Gaya Hidup By: Ad Ops February 26, 2018 @ 2:36pm

Baru Je Cuci Sekali Dah Kecut? Ini Cara Kembalikan Baju Favourite Anda Ke Saiz Asal

Pernah tak anda cuci baju favourite anda dalam mesin basuh tapi bila dah settle, baju itu mengecut sampai jadi baju saiz budak umur 10 tahun? Hampa betul perasaan! Lagi-lagi kalau baju tersebut baru je beli. 

Mesti anda rasa macam nak jerit dan tarik rambut, kan? Mungkin salah anda juga sebab tak baca panduan pada label baju anda.

Tapi don’t worry! Tak perlu buang baju tu, atau dermakannya kepada sesiapa. Ada cara mudah untuk ‘selamatkan’ baju tu.

Anda akan perlukan:

  • Baju yang dah kecut
  • 1 sudu besar perapi rambut atau hair conditioner, atau syampu bayi
  • Air pada suhu bilik atau suam-suam kuku (jangan panas sangat tau!)
  • 2 helai tuala lebar

Cara-caranya:

  1. Isikan air ke dalam baldi atau sink berisi baju kecut anda.
  2. Masukkan hair conditioner atau syampu bayi ke dalam air dan larutkan.
  3. Rendam baju tersebut selama setengah jam.
  4. Keluarkan kain tapi jangan perah kuat sangat! Sebaliknya, biarkan air bersabun itu menitis keluar selama lebih kurang seminit.
  5. Letakkan baju itu ke atas tuala yang dihamparkan di atas meja dan gulungkan kedua-duanya sekali supaya tuala tersebut dapat menyerap air dari baju tadi.
  6. Bila baju itu dah lembap, regangkan kain perlahan-lahan sampai ia kembali ke saiz asal.
  7. Bila dah puas hati, keringkan baju tu macam biasa.

www.onegoodthingbyjillee.com

Perapi rambut dan syampu bayi berupaya untuk mengendurkan serat-serat benang pada baju yang telah kecut. Lagi “relaks” benang baju anda, lagi senanglah baju tu untuk diregangkan.

Cara ini mujarab untuk jenis-jenis kain yang longgar tenunannya, seperti cotton, wool atau jersey, memandangkan benangnya mudah diregang.

Kain seperti sutera atau sintetik susah sikit untuk diregang tapi anda boleh juga cuba gunakan cara ini kalau kecutannya minimal. Jangan terlebih tarik pulak!

Tip: Kalau susah sangat nak kekalkan regangan baju tu, anda boleh pakai seterika stim. Stretch dulu, lepas tu gosok cepat-cepat.

Selamat mencuba!

Sumber: www.onegoodthingbyjillee.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 2 Mar 2018

18 Anak Selebriti Barat Yang Mirip Seperti Ibu Bapa Mereka, No. 14 Memang Sebiji!

Ada anak-anak artis yang ikuti jejak langkah mereka untuk menceburi bidang seni. Tapi ada juga anak-anak artis yang ikut rupa mereka, sampai nampak macam adik beradik! Yang macam kembar pun ada!

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

Acara Tue, 29 Oct 2019

Kempen Always Be Clean (ABC) tingkat kesedaran kebersihan untuk kanak-kanak

Kerjasama diantara KPJ Ampang Jaya dan Antabax bagi menjayakannya!

Gaya Hidup Sun, 18 Nov 2018

Jom Buat Mainan Kraftangan Ikan Unik Ini Untuk Anak Anda, Tak Susah Pun!

Gunakan peluang ini untuk eratkan hubungan dengan anak.

Featured Mon, 18 Jun 2018

Stres Dengan Masalah Rambut Berminyak & Berbau? Cuba 3 Petua Berkesan Ini

Jangan biarkan rambut anda berminyak, atasi dengan 3 cara ini.

Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Gaya Hidup Sun, 12 Aug 2018