Gaya Hidup By: Yanie Baharom July 5, 2019 @ 2:00pm

Anda mangsa majikan pilih kasih?

Pilih kasih (favoritism) adalah satu topik yang jarang dibincangkan. Biasanya, isu pilih kasih ini berlaku dalam persekitaran kerja, namun tanpa disedari di luar pejabat juga sebenarnya kita sudah terbiasa dengan hal ini.

Contohnya dalam keluarga sendiri, ada ibu bapa yang selalu memberi perhatian lebih kepada ‘anak kesayangan’ mereka. Apabila anak kesayangan terbabit buat hal, tidak pula dimarahi. Tetapi jika bukan anak kesayangan walaupun mungkin dia adalah seorang anak yang banyak berkorban, tetap juga dipersalahkan dalam banyak hal.

Foto: Nakita

Bukan itu saja, dalam pergaulan seharian juga hal ini turut berlaku. Katakanlah anda ada 10 kawan perempuan, pasti seorang daripada mereka yang paling kita suka walhal mungkin antara ramai sahabat kita tadi ada yang melayan kita lebih baik daripada sahabat baik tadi .

Hakikatnya susah untuk berlaku adil kerana manusia juga boleh membenci atau tidak menyukai seseorang tanpa sebab. Samalah juga dengan menyukai seseorang, walaupun perangai sahabat itu tidak begitu baik, tetapi kalau sudah suka tetap suka juga.

Membicarakan topik ini dalam konteks kerja, pilih kasih atau nama glamornya ‘anak emas bos’ memang paling tidak disukai ramai. Hal ini lazimnya membuatkan ramai pekerja lain terutama mereka yang jauh lebih bagus daripada si kaki ampu berasa kurang bermotivasi.

Apabila sesebuah syarikat itu menawarkan kenaikan pangkat,besar kemungkinan pekerja kegemaran itu akan dipilih walaupun hakikatnya ada ramai lagi calon yang lebih sesuai.

Simptom pilih kasih di pejabat?

Foto: Her World

Majikan mendahulukan atau melebihkan pekerja lain dari segi tugas yang diagihkan. Seperti pekerja yang dia paling sayang akan dapat projek besar dan kurang kerja berbanding orang lain. Boleh jadi juga pekerja kesayangan itu tidak akan pernah dimarahi walaupun ada melakukan kesalahan.

Terdapat 4 jenis kaedah pilih kasih yang perlu anda tahu

1. Nepotisme

Nepotisme adalah satu amalan apabila orang atasan di sesebuah syarikat menggunakan kuasa dengan memilih ahli keluarga untuk bekerja di syarikat sama tanpa mengira kelayakan, sedangkan calon lain yang turut memohon kerja jauh lebih layak, tetapi tidak berpeluang gara-gara amalan nepotisme.

Nepotisme diamalkan apabila ada pekerja yang terlebih mengambil berat mengenai ahli keluarga. Bagi setiap kekosongan yang ada, mereka akan memaklumkan kepada ahli keluarga untuk memohon. Tidak perlu melalui proses temu duga, terus dapat! .

2. Kronisme

Kronisme berbeza daripada nepotisme. Ini adalah amalan yang mana kawan-kawan diambil sebagai pekerja tanpa mengira kelulusan. Antara masalah utama dalam isu kronisme ini adalah apabila pekerja berkenaan berasa berhak untuk mendapatkan kenaikan gaji atau dinaikkan pangkat kerana mengenali orang atasan. Jika ini berlaku, pasti menimbulkan konflik di dalam sesebuah organisasi.

3. Diskriminasi jantina

Hal ini sama seperti diskriminasi terhadap pekerja. Sebagai contoh, ada satu kekosongan jawatan dan terdapat dua pekerja yang bersaing untuk merebut jawatan berkenaan. Antara pekerja wanita dan pekerja lelaki, akhirnya pekerja lelaki yang berjaya mendapatkan posisi yang ditawarkan.

Bukan atas dasar kelayakan, tetapi kerana majikan lebih percaya kepada kredibiliti pekerja lelaki. Lelaki lebih maskulin selain jarang beremosi berbanding wanita. Hakikatnya, jika seseorang itu tidak dinaikkan pangkat kerana diskriminasi jantina, ini boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual dan salah dari segi polisi kerja.

