Gaya Hidup By: Bibi Ramli April 20, 2018 @ 9:00am

Anda Sakit Otot Selepas Bersenam? Ini Cara Terbaik Untuk Merawatnya

Bagi sesetengah orang, senaman mereka hanya dikira efektif jika esok paginya, mereka bangun dan rasa sakit-sakit badan.

Bila bersenam, memang tak sah kalau tak sakit, tapi ada banyak persoalan yang tak terjawab tentang kondisi “sore muscles” ini.

Patutkah kita bersenam lagi walaupun tulang rasa macam nak patah? Sakit otot ini patut dibiarkan saja ataupun ia mesti diubati?

Dr. Ryan Lingor, seorang doktor sukan di Hospital For Special Surgeries, New York, ada jawapannya.

Adakah sakit otot tidak elok?

Tak semestinya. Selalunya apabila seseorang itu memulakan rutin senaman baru, rasa sakit itu memang lazim. “Ia tak bermakna mereka harus hentikan senaman mereka, ataupun mereka sebenarnya cedera.”

Foto: www.vitacost.com

Bolehkah sakit otot melarat?

Anda perlu tahu perbezaan di antara sakit otot dengan ketegangan otot (pulled muscle). Kalau anda merasa sakit di sebelah badan saja, itu mungkin bermakna otot anda tegang.

Sakit otot pula biasanya terjadi 24 ke 36 jam selepas senaman, dan akan hilang dalam masa 3 hari. Kalau ia berterusan, itu mungkin tanda-tanda penyakit yang lebih serius.

Dalam kes ini, anda perlu peka dengan perubahan dalam warna air kencing anda. Ini mungkin petanda untuk penyakit rhabdomyolysis yang walaupun ia jarang berlaku tetapi ia berkemungkinan serius.

“Kadangkala otot anda boleh rosak dengan cara yang abnormal. Kerosakan itu akan memberi impak kepada buah pinggang dan ini akan menjadikan air kencing anda berwarna gelap.”

Kalau ia berwarna coklat dalam beberapa hari selepas anda melakukan senaman yang intensif, sila rujuk kepada doktor anda.

Foto: www.shape.com

Bagaimana cara mengubati sakit otot?

Sebenarnya tak ada ubat khas untuk sakit otot yang berkesan dengan cepat. Anda cuma perlu jauhi daripada melakukan kerja atau aktiviti berat. Lama-lama OK lah tu.

Teknik-teknik seperti meregangkan otot, atau meletakkan ais atau haba di bahagian yang sakit tidak membahayakan tapi kajian tentang sama ada mereka berkesan atau tidak telah memberikan keputusan yang tak tetap.

Bolehkah saya bersenam jika otot saya masih sakit?

Ya. Dr. Lingor mengesyorkan aktiviti ringan seperti berenang. Selagi anda tak mengalami tanda-tanda buruk seperti air kencing berwarna gelap atau ketegangan otot, tiada masalah untuk anda bersenam. Yang tak syoknya, anda akan rasa tak selesa.

Foto: www.thestorypedia.com

Bagaimana nak mengelakkan otot daripada sakit selepas bersenam?

Kesakitan otot memang tak boleh dielakkan apabila anda memulakan aktiviti senaman baru atau meningkatkan tahap kesukaran sesuatu senaman itu.

Tetapi anda boleh mengurangkan impaknya dengan pastikan yang badan anda sentiasa cukup air. Anda juga perlu pastikan yang anda sudah cukup sembuh daripada melakukan sesuatu aktiviti intensif sebelum memulakan senaman baru. Selain itu, makan makanan berunsur protein dan karbohidrat yang sihat selepas bersenam.

Kalau ia tak berkesan juga, bertahanlah sikit sakit tu. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sedikit sebanyak ini bermakna anda telah berusaha gigih di gym, dan tindakan ini memang harus dipuji. Jadi, jom bersenam!

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Sun, 17 May 2020
Gaya Hidup Tue, 18 Dec 2018

Back To School: Anak Gembira Berbaju Baru, Ibu Ayah Pening Kepala!

Penjimatan perbelanjaan barangan sekolah boleh dilakukan dengan memilih jenama yang berpatutan!

Gaya Hidup Wed, 6 Mar 2019
Featured Sun, 29 Mar 2020
Gaya Hidup Fri, 19 Jan 2018

Jom Detok Dengan Jus

Cara yang paling mudah untuk menyingkirkan racun atau toksin daripada tubuh badan ialah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain itu, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan dan sayuran untuk tujuan detok.

Featured Sat, 16 May 2020

Burger Maya Karin dapat sambutan, bakal buka 3 cawangan lagi

Ramai peminat ingin cuba Burger Bakar Maya

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Untuk Wanita Berumur 30-An, Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Kalau Nak Cantik

Sedar tak sedar, usia sudah masuk angka 30. Wah pantasnya masa berlalu pergi! Bagi sesetengah wanita, usia 30 tahun boleh dikatakan sebagai waktu puncak , punya karier yang stabil serta keluarga sendiri. Kehidupan pun sudah […]

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Terkena Air Panas? Jauhi Petua-Petua Pelik, Ini Langkah Betul Perlu Dipelajari

Setiap kali kalau kita terkena air atau minyak panas mesti kita akan panik kan?

Featured Thu, 18 Jul 2019

Nama hidangan dalam menu restoran ini kelakar sungguh!

Anda tengoklah sendiri. Kreatif, kan?

| Live TV