Gaya Hidup By: Yanie Baharom November 16, 2018 @ 4:00pm

Anugerah Haiwan Peliharaan Paling Popular Jatuh Kepada…

Bagi pencinta haiwan, barangkali mereka tahu tentang perkembangan trend binatang apakah yang mendapat demand paling tinggi di pasaran!

Sementara golongan ‘alergik’ haiwan, tentunya topik sebegini tidak akan pernah menarik perhatian mereka.

Tapi tahukah anda, kucing parsi, anjing, arnab, iguana dan hamster bukan lagi haiwan peliharaan yang popular  sejak tahun lalu? 

Yang pastinya, memelihara haiwan peliharaan bukan sahaja dapat memupuk rasa sayang dan cinta terhadap alam sekitar, malah juga dapat mengajar kita erti sabar dan tanggungjawab. 

Nak tahu haiwan peliharaan apakah yang popular dan mendapat permintaan tinggi di pasaran malah memerlukan kesabaran untuk anda memilikinya? Let’s check it out!

1. Kucing baka Bengal

Foto: Sinar

Antara baka kucing yang popular pada 2017 adalah Bengal yang mana ia merupakan baka kucing domestik dengan fizikal seperti kucing liar eksotik.

Kucing Bengal juga sejenis kucing yang aktif, pandai serta antara kucing yang paling mesra dengan kanak-kanak. Mereka juga baka kucing yang gemar air, namun dikenali sebagai haiwan yang cepat bosan dan suka mencuri objek secara rawak.

2. Sugar glider

Foto: Petcha

Haiwan comel dan eksotik ini digemari ramai kerana kecomelannya serta saiznya yang kecil. Ia juga merupakan haiwan marsupial (mempunyai kantung) seperti kanggaru, bukan rodensia yang mempunyai sekum dan apendiks seperti arnab dan tikus.

Sugar glider juga haiwan peliharaan yang suka bermain-main, sosial dan pembersih. Namun mereka punya kuku dan gigi yang tajam dan mampu bertindak agresif jika mereka rasa takut atau terancam.

3. Ular ball phyton

Foto: m.inilah.com

Ia antara ular yang paling sesuai buat mereka yang baru ingin mencuba membela ular. Ular ball python mampu membesar hingga 3 hingga 4 kaki sahaja, ia tidak sepanjang ular-ular lain, malah ia juga jinak dan mudah dibela. Dengan penjagaan yang baik, ular ini mampu hidup sehingga 50 tahun.

4. Guinea pig

Foto: Omlet

Alahai cute-nya dia! Haiwan ini namanya Guinea pig yang sangat comel, manja dan murah diuruskan. Guinea pig mampu hidup antara 4 hingga 7 tahun dan paling gembira apabila ia dapat tinggal bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Mempunyai karakter yang senyap namun akan mengeluarkan bunyi-bunyian seperti siulan jika memerlukan perhatian. Malah akan mengigit manja kalau berasa tertekan atau sedang mengamuk!

5. Landak kecil

Foto: Duri oh Duri

Juga dikenali sebagai hedgehog, ia haiwan peliharaan yang comel namun mungkin tidak sesuai untuk semua. Landak kecil adalah haiwan nocturnal, mereka lebih gemar bermain dan membuat bising pada waktu malam.

Pabila mereka tertekan atau gementar, mereka akan bergulung atau memanjangkan duri mereka yang tajam. Namun landak kecil ini juga haiwan yang interaktif dan pemalu.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 14 Jun 2018

Sila Ambil Perhatian! Hindari 5 Perkara Ini Selepas Makan

Sila elakkan lakukan 5 perkara ini lepas makan kalau nak kekal sihat.

#tilljannah Sat, 10 Dec 2022

Ajak Mandi Hujan, Dai Syed Akur Layan Ragam Hana Ismail

Pendakwah selebriti, Dai Syed dan isteri, pengacara Hana Ismail terus menjadi tumpuan warganet selepas mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.   View this post on Instagram   A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_) Menerusi […]

Featured Fri, 29 May 2020
Gaya Hidup Thu, 24 May 2018

Ini Antara Tip Pelik Kegunaan Kulit Timun Yang Boleh Anda Cuba!

Kulit timun juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Featured Wed, 4 Jan 2023

Berang Dengan Komen Nakal Di Instagram, Ciapan Imran Bard Terlibat Kemalangan Raih Perhatian

Pempengaruh yang terkenal dengan gelagat lucu, Imran Bard menjadi tumpuan netizen kerana berang dengan komen nakal setelah dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. My 2023 opening 🫶 pic.twitter.com/p2SOHlmbM3 — Imran Bard (@imemerang) January 2, 2023 […]

Featured Tue, 17 Jul 2018
Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Gaya Hidup Fri, 9 Nov 2018

Berseri Di Hari Bahagiamu, Jom Lakukan DIY Treatment Ini

Apa juga keadaan yang membataskan kamu ladies, kecantikan dan keserian wajah menjelang hari bahagiamu tidak harus diabaikan.

Gaya Hidup Wed, 13 Jun 2018

Jangan Biarkan Karpet Anda Penuh Hama! Ikuti 5 Langkah Penjagaan Ini

Percayalah, karpet yang mempunyai hama akan menjejaskan kesihatan anda.