Gaya Hidup By: Ad Ops April 23, 2018 @ 12:00pm

Cederakan Diri Akibat Kemurungan, Wanita Ini Nekad Mulakan Bisnes Kek Fondant

Hari jadi anak anda dah nak dekat, tapi bila tengok kek-kek di kedai, kebanyakannya tak menarik langsung!

Dah lah hiasannya tak berapa cantik, pilihannya terhad pula tu!

Mesti anak anda lagi terhibur jika mereka dipersembahkan dengan design yang lebih personal seperti karakter kartun kegemarannya, ataupun dirinya sendiri dalam versi kartun.

Kalau anda berminat, sila check out laman Facebook Leenie’s Bakery. Tuan punya kedai, Eileen Tan, boleh menyediakan kek-kek fondant yang direka khas mengikut permintaan anda.

Kalau anda nak kek bertemakan Baby Shark (do do do do do), Avengers, Star Wars mahupun The Little Mermaid, wanita berumur 29 tahun ini boleh buat!

Tengoklah fondant yang menghiasi kek-keknya! Berwarna-warni dan terlalu comel, sampai sayang nak makan!

Bukan saja cantik, Leenie’s Bakery juga tak gunakan adunan kek span yang biasa anda makan di Secret Recipe. Sebaliknya mereka menggunakan butter cake serta butter cream yang lagi padat dan berkrim. Barulah syiok!

Ada lagi kebaikan daripada membeli kek daripada Leenie’s Bakery! Mereka juga menyediakan servis penghantaran di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang. Wow! Memang menguntungkan! 

Jom tengok laman Facebook Leenie’s Bakery untuk melihat design lain yang pernah dihasilkan. Anda boleh ambil inspirasi dari situ!

Kek-kek ini bukan untuk kanak-kanak saja, ya. Orang dewasa pun boleh tempah.

Berfaedah untuk diri dan minda

Untuk pengetahuan semua, Eileen telah mula membuat kek 8 tahun lalu, ketika customized cakes belum lagi diterima secara meluas di Malaysia.

Sebelum itu dia tak pandai pun buat kek, tapi aktiviti ini adalah salah satu usahanya untuk merawat kemurungan yang dia alami ketika di universiti.

“Saya sudahpun berada di tahun terakhir di dalam pengajian kursus farmasi, tapi saya betul-betul tak boleh nak habiskannya,” kata Eileen kepada Hijab & Heels.

“Akibatnya, saya telah mengalami kemurungan hingga ke satu tahap di mana saya mula mencederakan diri sendiri.

“Pada masa yang sama, saya tak mahu hentikan pengajian saya kerana saya sudah cuba sedaya-upaya untuk sampai ke tahun terakhir. Kalau saya ceburi bidang lain pun, saya kena belajar balik dari mula! Tak mahu!”

Tapi dengan izin dan galakan ibu bapa, Eileen berhenti belajar dan mula berjumpa dengan seorang ahli psikiatri.

Dia diminta untuk mencari sesuatu aktiviti yang dia minat supaya mindanya tak lagi terfikir tentang kemurungan yang dia alami.

Pada waktu inilah dia mula membuat kek dan pada mulanya, ini adalah untuk suka-suka. Memandangkan Eileen berasa sukar untuk mencari kerja dan perlukan wang untuk menampung kos perubatannya, dia berfikir lebih baik dia menjadikan aktiviti ini sebagai sesuatu yang boleh buat duit.

Sejak itu, dia beralih kepada mengambil pelanggan berbayar pula. Selain belajar sendiri bagaimana nak buat kek, Eileen juga telah mengikuti kelas baking yang ada di pasaran.

Kilang di Klang

Leenie’s Bakery selalunya mampu hasilkan 8 ke 10 biji kek setiap minggu kerana perniagaan ini hanya melibatkan dua orang, iaitu Eileen sendiri dan suaminya Kobee Ng.

Mereka menjalankan bisnes ini di rumah mereka sendiri di Klang. Eileen bertanggungjawab untuk menghasilkan seni fondant yang menghiasi sesuatu kek itu, manakala Kobee diberi tanggungjawab untuk membakar kek tersebut.

Oleh kerana customized novelty cakes belum popular pada mulanya, Eileen telah menghadapi kesukaran dalam mempromosikan jenama dan produknya.

“Salah satu usaha saya ialah dengan menghantarkan ‘iklan’ melalui mesej Whatsapp ke semua orang yang saya kenal dan meminta mereka untuk membuat tempahan,” kata Eileen sambil ketawa.

“Lambat-laun titik peluh saya berhasil, dan pengaruh saya semakin berkembang.”

Kek berkos tinggi?

Berharga dalam lingkungan RM250 ke RM300, kek-kek oleh Leenie’s Bakery boleh didapati dengan membuat tempahan melalui nombor 014-929 7003 atau laman Facebook mereka.

