Gaya Hidup By: Nani Ramlee January 30, 2018 @ 10:00am

Coklat Hitam Atau Coklat Susu ?

Apabila memilih coklat, kategori yang mana menjadi pilihan? Coklat hitam atau coklat susu? Jom semak fakta-fakta menarik tentang kedua-dua jenis coklat ini. Jika anda seorang yang health conscious, mesti anda lebih suka coklat hitam. Coklat susu memang yummeh! Tapi anda perlu tahu yang coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sihat yang tinggi, gula dan kalori.

Malah, kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandung kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesihatan adalah coklat hitam, tanpa kandungan susu.

Coklat hitam yang mengandungi kakao (biji coklat) lebih daripada 70 peratus mempunyai manfaat kesihatan kepada tubuh badan. Kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid mampu memerangi radikal bebas dalam tubuh.

Kandungan antioksidan dalam coklat adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada teh hijau. Dalam erti kata lain, coklat yang tinggi kandungan kakaonya juga bermanfaat untuk menjaga kecantikan wajah kerana ia boleh membantu mencegah penuaan semulajadi. Siapa yang tidak mahu awet muda bukan?

Lain-lain kelebihan coklat hitam ialah:-

1) Mengawal gula dalam darah

Kandungan flavonoid dalam coklat hitam membantu mengurangkan rintangan insulin dengan membantu sel-sel untuk berfungsi secara normal dan mendapatkan semula keupayaan untuk menggunakan insulin badan anda dengan berkesan.

2) Jaga kesihatan jantung

 Mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang boleh menyokong kesihatan anda seperti potasium, magnesium, tembaga dan zat besi. Zat besi di dalam coklat gelap melindungi daripada kekurangan zat besi anemia, dan magnesium dalam coklat membantu mencegah diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

3) Meningkatkan suasana hati.

Coklat hitam merangsang produksi endorfin, merupakan zat kimia di otak yang dapat memperbaiki suasana hati. Coklat hitam juga mengandung serotonin kimia, yang bertindak sebagai antidepresi.

Coklat hitam punya banyak manfaat kesihatan berbanding coklat putih

4) Menurunkan tekanan darah.

Beberapa kajian mendapati bahawa coklat hitam dapat meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.  Namun, kesannya tidak terlalu menonjol.

5) Dapat mencegah kanser.

Kerosakan DNA dapat meningkatkan risiko penyakit kanser. Dengan mengambil sekurang-kurangnya 45 gram coklat hitam sehari, ia dapat mengurangi kerosakan DNA. Ini kerana kandungan flavonoid dalam coklat hitam sangat tinggi.

6) Coklat Hitam Boleh Menguatkan Fungsi Otak

Coklat hitam mempunyai rekod untuk meningkatkan daya fikiran dan fungsi otak secara umum. Koko juga didapati boleh meningkatkan fungsi kognitif, terutama bagi orang yang sudah berusia. Ini kerana ia mengandungi satu jenis bahan peransang seperti kafein dan theobromine, yang menjadi kunci kepada perkembangan dan menjaga fungsi otak.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Kalau untuk yang tersayang, lebih baik hadiahkan coklat hitam demi kesihatan bersama.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 19 Jun 2018

Hanya Guna Gula Dan Lemon Untuk Tanggalkan Bulu Pada Anggota Badan. Memang Jimat!

Memang jimat! Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk menanggalkan bulu, hanya guna cara ini saja!

Featured Tue, 17 Jul 2018

Bau Hanyir Ikan Hilang Dengan 8 Teknik Mudah Ini

Bukan sahaja potong mood nak masak, malah selera nak makan ikan pun terbantut.

Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 2 Oct 2018

Kedai Buku 24 Jam Di Cyberjaya, Port Terbaik Buat Si Ulat Buku Yang Insomnia

Lebih 500,000 buah buku pelbagai genre boleh didapati pada harga potongan di antara 50 hingga 80 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Featured Sun, 24 May 2020
Featured Tue, 13 Mar 2018

20 Foto Indah Yang Akan Buat Anda Teringin Travel Ke Alaska Sekarang Juga!

Alaska ialah negeri terbesar di Amerika, tetapi ia mempunyai jumlah penduduk paling kecil. Maknanya ia belum lagi diterokai sepenuhnya.

Gaya Hidup Wed, 28 Nov 2018
Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Mon, 24 Feb 2020

| Live TV