Gaya Hidup By: tex_admin April 23, 2018 @ 1:04pm

Anda Kerap Sakit Belakang? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Sakit belakang antara masalah yang biasa kita semua alami. Bila kita seharian penat bekerja ataupun melakukan aktiviti lasak pasti akan rasa sakit belakang. Betul tak? Lagi-lagi pada para ibu yang mempunyai anak, pasti tahap kepenatan mereka lebih berganda berbanding mereka yang masih belum berkahwin. Yela, tidak habis rasa penat di tempat kerja ditambah pula dengan hal menguruskan anak-anak dan tugas di rumah. Memang memenatkan!

Sakit belakang sebenarnya tidak terjadi secara tiba-tiba, terdapat banyak perkara yang tanpa anda sedari menjadi punca rasa sakit ini terjadi. Jangan tak percaya, perkara-perkara yang mungkin anda anggap remeh dan sering anda lakukan setiap hari itulah punca anda sakit belakang! Nak tahu antara puncanya? Penulis senaraikan 7 punca ini:

1. Komputer

Tahukah anda, jika anda bekerja di pejabat atau di rumah dan menggunakan komputer seharian, ia cukup berisiko terkena sakit belakang. Hal ini kerana, menggunakan komputer dengan postur duduk yang tidak betul boleh menyebabkan sakit belakang terjadi. Anda perlu duduk dalam keadaan postur badan yang menegak dan tidak terlalu bongkok. 

2. Kasut

Mungkin selepas ini anda perlu tukar kasut tinggi kepada yang rendah pula. Hal ini kerana, pemakaian kasut tumit tinggi paling banyak mengundang kepada sakit belakang. Kasut tumit tinggi akan membuatkan tubuh kita lebih condong ke depan sehingga membuatkan tulang belakang bekerja dengan lebih kuat. Tukarlah kasut anda, jangan tunggu sakit belakang menjadi lebih teruk!

3. Beg

Ya, beg tangan anda juga boleh menjadi punca sakit belakang! Beg yang terlalu berat menjadikan bahagian belakang anda mudah sakit. Jika anda sudah terbiasa menggendong beg yang terlalu berat sehingga membebankan, cuba kurangkan ya. Keluarkan barang-barang yang tidak penting bagi meringankan beg anda.

4. Telefon bimbit

Mungkin perkara ini yang selalu anda lakukan dengan kerap! Betul tak? Sebenarnya, penggunaan telefon bimbit dalam waktu yang terlalu lama boleh mengundang sakit belakang. Biasanya, kalau kita menggunakan telefon bimbit, kita akan mencondongkan leher dan keadaan ini yang terlalu lama akan menyebabkan sakit belakang. Jadi, lepas ini kurangkan penggunaan telefon bimbit ya!

5. Kurang bersenam

Biasanya, kalau kita sakit belakang pasti kita akan baring dan berehat kan? Tapi sebenarnya, kita perlu melakukan ativiti senaman untuk cepat sembuh! Yoga adalah salah satu senaman yang terbaik boleh anda lakukan untuk meredakan sakit belakang.

Kesimpulannya, anda harus peka tentang perkara yang anda lakukan, jangan anggap ia remeh sahaja ya! Penulis sarankan agar anda sentiasa melakukan aktiviti senaman dan dapatkan waktu rehat yang cukup. 

Sumber: Women Online Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 30 Jul 2018

Menurut Kajian, Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi

Anda seorang yang ‘morning person’?

Featured Fri, 3 Aug 2018
Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Featured Wed, 9 Jan 2019

This is the best day to take leave from work, and no, it’s not Friday

Use this tip if you care enough for your mental health.

Featured Sat, 14 Dec 2019

Sukar tidur? 5 tanaman ini mampu buat tidur lebih nyenyak

Tidak perlu lagi bergantung pada pil tidur

Gaya Hidup Wed, 1 Aug 2018

5 Cara Ini Boleh Tingkatkan Tahap Kesuburan Wanita

Tahap kesuburan yang rendah akan mengganggu proses untuk hamil.

Gaya Hidup Wed, 29 Mar 2023

6 Produk Corvan Ni Korang Wajib Ada Untuk Raya Lebih Bergaya!

Photo credits: @_sarahmohdshah (Corvan Spot Cleaner S6) & @its.shareenaz (Corvan K18 Pro) Selesai berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri pula yang disambut. Banyak persiapan perlu dibuat. Kena beli baju raya, pasang langsir baru, sediakan […]

Gaya Hidup Tue, 25 Dec 2018

Apa Itu Mighty Girl Effect? Jom Baca!

‘Mighty Girl Effect’ iaitu perasaan empati yang wujud dalam diri si bapa ketika melihat cabaran yang perlu ditempuhi anak perempuannya.