Gaya Hidup By: Yanie Baharom July 18, 2018 @ 4:36pm

Bukan Saja Enak Dimakan, Masker Blueberry Bermanfaat Untuk 3 Jenis Perawatan Kulit

Blueberry, adalah sejenis buah-buahan yang punya banyak manfaat untuk kecantikan kerana kandungan antioksidan yang tinggi.

Bukan saja enak dimakan, malah sangat baik untuk dijadikan masker wajah. Bukan itu sahaja, ramuan masker blueberry ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa perlu membelinya.

1. Blueberry dan yogurt

Masker diperbuat daripada blueberry berupaya membaiki masalah kulit kering dan kusam. Cara membuatnya cukup mudah, campurkan buah blueberry yang sudah dilenyek bersama yogurt atau untuk tekstur yang lebih halus kisarkan buah blueberry tanpa biji bersama dengan yogurt. Oleskan pada wajah dan biarkan beberapa saat. Lalu, bilas dengan air sejuk.

2. Blueberry dan lidah buaya

Campuran gel lidah buaya dan blueberry dapat menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata atau eyebag. Cara membuatnya adalah dengan menumbuk beberapa buah blueberry hingga halus, lalu campurkan gel lidah buaya. Sesudah siap, sapukan campuran ini pada wajah. Biarkan sekitar 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

3. Blueberry dan minyak zaitun

Kombinasi anti oksidan yang terdapat pada blueberry dan minyak zaitun, memberi manfaat berlipat kali ganda sekaligus membuat kulit tetap anjal. Cukup campurkan minyak zaitun dengan blueberry yang dikisar lalu oleskan pada wajah setidaknya seminggu sekali untuk hasil yang wow!

Foto: Hijab & Heels Archive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Nov 2018

Sebelum Ke Pejabat, Ibu Bapa Make Sure Stok Makanan Sentiasa Ada Sepanjang Cuti Sekolah!

So parents make sure stok makanan di rumah mencukupi supaya anak anda tidak ditinggalkan dalam kelaparan! 

Featured Tue, 12 Feb 2019

Mengenakan bengkung sambil melakukan senaman tarian, berpeluh sakan dibuatnya!

Wow! peserta lelaki dan Erul AF pun ber’salsation’ sambil berbengkung? Terujanya!

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Restoran Ini Memasak Steamboat Dengan Teknik Persis Bilik Sauna, Rasanya Memang Unik!

Hidangan ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia bukan dimasak di atas api gas.

Gaya Hidup Sat, 28 Jul 2018
Featured Wed, 29 Apr 2020
Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

5 Cara Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit memang menjengkelkan ramai wanita kerana ia membuatkan penampilan kelihatan kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika ingin mengenakan busana yang mengikut bentuk badan. Selain itu, perut buncit juga menimbulkan rasa kurang selesa apabila perlu duduk […]

Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Gaya Hidup Fri, 22 Mar 2019
Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Featured Mon, 4 Nov 2019

Bekas isteri Sultan Kelantan dedah wajah anaknya, Ismail Leon

Perkongsian gambar terbaru Rihana curi tumpuan