Acara By: Fadzlena Jafar July 15, 2019 @ 2:22pm

ABPBH 32 sedia pelbagai acara untuk peminat seni

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun ini bakal menyaksikan pelbagai acara menarik bermula dari majlis prapelancarannya yang diadakan di Tamu Hotel & Suites, baru-baru ini sehingga menjelang acara kemuncak pada 22 September 2019. 

Selain acara kemuncak ABPBH 32 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu, pelbagai perancangan turut diatur oleh penganjurnya, BH membabitkan pelbagai pengisian merangkumi semua platform termasuk siri jelajah dan aktiviti santai bersama kelab peminat #FANtastik.

Antara acara yang pasti ditunggu peminat tentunya showcase istimewa yang dirancang diadakan menjelang acara kemuncak. Peminat juga berpeluang mendekati selebriti kesayangan mereka pada acara yang diatur itu sepanjang Julai hingga September ini.

Persembahan daripada Syafiq Farhain di Majlis Prapelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Tamu Hotel. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Lebih menarik, pelbagai perkongsian mengenai majlis anugerah hiburan pilihan peminat yang sudah memasuki edisi ke-32 itu boleh didapati dalam platform digital dan juga bercetak sebagai pilihan kepada pembaca.

Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 32, Khaidir A Majid, berkata semua acara itu diharap dapat membawa BH khususnya ABPBH mendekati peminat seni hiburan di negara ini yang terus setia menyokong akhbar BH selama ini.

Selain itu, katanya, BH sebagai akhbar yang memberi platform kepada selebriti tempatan untuk berkembang turut peka dengan perkembangan dunia hiburan kini, lebih-lebih semakin ramai artis tempatan yang melebarkan sayap di pentas antarabangsa.

“Kami di BH sentiasa peka dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatang, seiring dengan slogan baharu BH iaitu Wadah Pembaharuan,” katanya pada majlis Prapelancaran ABPBH 32 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Pengarang Eksekutif, Komersial dan Hal Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua kanan) bersama penaja dan artis, Datuk Aznil Nawawi serta Fizz Fairuz pada Majlis Prapelancaran ABPBH di Tamu Hotel & Resort. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Dua siri jelajah bersama artis dan kelab peminat yang dirancang itu bakal diadakan di KOMTAR JBCC, Johor Bahru pada 3 Ogos ini, disusuli Aman Sentral, Sungai Petani, Kedah pada 24 Ogos, manakala program santai bersama kelab peminat iaitu #FANtastik dan Showcase ABPBH 32 pada 7 September depan di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Acara kemuncak ABPBH 32 yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) turut menyaksikan dua kategori baharu Artis K-Pop Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.

ABPBH 32 turut mempertandingkan 13 kategori utama iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Turut dipertandingkan Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Trofi ABPBH yang menjadi rebutan. 

Turut dipertandingkan dalam ABPBH 32 adalah lima kategori atas talian iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.

ABPBH juga menampilkan Anugerah Sepanjang Hayat, anugerah berprestij yang mengiktiraf anak seni yang banyak berjasa kepada industri seni hiburan di negara ini.

Bagaimanapun, anugerah yang paling ditunggu-tunggu oleh anak seni tempatan dan juga peminat, tentunya trofi utama Bintang Paling Popular yang menyaksikan pelbagai nama besar dalam industri seni antara pemenangnya.

Dengan pelancaran ABPBH 32 itu, proses undian ABPBH 32 boleh dilakukan menerusi laman sesawang www.abpbh.com.my bermula 15 Julai ini sehingga 14 Ogos depan.

Anda teruja dan tidak sabar menanti ABPBH? Laksanakan tugas anda dan undi selebriti kesayangan anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 8 May 2019
Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Mon, 3 Sep 2018

Festival Gegaria #KitaPunya Pukau Puluhan Ribu Pengunjung, Cayalah!

Kali ini, festival ini bertemakan Hari Merdeka!

Featured Wed, 13 May 2020

Kejutan Kluster IPT, KKM buat siasatan kenal pasti punca jangkitan

Kemunculan kluster institusi pengajian tinggi (IPT) Sabah yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menimbulkan persoalan kemungkinan lebih ramai pelajar yang sudah dijangkiti COVID-19 daripada universiti yang sama. Ramai beranggapan KKM kini bakal berdepan dengan […]

Gaya Hidup Mon, 4 Jun 2018

Pelajari 3 Tip Ini Untuk Memudahkan Anda Memasak Di Dapur, No. 3 Paling Penting

Kerja yang rumit boleh jadi senang jika anda tahu cara-caranya.

Featured Tue, 7 Aug 2018
Gaya Hidup Tue, 15 Jan 2019
Acara Mon, 6 Mar 2023
Gaya Hidup Thu, 11 Jan 2018

Hidangan Menyelerakan di The Sumbs

The Sumbs, For Foodie By Foodie Café. Bagi warga Shah Alam, kafe ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang tahu tentang kelazatan makanannya. Berkonsepkan makanan fusion, The Sumbs menampilkan kelainan dalam pilihan menu dan […]

Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.