Gaya Hidup By: Ad Ops October 6, 2018 @ 9:00am

Anda Tahukah Apa Maksud Di Sebalik Nama Jenama H&M? Ini Jawapannya!

Pengeluar pakaian dari Sweden H&M pada hari ini telah muncul sebagai salah satu ikon jenama yang paling dikenali dalam industri fesyen.

Di Malaysia ini hampir di setiap mall mesti ada satu cawangan. Popularlah katakan, kerana seleksi pakaian yang dijual oleh jenama ini memang disukai ramai.

Tapi walaupun hampir semua orang pernah miliki barangannya, mungkin ramai daripada kita tak tahu pun apa maksud H&M itu. Nama orang ke?

Kebanyakan jenama mempunyai sejarah menarik di sebalik nama mereka. H&M pun sama.

Apabila pengasasnya Erling Persson membuka cawangan pertama H&M di Sweden pada 1947, dia menggelarkannya sebagai Hennes yang diterjemahkan dalam bahasa Swedish sebagai “Hers (milik seorang perempuan). Memang sesuailah pun kerana Hennes hanya menjual pakaian wanita pada masa itu.

21 tahun selepas itu pada 1968, Hennes mendapat hak terhadap satu lagi jenama, Mauritz Widforss, sebuah peruncit yang menjual alat-alat memburu dan memancing. Ternyata jenama ini berbeza sungguh daripada Hennes, kan?

Setelah membiasakan diri dalam “industri” lain, Erling membuat keputusan untuk menjinak-jinakkan diri dalam bidang fesyen untuk kaum lelaki dan kanak-kanak juga. Of course, nama jenamanya itu tidak lagi relevan jadi dia tukarkannya kepada Hennes & Mauritz.

Foto: The Register | NZ retail

Namun begitu, sampai tahun 1974 barulah nama itu dipendekkan kepada H&M supaya berbunyi lebih catchy dan familiar.

Kemudian, pihak H&M telah “rebrand” kesemua kedai mereka dan keluar daripada pasaran di kawasan Scandinavia. Kedai pertamanya di Amerika telah dibuka pada 2000 di Fifth Avenue, New York.

Foto: The Register | NZ retail

Tak lama lepas itu barulah ia semakin berkembang hingga menjadi jenama terkemuka global yang kita kenali.

Apa-apa pun, warga Scandinavia dan banyak lagi negara masih menggelarkan kedai pakaian ini sebagai nama asalnya, Hennes.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Feb 2020
Featured Mon, 13 Aug 2018
Gaya Hidup Wed, 21 Nov 2018

14 Foto Haiwan Lucu Yang Memenangi Comedy Wildlife Photography Awards

Tak sangka haiwan-haiwan liar boleh jadi kelakar macam ini.

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Perhatian Kepada Wanita Bekerjaya! Ini 5 Tanda Yang Akan Anda Alami Jika Terlalu Penat Bekerja

Sebenarnya, kalau terlalu penat bekerja, ia akan memudaratkan diri kita! Ketahui 5 tanda ini.

Gaya Hidup Mon, 5 Mar 2018

Restoran Baru Ini Menghidangkan “Fast Food” Yang Berkhasiat, Sesuai Untuk Orang Yang Berdiet. Jom Try!

Ada restoran baru di Lower Ground Level 1Utama, Petaling Jaya yang menawarkan makanan segera, tapi menunya khas untuk sesiapa yang tengah berdiet.

Featured Fri, 15 Mar 2019
Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

7 Jenis Makanan Tingkat Keghairahan Agar Suami Tak Cari Lain

Pasif di ranjang atau kurang keghairahan melakukan hubungan seks, sering dikaitkan dengan wanita lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Keadaan ini biasanya didorong kesibukan harian dipejabat serta komitmen dirumah.

Featured Fri, 3 Apr 2020

Kagum lihat Raja Permaisuri Agong tetap memasak ketika kuarantin  

Turut sedia sarapan untuk Yang di-Pertuan Agong