Eileen mengaku yang dia pernah diberitahu bahawa keknya terlalu mahal.

“Kek kami dibandingkan dengan kek yang dijual di pasaran dengan harga RM80. Kami terpaksalah terangkan kenapa harga kami begitu tinggi.”

Sebabnya ialah kek Leenie’s Bakery dibuat khas melalui tempahan, dan bukannya secara pukal atau in advance seperti pembuat kek komersial.

“Jadi anda boleh pilih sendiri rupa kek yang anda mahu sempena majlis atau perayaan yang diraikan. Ia bukannya sebuah kek biasa, tetapi sebuah kek yang personalized.”

Satu sebab lain ialah figurin atau patung 3D yang diletakkan di atas kek itu. Ia bukan diperbuat daripada fondant biasa, tetapi tanah liat lembut yang diimport khas.

Tengok sendiri macam mana dia mereka bentuk figurin untuk keknya daripada tanah liat.

“Ia takkan hancur jadi anda boleh simpan untuk jangka masa yang lama supaya memori indah anda bersama kek ini akan kekal.”

Eileen dulu pernah menghasilkan figurin yang diperbuat daripada fondant tapi dia sedih apabila melihat pelanggannya membuang saja hasil kerjanya itu.

“Orang selalunya tak makan fondant itu kerana ia manis. Mereka juga tak menyimpannya, takut semut datang. Jadi, selepas itu saya mula menggunakan tanah liat,” katanya sambil memberitahu figurin tanah liat tersebut tidak boleh dimakan.  

Pencapaian bermakna

Selain dapat mengisi masanya dengan aktiviti yang berfaedah, Eileen juga rasa puas setiap kali dia berjaya lunaskan permintaan para pelanggan.

Foto: Facebook Leenie’s Bakery

“Saya suka melihat reaksi mereka terhadap hasil kerja saya dan mengetahui kisah menarik di sebalik setiap tempahan.

“Itu sebabnya moto kami ialah ‘We make you smile’ (Kami buat anda tersenyum). Bila saya lihat pelanggan tersenyum, ia sedikit sebanyak dapat menyembuh kemurungan saya.”

Daripada pengalaman ini, Eileen telah belajar untuk tidak berputus asa. “Jika anda sentiasa bekerja keras, sesuatu yang baik akan berlaku.”

Kemurungannya masih timbul sekali sekala, tapi Eileen juga telah belajar untuk mengatasinya. “Saban hari, saya akan bertambah kuat.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Sun, 25 Nov 2018

Selfie Telah Menyebabkan 259 Kematian, Para Saintis Cadangkan ‘No-Selfie Zone’

Ketahui tentang kes-kes kematian yang disebabkan oleh selfie.

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

7 Jenis Makanan Tingkat Keghairahan Agar Suami Tak Cari Lain

Pasif di ranjang atau kurang keghairahan melakukan hubungan seks, sering dikaitkan dengan wanita lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Keadaan ini biasanya didorong kesibukan harian dipejabat serta komitmen dirumah.

Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

Gambar telur ayam ketepikan rekod ‘likes’ dipegang Kylie Jenner!

Kylie membuat video lucu dengan memecahkan telur ayam di jalan raya. Haha!

Gaya Hidup Mon, 5 Nov 2018

Agar-Agar Boleh Buat Bayi Tercekik. Jangan Sangka Makanan Lembik Tidak Bahaya!

Selain agar-agar, bebola ikan, biji rambutan, biji manggis ataupun duit syiling jika tertelan boleh mengundang kematian!

Gaya Hidup Wed, 14 Mar 2018

Sembelit Ketika Hamil Memang Tak Lawak! Ikuti 5 Tips Ini & Jangan Tangguh ‘Hajat’ Anda

Selain morning sickness, sembelit merupakan antara masalah biasa yang sering dihadapi oleh wanita sewaktu proses kehamilan.

Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018

Saksikan Persembahan Koir ‘Voci Vivace’ Oleh The Canticle Singers 6 & 7 Oktober Ini

Kalau anda nak tukar mood, cuba tonton seni muzik ini pula.

Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Karva Salon For Ladies By Nora Danish Utamakan Privasi Wanita

Aktres Nora Danish terus mengukuhkan profilnya sebagai usahawan dengan pembukaan empayar perniagaan baru iaitu Karva Salon For Ladies by Nora Danish.

Featured Wed, 15 Sep 2021

Saya Pernah Berkata Kepada Tuhan, ‘Bawalah Saya Pulang’- Ras Adiba Dedah Detik Sukar Bergelar OKU

Senator Datuk Ras Adiba Radzi cukup dikenali sebagai figura terkemuka dalam bidang penyiaran dan kini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU). Sejak disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002, bekas personaliti […]

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018