Gaya Hidup By: Ad Ops September 25, 2018 @ 9:00am

Bekas Minuman Berbentuk Doraemon Dari MBO Ini Pasti Mengimbau Kembali Memori Zaman Kanak-Kanak Anda

Bila bercakap mengenai Doraemon, terngiang-ngiang lagu tema rancangan animasi ini di telinga. Mungkin ada dalam kalangan anda yang dah hafal pun liriknya!

Boleh dikatakan hampir semua orang telah membesar dengan menonton siri kanak-kanak ini. Bagi yang tak tahu, ia melibatkan seekor kucing robot yang dihantar daripada masa depan untuk membantu seorang budak lelaki yang bernama Nobita.

Ada saja masalah yang menghantui Nobita jadi Doraemon pun membantunya dengan menggunakan pelbagai gajet yang dia simpan di dalam poket empat dimensinya.

Foto: Facebook

Dulu apabila ia ditayangkan setiap hujung minggu, peminat siri ini mesti bertapak di depan televisyen kerana tak ingin terlepas daripada mengetahui apa lagi adventure yang Doraemon dan Nobita lalui.

Anda mesti pernah terfikir alangkah bestnya kalau anda sendiri ada seekor kucing robot macam Doraemon. Mana taknya? Doraemon ada alat khas untuk terbang macam helikopter dan satu lagi alatnya adalah sebuah pintu yang boleh menghantar anda ke mana-mana saja di dunia ini. Syok tu!

Sekarang anda boleh miliki Doraemon anda sendiri! Well, bukanlah robot yang betul tetapi sebuah bekas minuman yang berbentuk Doraemon.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MBO Cinemas (@mbocinemas) on

Rangkaian panggung wayang MBO Cinemas baru-baru ini telah melancarkan sebuah kempen untuk meraikan kucing robot yang paling disayangi di dunia ini. Untuk mendapatkan bekas minuman ini, anda hanya perlu beli kombo Doraemon ini.

Foto: MBO

Ada dua jenis kombo:

Doraemon Single Combo (RM30.50) = 1 popcorn 46oz + 1 bekas Doraemon 22oz berisi minuman ringan

Doraemon Share Combo (RM60) = 1 popcorn 64oz + 2 bekas Doraemon 22oz berisi minuman ringan

Ia boleh didapati di lokasi-lokasi tersebut: 

  • MBO Central Square SP
  • MBO Kulim Central
  • MBO Falim Ipoh
  • MBO Taiping Sentral Mall
  • MBO Harbour Place Klang
  • MBO Space U8
  • MBO Subang Parade
  • MBO Citta Mall
  • MBO Desa Petaling SPARK
  • MBO the Starling Damansara Utama
  • MBO Kepong Village Mall
  • MBO Setapak Central
  • MBO Brem Mall Kepong
  • MBO Seremban
  • MBO Elements Mall Melaka
  • MBO Kuantan City Mall
  • MBO Melaka Mall
  • MBO KSL City Mall JB
  • MBO U Mall Skudai
  • MBO Kluang Mall
  • MBO Square One Batu Pahat
  • MBO Heritage Mall Kota Tinggi
  • MBO Teluk Intan
  • MBO The Spring Shopping Mall Kuching
  • MBO Imago Mall KK
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @pniqoos on

Walaupun air yang terkandung di dalamnya nanti habis juga akhirnya, bekas minuman ini yang lebih penting! Buat simpanan dan hiasi bilik tidur anda sebagai peringatan yang anda dulu meminati kartun comel ini.

Ramai orang dah excited dan beli. Anda bila lagi? Tak pasti pula bila promosi ini akan tamat, jadi janganlah tunggu-tunggu lagi, takut stok habis nanti!

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Jul 2019
Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Cucur Manis Yang Rangup Dan Lembut. Sedapnya!

Sebenarnya, tidak semua dalam kalangan kita pandai untuk membuat cucur yang lembut, kalau tersalah bancuh tentu cucur akan menjadi keras dan liat!

Featured Tue, 19 May 2020
Gaya Hidup Thu, 6 Dec 2018

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Doorway Effect’

Jangan risau, kesan lupa ini hanya seketika saja.

Gaya Hidup Thu, 22 Feb 2018

Buat Mangsa Pematah Hati, Baca Tip Move On Nabila Razali. No. 5 Memang Wajib Ikut!

Cinta terkandas di tengah jalan merupakan perkara yang amat memeritkan hati.

Gaya Hidup Wed, 12 Sep 2018
Gaya Hidup Wed, 8 Apr 2020

Idea dekorasi dapur kecil cantik, barulah seronok nak masak

Siapa kata ruang dapur sempit tidak boleh dihias cantik

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Tips Kilatkan Kembali Barang Kemas Hanya Menggunakan Bahan Masakan! Jimat & Mudah!

Tetapi, apabila sudah dipakai setiap hari pasti akan kelihatan pudar dan kurang berkilat.