ini, amalkan lima tip di bawah.
SIKAT SEBELUM BERSYAMPU
Bila mahu bersyampu, pastikan sikat terlebih dahulu rambut anda. Dengan cara ini masalah rambut bersimpul atau kusut (khususnya pada bahagian hujung rambut) dapat diminimumkan. Rambut kerinting bila sudah basah lagi susah nak dileraikan.
KURANG BERSYAMPU
Jangan kerap mencuci rambut. Seeloknya maksima tiga kali seminggu. Rambut kerinting biasanya kering, jadi tidak elok dicuci selalu kerana makin kerap dicuci makin kering jadinya.
PERAPI, PERAPI & PERAPI
Kalau tidak bersyampu sekalipun, tiap kali mandi pastikan memakai perapi (conditioner) pada rambut. Bagi sesiapa yang berambut kerinting wajib jadikan perapi sebagai teman baik di kamar mandi. Selain melembap rambut, perapi juga buat tekstur dan bentuk kerinting rambut lebih cantik dan kemas. Leraikan rambut yang sudah disapu perapi dengan jari.
PUPUR RAMBUT
Selain perapi, pupur rambut (hair mask) juga penting dalam memberi rawatan intensif pada rambut. Memandangkan rambut kerinting biasanya kering, jadi ia perlu dilembapkan dengan sempurna. Rambut kerinting yang lembap menjamin bentuk keritlnting yang lebih cantik, tidak frizzy.
JANGAN SIKAT
Jangan sesekali sikat rambut yang sudah kering. Ia akan buat rambut nampak frizzy. Usik dengan jari pun kalau boleh dielakkan. Untuk mencipta volum pada rambut, cukup dengan leraikan rambut kepada beberapa bahagian.