Gaya Hidup By: Ad Ops February 9, 2018 @ 3:25pm

Dah Pukul 3 Pagi Tapi Tak Boleh Tidur? Ini 5 Cara Efektif Untuk Cepat Lena

Memang tension kalau kita kepenatan setelah bekerja seharian tapi apabila kita rebah ke katil, tak boleh pula mata nak pejam. Lagi teruk bila esoknya badan kita rasa lemah dan mood kita terjejas. Macam mana nak pergi kerja kalau badan pun asyik rasa lesu?

Kalau nak tahu bagaimana nak cepat dibuai mimpi, teruskan baca:

1. Pakai stokin

cdn.phillymag.com

Sebuah kajian yang diterbitkan di dalam International Science Journal mengatakan bahawa kaki yang hangat akan melebarkan saluran darah, dan secara tak langsung ia akan membuatkan badan rasa lebih selesa dan akhirnya kita akan lena.

Jadi anda disarankan untuk memakai stokin sebelum tidur. Kalau tak ada stokin, pastikan anda tutupkan kaki dengan selimut, asalkan kaki anda hangat.

2. Pastikan kepala rasa sejuk

saloni.com.tr

Teknik ini terbalik pula dari yang tadi, tapi ia pun sudah terbukti mujarab. Kajian mendapati orang yang sukar tidur selalunya mempunyai aktiviti otak yang serabut. Cara untuk mengatasinya ialah dengan kekalkan kesejukan di bahagian kepala anda supaya seluruh badan terasa tenang.

3. Percikkan air sejuk ke muka

www.flickr.com

Anda mungkin fikir badan anda akan rasa terkejut dan lebih alert dari rasa mengantuk bila terkena air sejuk. Ya, itu memang betul tetapi jangan takut! Kemudian sistem saraf anda gerenti akan relaks dan lepas itu rasa mengantuk itu akan muncul. Jadi, jangan percik saja air sejuk itu. Kalau boleh rendamkan muka dalam air sejuk selama mana yang anda tahan. Serious!

4. Lakukan teknik pernafasan 4-7-8

cbsmiami.files.wordpress.com

Teknik pernafasan juga dapat menenangkan sistem saraf dan minda. Senang saja! Tarik nafas selama empat kiraan, kemudian tahan selama tujuh kiraan dan akhirnya hembus selama lapan kiraan. Ulang teknik ini sampai lena. Pada mulanya anda akan terasa sesak nafas tapi lama-lama badan akan rasa selesa apabila cukup oksigen disalurkan ke otak.

5. Makan suplemen

pixabay.com

Kalau teknik lain tak dapat membantu, cuba makan suplemen. Suplemen magnesium dibuktikan untuk mengubat insomnia dan menenangkan minda untuk tidur. Secara alternatif, anda boleh cuba meminum secawan teh chamomile sebelum tidur. Chamomile mempunyai unsur kelegaan dan tip ini telah digunakan sejak beribu tahun dahulu.

Cuba teknik-teknik ini tau! Semoga anda berjaya dapatkan tidur yang instant dan lena!

Sumber: Curiousmob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 30 Mar 2023
Featured Wed, 13 May 2020

Kejutan Kluster IPT, KKM buat siasatan kenal pasti punca jangkitan

Kemunculan kluster institusi pengajian tinggi (IPT) Sabah yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menimbulkan persoalan kemungkinan lebih ramai pelajar yang sudah dijangkiti COVID-19 daripada universiti yang sama. Ramai beranggapan KKM kini bakal berdepan dengan […]

Gaya Hidup Sat, 30 Jun 2018
Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Ketahui 5 Personaliti Berdasarkan Coklat Kegemaran Anda

Bagi anda yang suka coklat susu, anda adalah seorang yang bijak dan suka menjadi pusat perhatian.

Gaya Hidup Fri, 15 Mar 2019

Pengebumian suku Toraja di Indonesia ambil masa lama, sanggup tidur dengan mayat

Semakin kaya si mati, maka lebih lama proses pengebumian berlangsung.

Featured Wed, 15 May 2019
Featured Fri, 30 Dec 2022

Kalah Main Badminton, Imran Aqil & Dahlia Rizal Terpaksa Cium Stokin!

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil dan tunang, pempengaruh Dahlia Rizal terpaksa mencium stokin setelah tewas dalam permainan badminton. @imjeebsterpantang undur kecuali operasi♬ original sound – iJeebster Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dahlia […]

Featured Fri, 19 Jul 2019
Gaya Hidup Sat, 29 Sep 2018

Pelajari Sebutan Sebenar 35 Jenis Senarai Makanan Ini Supaya Tidak Ditertawakan!

Sebutan dan ejaan senarai makanan memang berbeza betul!