Gaya Hidup By: Padin March 7, 2023 @ 10:30am

Bermula RM149, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini Lancar Koleksi Mampu Milik!

Mempunyai impian untuk semua golongan menggayakan jenama mereka, duo fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini muncul dengan koleksi RR Raya 2023.

Jenama yang diterajui oleh Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ini memilih slogan Raikan Raya bersama Rizman Ruzaini dan koleksi sempena Syawal itu mula dijual dengan harga RM149.

“Kami menyediakan 100 helaian yang dijual sehingga harga RM8,000 jadi semua golongan mampu untuk bergaya dengan janama kami di pagi Syawal nanti. Kami mewujudkan dua ‘segmentation’ yang melibatkan jenama Rizman Ruzaini iaitu untuk golongan yang memilih harga yang lebih mewah, manakala RR pula untuk mereka yang mahu membeli jenama ini tanpa perlu memikirkan soal harga.

“Tetapi untuk tahun ini kempen kami tertumpu kepada semua golongan. Dari serendah-rendah harga yang kami letakkan, saya yakin semua pelanggan di luar sana yang teringin menyarungkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini mampu untuk berbuat demikian untuk kali ini,” kata Rizman.

Duo pereka popular ini ditemui di majlis pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 23 & Raya 2023 di Hotel St Regis, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Membelanjakan sehingga RM1 juta untuk melancarkan kempen koleksi RR Raya tahun ini, Rizman menjelaskan bahawa pemilihan tempat acara ini dilihat bertepatan dengan koleksi hari raya mereka untuk tahun ini.

“Mengenali saya dan Ruzaini sendiri kami memang teliti dalam semua aspek. Jadi pemilihan lokasi ini juga harus selari dengan apa yang ingin kami tampilkan pada koleksi kali ini. Eksklusif dan mewah.

“Memang benar untuk perlancaran kali ini juga peruntukkannya adalah RM1 juta. Ia bukan soal duit sebenarnya tetapi ia tentang bagaimana selepas hampir 20 tahun mencabar diri, apa yang ingin kami tonjolkan adalah kematangan jenama ini,” tambahnya.

Sementara itu, apa yang mencuri tumpuan pada majlis pelancaran ini juga adalah kehadiran puluhan selebriti yang turut meraikan koleksi terbaharu ini.

Tampil memukau dengan rekaan Rizman Ruzaini, pastinya nama-nama seperti Marion Caunter, Kavita Sidhu, Daiyan Trisha ternyata mengiyakan bahawa jenama Rizman Ruzaini bukan sahaja disayangi peminatnya tetapi golongan terkenal ini.

“Seperti yang kita tahu, Rizman Ruzaini memang cukup akrab dengan golongan selebriti di negara ini. Bagi kami kehadiran jenama ini pada awalnya juga banyak bergantung kepada sokongan selebriti yang tidak putus-putus memberikan maklum balas yang baik tentang jenama ini.

“Tentunya saya harapkan hubungan antara selebriti dan Rizman Ruzaini akan terus terjalin erat sekali gus menjadi inspirasi kepada kami untuk terus menghasilkan karya lebih mengujakan pada masa depan,” jelasnya.

Istimewanya juga, pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 & Raya 2023 kali ini mendapat sokongan rakan strategik daripada Usanita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 20 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara Kerana Mendisiplinkan Anak Dengan Merampas Telefon Bimbitnya!

Eh, salah ke sebagai ibu untuk berbuat demikian sampai kena masuk jel?

Gaya Hidup Wed, 26 Sep 2018
Gaya Hidup Fri, 19 Apr 2019

Baru 12 tahun, sudah mampu beli BMW Sedan. Hebatnya jurusolek cilik ini!

Hasil solekan adik Nathannan memang mengagumkan!

Gaya Hidup Fri, 9 Mar 2018

Pernah Try Omurice? Nasi Goreng Telur Special Style Jepun Yang Meleleh!

Peminat-peminat telur! Anda pernah tak dengar masakan Omurice yang popular di Jepun? Omurice ini sebenarnya singkatan kepada gabungan perkataan omelette (telur dadar) dan rice (nasi).

Featured Mon, 5 Aug 2019
Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Spice Up Your Life Di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery. Lontong Kering Paru Memang Terangkat!

Kalau anda ingin merasai keenakan hidangan fusion Palestin-Malaysia pada harga yang sangat berpatutan, Spiced Pumpkin Cafe & Bakery adalah jawapan yang tepat!

Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Fri, 5 Jun 2020
Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM

| Live TV