Gaya Hidup By: Padin February 22, 2023 @ 10:50am

Alyah Dilantik Menjadi Penyeri… Sentuhan Ramadan Hotel Tenera Tak Hanya Hidang Masakan Lazat, Sediakan Kemudahan Dewan Untuk Solat Terawih

Kehadiran penyanyi popular, Datin Alyah sebagai wajah Buffet ‘Sentuhan Ramadan’ menjadi salah satu daya penarik di Hotel Tenera, Bangi.

Berbesar hati menerima pelawaan ini, penyanyi lagu Jutaan Purnama itu secara peribadi menggemari juadah yang disediakan di hotel terbabit.

“Saya sendiri tak sangka kerana sebelum ini, pada tahun lalu, saya menjadi pelanggan di sana kerana menggemari apa yang mereka hidangkan. Lauk pauk yang sedap memang memukau selera saya.

“Selain itu, saya sukakan konsep yang dipersembahkan. Selain kelazatan juadah, mereka juga menyediakan kemudahan surau dan dewan untuk solat Maghrib, Isyak dan terawih. Bayangkan, ibu saya pun suka untuk berbuka di sana kerana makanan sedap dan kemudahan terbabit.

“Maklumlah, golongan mak-mak ni, jika diajak berbuka di luar, mereka kurang bersetuju kerana mereka mahu segera menunaikan solat fardu dan terawih. Di sana semuanya serba lengkap, jadi taka da masalah untuk saya membawa ibu dan keluarga,” katanya.

Terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nanas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng dan banyak lagi.

Menghimpukan lebih 200 menu seperti Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, John Tortilla Brisket, Keropek Abe, Cendol Sawit, Roti Bakar Arang, pelbagai hidangan pencuci mulut serta aneka minuman, ia merupakan hasil air tangan seorang cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said yang merupakan cef eksekutif Hotel Tenera.

Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau ‘early bird’ pada harga RM 88. Tawaran istimewa ini bermula pada 1 Januari lalu hingga 28 Februari 2023.

Selepas tempoh ‘early bird’, pengunjung masih boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM118 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah.

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 bertemakan ‘Sentuhan Ramadan’, boleh layari di laman sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau Instagram (@hoteltenerabangi).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Dec 2018
Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

5 Menu Diet Telur Rebus Yang Perlu Anda Cuba

Telur adalah sumber protein dan serat yang sihat.

Featured Fri, 8 Mar 2019

Kisah inspirasi wanita di sebalik syarikat penerbangan AirAsia. Girl Power!

Tak sangka wanita pun boleh buat pekerjaan ini.

Gaya Hidup Mon, 25 Jun 2018

Mesin Basuh Kotor Dan Berkeladak. Ini Cara Mudah Untuk Bersihkannya!

Tetapi tahukah anda, mesin basuh juga akan menjadi kotor dan berkeladak jika tidak dicuci!

Featured Sat, 3 Dec 2022

Utamakan Kerjaya Berbanding Jodoh, Dah 6 Tahun Nabila Razali Tak Bercinta

Penyanyi Nabila Razali masih belum mempunyai kekasih hati kerana ingin mengutamakan kerjaya dalam bidang seni. Menurut gadis yang mesra disapa Bella, perjalanannya di dalam industri bukan suatu perkara yang mudah dan sayang untuk dilepaskan jika

Gaya Hidup Thu, 21 May 2020
Gaya Hidup Sun, 20 Jan 2019

Enam bahasa tubuh yang sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. No 2 dianggap aneh! 

Bahasa tubuh, salah satu cara menterjemahkan sesuatu tanpa perlu bertutur.

Gaya Hidup Fri, 29 Mar 2019

Jom rebut peluang terokai harta karun di The Lost World of Tambun

Kempen cuti sekolah ini berlangsung sehingga 31 Mac ini.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bakal Diadakan 25 Februari Ini, Pretty Ugly 21 Anniversary Hadiah Buat Peminat

Kugiran psychedelic rock, Pretty Ugly bakal menemui peminatnya di Konsert Pretty Ugly 21 Anniversary pada 25 Februari 2023 di The Paddock PJ, Kelana Jaya. Konsert ini bertujuan meraikan ulang tahun yang ke-21 Pretty Ugly sepanjang

Gaya Hidup Fri, 22 Mar 2019

| Live TV