Gaya Hidup By: Nani Ramlee February 22, 2018 @ 2:39pm

Cara Jimat Duit Kalau ke Hong Kong Supaya Poket Tak Rabak

Kalau anda pernah jejak kaki di Hong Kong, anda mesti tahu lokasi percutian ini serba-serbi mahal. Lebih-lebih lagi dengan kadar matawang Malaysia yang agak lemah ketika ini. Jadi jika mahu bercuti ke Hong Kong, kena bijak buat perancangan. Ada cara untuk jimat duit.

Semak tip berikut, supaya poket anda tidak rabak!

1) Sampai di Lapangan Terbang Hong Kong, cuba ambil masa memerhati. Lihat tawaran menarik untuk traveller. Maybe ada yang berminat hendak menyewa portable wifi untuk kegunaan sepanjang tempoh percutian. Boleh kongsi dengan kawan-kawan.

2) Beli kad Octopus untuk memudahkan perjalanan. Kad ni sama konsep dengan kad Touch & Go. Boleh digunakan untuk naik pengangkutan awam dan juga di pasaraya. Kalau kad ini tiada, susah hendak ke sana- sini. Kad ini boleh dibeli di balai ketibaan, kaunter Airport Express. Harga kad HKD150 untuk dewasa. HKD50 deposit, dan lagi HKD100 tu jumlah kredit yang boleh digunakan. Apabila mahu pulang nanti jangan lupa pulangkan semula kad ini untuk dapat balik HKD50.

3) Untuk ke pusat bandar dari airport, lebih baik anda beli tiket secara grouping kerana lebih murah. Kalau anda bertiga, cuma bayar HK210. Jadi untuk seorang hanya HKD70. Kalau berempat lagi murah, HKD250.

4) Untuk senang cari info tempat-tempat menarik untuk dikunjungi lebih baik beli kad sim prabayar Discover Hong Kong Tourist. Harganya cuma HKD88 untuk pas 5 hari dan HKD118 untuk pas 8 hari.

Dengan kad sim ini korang boleh mendapat data 1.5Gb / 5Gb dengan kelajuan pantas 4G dan penggunaan Wi-Fi CSL tanpa had. Jika mahu lebih jimat, guna sahaja Wifi percuma di hotel yang ditempah. Itupun kalau hotel terbabit tawarkan Wifi percuma. Bukan semua hotel di Hong Kong bagi Wifi percuma okay!

http://www.discoverhongkong.com

5) Bawa botol air mineral kosong ke mana-mana. Sebabnya harga air mineral kat Hong Kong ni memang mahal. Sebotol 1.5 liter harga paling murah HKD7. Kalau bawa botol kosong, boleh refill di mana-mana tempat yang ada water cooler. Kebanyakkan tempat tarikan pelancong ada disediakan water cooler.

6) Bawa bekalan makanan kalau betul-betul mahu berjimat. Sepinggan Nasi Ayam (halal) yang dijual di medan selera berharga HKD30. Minuman yang paling murah pula di antara HKD15- HKD20. Pizza di gerai tepi jalan HKD45. Kalau nak makan dim sum murah jangan lupa singgah Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, Wan Chai.

Harga dimsum di Islamic Centre Canteen di antara HKD15 ke HKD30 sebekas.

7) Lagi satu tip jimat ialah ketika mengikuti harbour cruise. Ada beberapa operator yang sediakan servis ini. Harga pun lain-lain. Beli tiket daripada Star Ferry sebab harganya paling murah. Harganya di antara HKD68 ke HKD90, bergantung kepada season.

http://www.starferry.com.hk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Restoran Ini Memasak Steamboat Dengan Teknik Persis Bilik Sauna, Rasanya Memang Unik!

Hidangan ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia bukan dimasak di atas api gas.

Gaya Hidup Wed, 4 Dec 2019

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP bantu kanak-kanak Orang Asli

Sumbang 30 sen daripada setiap pembelian

Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018

Ini Cara Untuk Mengenalpasti Saiz Permaidani Yang Perfect Untuk Rumah Anda

Yelah, kenalah sesuai dengan saiz ruang yang ada dan kedudukan perabot anda.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Gaya Hidup Fri, 17 May 2019
Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018
Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

Tabiat Yang Boleh Merosakkan Minda

Kita semua ingin bahagia. Tanpa sedar, meskipun selalu mahu sentiasa bahagia, kita mengulangi tabiat tidak sihat yang menghalang mencapai kebahagiaan. Ironi kan? Ini tabiat yang boleh merosakkan minda yang MESTI dihindari: 1) Berhenti mengeluh tentang […]

Gaya Hidup Wed, 7 Feb 2018

Sayangi Miss V

Majoriti kaum Hawa di luar sana terlalu ghairah dalam menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan sehingga lupa tentang pentingnya menjaga aset yang sangat penting bagi mereka iaitu vagina.

Gaya Hidup Tue, 22 May 2018

Amalkan Makanan Ini Untuk Anak Jadi Genius Seperti Tun Mahathir

Pemakanan anak anda sangat mempengaruhi perkembangan otak mereka.

Gaya Hidup Mon, 13 Jan 2020

| Live TV