Gaya Hidup By: tex_admin May 22, 2018 @ 4:00pm

Amalkan Makanan Ini Untuk Anak Jadi Genius Seperti Tun Mahathir

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka memiliki otak cerdas dan bijak. Yela, bila dah bijak pasti akan membesar menjadi seorang yang berjaya seperti Tun Mahathir, Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Cuba anda bayangkan, dengan usia 93 tahun, Tun Mahathir masih bergerak pantas dalam melaksanakan tugas, tutur kata dan percakapan ketika sesi sidang media amatlah lancar, terang dan jelas, bahkan boleh berbahasa Inggeris dengan cemerlang. Kalau anda nak tahu, Tun mengamalkan diet yang strict dan tidak makan makanan dengan sesuka hati. Sebab itulah beliau sentiasa sihat sehingga sekarang! 

Begitu juga kepada anda yang nak anak bijak, anda perlu menitik beratkan soal pemakanan mereka. Jika anda mahu anak anda membesar dengan bijak seperti Tun Mahathir, amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mampu merangsang kecerdasan otak sejak anak anda kecil lagi.

Pasti anda tertanya-tanya makanan yang jenis macam mana kan? Penulis senaraikan jenis-jenis makanan yang bagus untuk perkembangan otak anak anda.

1. Madu

Madu antara salah satu makanan yang bagus untuk otak. Pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang terkandung di dalam madu dapat meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental anak anda. Selain itu, madu juga dapat memberikan tenaga dan kesihatan fizikal mahupun mental.

2. Pisang

Foto: Pesona Pengantin

Bagi anak anda yang suka makan pisang, ia satu berita yang baik! Pisang juga baik untuk otak kerana 100 gram pisang boleh membekalkan tubuh dengan kira-kira 1.7 mg serotonin yang berfungsi meningkatkan kemampuan otak untuk menumpukan perhatian. Serotonin merupakan hormon yang mencetuskan rasa bahagia. Untuk pengetahuan anda, satu atau dua ulas pisang setiap hari diyakini boleh meningkatkan prestasi otak.

3. Telur

Foto: Detik Finance

Menurut ahli kesihatan, telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Kandungan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi dan bahan ekstraktif dalam telur dapat menambahkan kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya. Untuk pengetahuan anda, kuning telur berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda secara langsung.

4. Susu

Foto: Klikdokter

Susu sangat berguna untuk kesihatan otak anak anda, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Bukan itu sahaja, susu juga berkhasiat untuk merawati kesihatan dan penawar kepada penyakit lupa yang berkesan. 

5. Brokoli

Foto: BCC Good Food

Brokoli juga antara makanan yang terbaik untuk otak anak anda. Kandungan vitamin C, vitamin K dan choline yang tinggi mampu bertindak untuk mengekalkan daya ingatan. 

6. Kismis

Foto: Punjabi.daily

Ya, mungkin anda sudah tahu kismis memang bagus untuk minda. Kismis sarat dengan glukosa dan fruktosa yang mampu meningkatkan penyerapan vitamin sehingga bermanfaat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, kismis juga boleh menguatkan jantung serta meningkatkan keupayaan untuk menghafal.

7. Minyak Zaitun

Foto: Desakabut

Minyak zaitun adalah makanan yang berkesan untuk mencegah penyakit alzheimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakkan pertumbuhan sel-sel otak, seterusnya meningkatkan fungsi otak termasuk daya ingatan. Anda juga boleh memberikan anak minum sesudu minyak zaitun setiap hari. 

Kesimpulannya, anda perlu bijak menyediakan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk perkembangan otak anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini kerana, apa yang dimakan oleh anak anda sangat mempengaruhi tumbesaran mereka. Semoga info ini bermanfaat!

Sumber: Dr. Axe, Wanista, Layar Minda Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

This man creates mini works of art using fried eggs!

Well, when the inspiration hits you, you just can’t stop!

Gaya Hidup Fri, 19 Apr 2019
Featured Thu, 14 May 2020

Keistimewaan akan ditarik balik jika enggan bayar kos penginapan kuarantin wajib

Tindakan undang-undang turut akan diambil kepada PR dan pemegang pas lawatan sosial

Gaya Hidup Tue, 15 May 2018

Nak Cantik Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Ladies Kena Amalkan Penggunaan Minyak Pati

Daripada insomnia sehinggalah masalah jerawat, segala kebimbangan anda tentang penjagaan kecantikan boleh diselesaikan dengan bantuan minyak pati.

Gaya Hidup Sat, 8 Dec 2018
Featured Mon, 8 Jan 2018

6 Tips Mudah Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi

“Dahlah mata aku ni sepet, bulu mata pulak pendek. Jeles betul tengok si Kamilia tu, mata sudahlah bulat, bulu mata pun panjang melentik. Tak payah susah-susah pakai maskara tebal pun dah nampak cantik. Untunglah. Agak-agak […]

Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Badan Terasa Lesu? Jom Tinjau Rawatan Spa Apa Yang Sesuai Dilakukan Ketika Berpuasa

Tiada masalah sama sekali ke spa ketika sedang berpuasa, asalkan rawatan yang dibuat itu tidak memudaratkan dan menyebabkan hidrasi kepada tubuh.

Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

4 Sayuran Ini Bagus Untuk Kurus

Umum mengetahui pengambilan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan badan. Malah, makan sayuran juga boleh membantu dalam diet seharian serta membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Tips Kilatkan Kembali Barang Kemas Hanya Menggunakan Bahan Masakan! Jimat & Mudah!

Tetapi, apabila sudah dipakai setiap hari pasti akan kelihatan pudar dan kurang berkilat.

Featured Tue, 24 Dec 2019

Ketahui istilah cantik Oki Setiana Dewi untuk wanita

Perkongsian ilmu Oki bermanfaat untuk dihayati!

| Live TV