4. Penaung

Penaung inilah yang mengekalkan nepotisme dan kronisme berleluasa. Bagaimana penaung ini bertindak? Seorang eksekutif menawarkan seorang pekerja yang dipercayai untuk sesuatu jawatan dalam bidang pengurusan sumber dan kemudian meminta pengurus untuk mengambil pula kawan-kawan serta ahli keluarganya untuk turut serta dalam syarikat berkenaan.

Jenis pilih kasih sebegini berpontensi merebak ke seluruh bahagian syarikat selama mana eksekutif membawa masuk pekerja baru yang di suka dan bukan atas dasar kelayakan.

Bagaimana menangani pilih kasih?

1. Analisa situasi yang berlaku

Apabila tiba waktu untuk memberikan penilaian atau pandangan mengenai syarikat, bersikap jujur dan luahkan perasaan anda mengenai gejala pilih kasih yang berlaku. Berikan sebab atau penerangan yang munasabah atas apa yang dilalui anda.

Sebagai contoh jika majikan selalu memberikan projek gah kepada pekerja kesayangannya, fikirkan kembali adakah ianya atas dasar pilih kasih atau sebab memang pekerja itu hebat dalam menjalankan tugasannya? Kalau boleh jangan terburu-buru membuat tanggapan!

2. Bincangkan masalah yang berlaku

Masalah tidak akan pernah selesai tanpa mencari jalan penyelesaian. Berbincang dengan majikan jika anda 100 peratus pasti yang majikan anda itu mengamalkan pilih kasih atau sudah diracun oleh pekerja kesayangan menyebabkan dia percaya sepenuhnya setiap maklumat yang diberi tanpa bertanyakan kebenaran kepada anda terlebih dahulu.

Mulakan perbualan dengan cara yang berhemah, misalnya “Bos maaf kalau saya katakan ini. Mungkin selama ini bos tidak sedar, tetapi apabila bos mengecualikan Aminah daripada kerja, kakitangan yang lain berasa tidak selesa dan dianaktirikan”. Kemudian jelaskan situasi yang berlaku di sekitar pejabat termasuk pandangan rakan sekerja lain supaya dia mengetahui dan sedar akan kesilapannya.

3. Adu terus kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia 

Kadang-kadang majikan yang suka mengamalkan pilih kasih ini kerana mereka ada hubungan intim dengan seseorang pekerja itu. Hal ini ternyata salah di sisi peraturan syarikat yang diamalkan. Adukan masalah anda kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 14 Feb 2018

‘Go Away’ Badan Berbau! Guna 8 Cara Ini Untuk Kekalkan Wangi Badan Sepanjang Hari

Apakah reaksi anda ketika sedang berada dalam ruangan yang sempit, tiba-tiba terhidu aroma yang menyengat datang dari teman anda mahupun orang sekeliling?

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Enam Taktik Memikat Ini Mampu Membuatkan Lelaki Poket Tebal Jatuh Ke Tangan Anda

Kebanyakan wanita mendambakan lelaki kaya kerana mereka mengejar kemewahaan dan tidak mahu hidup susah.

Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018

Siapa Bilang Rambut Beruban Tidak Menawan?

Ironinya rambut bertukar warna kepada putih, bukan sesuatu yang diinginkan, khususnya bagi masyarakat Asia, yang lazimnya berambut hitam.

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Perkahwinan Berkonsepkan Taman Atau Di Waktu Malam Memang Romantis Tapi…

Meskipun resepsi yang dilatari hutan hijau dan disemarakkan dengan bunyian unggas kedengaran sungguh mengasyikkan, realitinya, sungguh mengejutkan.

Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

7 Sebab Kenapa Ramai Orang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar Mereka

Tidur pun wajib ada telefon pintar di sebelah!

Featured Fri, 6 Jan 2023

Tak Kisah Berpakaian Sederhana, Fynn Jamal Berniqab Demi Kejar Ganjaran Akhirat

Penyanyi Fynn Jamal yang sudah beristiqamah mendekatkan diri dengan hal keagamaan berpesan untuk tidak terlalu taksub dengan fesyen yang lagha. @ayana2262 #assalamualaikum_🙏 ♬ bunyi asal – 𝚈𝚊𝚗𝚊1202 Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh […]

Gaya Hidup Fri, 24 May 2019

Tak sedar datang haid ketika hampir waktu berbuka, batal atau tidak puasa?

Jangan buat andaian sendiri, baca informasi ini.

Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018
Gaya Hidup Tue, 23 Oct 2018