Gaya Hidup By: tex_admin March 23, 2018 @ 4:49pm

Ambil Perhatian! Ini 6 Perkara Penting Yang Perlu Anda Buat Sebelum Travel Ke Luar Negara

Setiap daripada anda mesti akan teruja untuk merancang trip percutian bersama keluarga atau kawan-kawan kan? Lagi-lagi nak melancong ke negara yang paling anda impikan, rasa tak sabar nak pergi! Iyala, selain dapat melancong, anda juga berpeluang merasai sendiri budaya dan kehidupan orang di sana, lepas itu dapat tengok tempat-tempat yang menarik, mesti teruja habis!

Ingat ya, jangan excited sangat sampai terlupa pulak nak rancang trip anda dengan betul! Penting tau untuk merancang trip anda ini supaya bila sampai masanya nak travel, akan berjalan dengan lancar. Anda memerlukan masa untuk rancang betul-betul trip dengan sewajarnya ok! Kami kongsikan 6 perkara yang perlu anda beri perhatian sebelum bercuti ke luar negara: 

1. Semak Keperluan Visa dan Pasport

Foto: Pamper.my

Jika trip kali ini adalah yang kali pertama, anda perlu memohon untuk membuat pasport. Pastikan anda ada sekurang-kurangnya 4 hingga 6 minggu sebelum trip anda untuk memprosesnya. Bukan itu je, anda juga perlu memastikan bahawa pasport anda masih lagi boleh digunakan selama sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh anda nak travel itu. Sebenarnya, banyak negara mempunyai peraturan yang lebih ketat daripada apa yang anda jangkakan, malah mungkin juga memerlukan bukan setakat pasport dan tiket penerbangan sahaja.

Anda juga perlu menyemak negara yang ingin anda lawati itu memerlukan visa ataupun tidak. Anda juga perlu menyediakan salinan tambahan pasport, visa dan lesen memandu untuk diberikan kepada kawan rapat atau ahli keluarga. Ini sangat membantu sekiranya anda kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut semasa anda travel.

2. Petakan Lokasi-Lokasi Penting

Foto: Rileklah.com

Jangan bazirkan masa dan tenaga kerana terpaksa figure out kat mana hotel bila dah sampai ke negara yang dituju. Pastikan anda study dan bersedia awal-awal sebelum trip anda! Caranya simple je, anda perlu tulis di dalam note book tentang senarai-senarai tempat menarik yang anda nak lawati, alamat penginapan dan tempat makan yang halal. Survey juga transport yang sewajarnya untuk anda bila di negara tersebut.

Jangan risau, kita bernasib baik tau sebab zaman sekarang ini macam-macam kita boleh dapat dengan hanya menggunakan hujung jari kita je, dan ianya sangat membantu sewaktu kita travel. Google Maps dan Map.Me antara aplikasi mudah alih yang boleh anda gunakan semasa trip dengan hanya memasukkan destinasi yang ingin dituju dan akses aplikasi tersebut tanpa memerlukan internet. 

Anda juga boleh memasukkan lokasi atau alamat tempat-tempat yang ingin anda kunjungi ke dalam aplikasi tersebut. Boleh jimatkan masa anda dan boleh rancang perjalanan dengan lancar.

3. Ambil Tahu Tentang Perkara-Perkara Penting, Termasuk Amaran Semasa Travel

Foto: Tmplbackpackers.my

Pastikan anda semak travel warning dan amaran-amaran lain yang perlu diambil tahu apabila travel, terutamanya ke luar negara. Perlu peka tentang keadaan negara yang anda nak pergi itu, contohnya berkaitan dengan isu-isu serius seperti kekacauan politik, demonstrasi aman dan sebagainya. Maklumat ini penting supaya keselamatan terjamin dan tidak menjejaskan trip anda! 

4. Sediakan Bajet Harian

Foto: Mua Cave

Pastikan anda menetapkan segala bajet yang diperlukan daripada kos penerbangan, kos membuat visa dan kos makan dan shopping. Anda perlu buat kira-kira dengan betul supaya tak lari bajet nanti!

