Anda pasti tahu, kebergantungan kepada telefon pintar bukanlah sesuatu yang wajar demi kesihatan mental anda.
Tetapi tahukah anda yang ia juga boleh menjejaskan kesihatan anda secara keseluruhan apabila anda terdedah kepada radiasi daripada gajet berkenaan?
Baru-baru ini, Pejabat Persekutuan Jerman Untuk Perlindungan Daripada Radiasi telah menyenaraikan model telefon pintar berdasarkan Specific Absorption Rates (SAR) atau nilai penyerapan radiasinya.
SAR merujuk kepada ukuran jumlah tenaga frekuensi radio yang diserap ke dalam badan pengguna apabila telefon pintarnya menghantar isyarat kepada rangkaian.
Sesetengah telefon mempunyai nilai SAR yang lebih tinggi daripada telefon lain. Lagi tinggi nilai SAR, lagi banyaklah radiasi yang diserap ke dalam badan.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (USFCC), masalah kesihatan boleh berlaku jika piawaian pendedahan terhadap frekuensi radio tidak ditepati.
Model telefon pintar yang disenaraikan oleh agensi Jerman tadi disusun mengikut nilai SAR paling tinggi. Hasilnya direkodkan dalam satu laporan oleh portal perangkaan antarabangsa Statista.
16 telefon pintar yang mengeluarkan paling banyak radiasi:
Telefon pintar dengan pengeluaran radiasi terendah:
Terdapat lapan model telefon berjenama Xiaomi dan OnePlus yang beradiasi tinggi.
Menurut USFCC, had untuk pendedahan awam daripada telefon pintar adalah sebanyak 1.6 watt per kilogram dari segi nilai SAR.
Bagaimanapun, Der Blaue Engel, sebuah badan pengesahan kemesraan alam dari Jerman, mengesahkan telefon yang mempunyai nilai SAR kurang daripada 0.60 watt per kilogram, berdasarkan Statista.
Pejabat Persekutuan Jerman Untuk Perlindungan Daripada Radiasi juga menawarkan panduan berikut untuk mengurangkan pendedahan kepada radiasi daripada telefon pintar.
- Buat panggilan dengan menggunakan headset (untuk kedua-dua telefon pintar dan telefon biasa).
- Jika boleh, layari Internet dan buka akaun e-mel hanya bila adanya rangkaian telefon yang baik, atau adanya Wi-Fi. Buka e-mel hanya bila perlu.
- Elakkan daripada menerima e-mel ketika anda sedang membuat panggilan.
- Hentikan trafik data latar belakang untuk memastikan kadar pendedahan peribadi terhadap radiasi adalah rendah.
- Jika anda membawa telefon pintar pada badan, perhatikan jarak pengasingan minimum yang diberikan oleh pengeluar gajet itu. Gunakan aksesori yang diberikan sekali.
- Apabila melayari Internet dengan komputer tablet atau telefon pintar, jauhkan gajet itu daripada badan. Pendedahan terhadap medan berfrekuensi tinggi akan berkurangan dengan banyak jika adanya jarak ini.
- Sebelum membeli sebuah telefon pintar, pilih model yang mempunyai nilai SAR yang rendah.
Sumber: World Of Buzz