Contohnya, tentukan jumlah anggaran trip anda dan tolak kos awal yang diperlukan. Daripada kiraan tersebut anda akan dapat agak jumlah keseluruhan yang boleh dibelanjakan semasa trip. Kemudian, bahagikan jumlah tersebut dengan bilangan hari anda akan travel untuk mendapatkan anggaran jumlah perbelanjaan dalam sehari. Selepas itu, anda boleh tentukan bajet harian anda. Sediakan juga wang lain untuk perkara-perkara yang tidak boleh dijangkakan.

5. Belajar Ayat-Ayat Basic Bahasa Tempatan

Foto: Qs.com

Anda juga perlu mempelajari ayat-ayat basic bahasa negara yang anda ingin lawati bagi memudahkan urusan anda. Ayat-ayat basic seperti untuk mengucapkan ‘hai’, bertanyakan harga barang, dan ucapan terima kasih adalah antara ayat-ayat simple yang berguna semasa travel ke luar negara. Kalau anda sudah pandai bertutur bahasa mereka, pasti akan membuatkan penduduk tempatan negara tersebut berasa bangga dengan anda! 

Selain itu, jika anda mengunjungi negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa harian, penting juga untuk anda tahu tentang adat mereka, seperti memberikan tip kepada pekerja.

6. Susun Jadual Perjalanan Dengan Sewajarnya

Foto: Tmplbackpackers.my

Bagi memastikan trip berjalan dengan lancar, anda perlu membuat salinan dokumen penting seperti pasport serta visa dan simpan di dalam beg anda. Manakala tiket penerbangan, jadual perjalanan kereta api, lokasi teksi, tiket masuk muzium dan tempahan hotel perlu compile, save dan susun sahaja di dalam smartphone atau tablet anda supaya boleh akses pada bila-bila masa. Lagi bagus kalau anda boleh save dokumen tersebut ke tempat lain seperti email atau Google Drive sebagai backup

So, pastikan anda melakukan 6 perkara ini bagi memastikan trip anda lebih awesome!

Sumber: Tmplbackpackers

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Mengalami Masalah Perut Buncit? 5 Jenis Makanan Ini Boleh Bantu Kempiskan Perut!

Setiap wanita pasti mengidamkan bentuk badan yang langsing serta perut yang kempis.

Featured Wed, 30 May 2018

Biarpun Sibuk Shooting, Ia Bukan Alasan Emma Maembong Tidak Berpuasa!

Jom semak tip sahur dan cara pelakon yang popular menerusi drama “Kau Yang Terindah” ini kekal bertenaga di set penggambaran.

Gaya Hidup Mon, 28 Jan 2019

33 gambar laut dalam yang menang anugerah, anda pasti terpukau melihatnya

Gambar-gambar ini akan membuatkan anda mengagumi ciptaan Tuhan

Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018

Saksikan Persembahan Koir ‘Voci Vivace’ Oleh The Canticle Singers 6 & 7 Oktober Ini

Kalau anda nak tukar mood, cuba tonton seni muzik ini pula.

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Featured Fri, 20 Jul 2018

Jika Anda Alami Kemurungan, Makan 7 Jenis Bahan Ini Untuk Melawannya

Apa yang anda makan boleh bantu perbaiki mood anda!

Gaya Hidup Mon, 13 May 2019

Panduan mudah solat tarawih di rumah, indahnya beribadah

Jangan sedih kalau tidak sempat ke masjid

Gaya Hidup Tue, 20 Mar 2018

Elak Terlepas Flight Sempena Cuti Sekolah. Ikuti Tips Perjalanan Oleh Malaysia Airports

Sempena cuti persekolahan ini, pasti ramai ibu bapa yang mempunyai perancangan untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Featured Tue, 20 Mar 2018

Makan Ikan Ini Ketika Hamil Bagus Untuk Dapat Anak Genius – Kata Pakar

Rupa-rupanya, ada cara untuk meningkatkan kepintaran bayi anda melalui makanan yang anda makan ketika hamil.

Featured Fri, 10 Jan 2020

| Live TV