Gaya Hidup By: Ad Ops April 11, 2018 @ 10:37am

Delete Akaun Facebook Anda Jika Ingin Hilangkan Stress, Menurut Kajian. Serious Ke?

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan sebuah skandal di mana data peribadi 87 juta pengguna Facebook telah dibocorkan oleh firma perunding data Britain, Cambridge Analytica.

Data-data tersebut digunakan untuk mempengaruhi pendapat pengguna tentang pilihan raya negara mereka.

Pegawai kanan Cambridge Analytica ini pula mengaku bahawa syarikatnya pernah campur tangan dalam pilihan raya di beberapa negara, termasuk di Malaysia.

Takutnya! Semua info peribadi kita dikongsi tanpa pengetahuan dan izin kita! 

Ekoran insiden ini, berjuta-juta “mangsa” ini telah meninggalkan platform media sosial itu. Hashtag #deletefacebook pun  pernah trending.

Tapi kalau anda tak terkesan langsung dengan insiden ini, satu kajian terbaru tentang stress mungkin akan mengubah persepsi anda dan membuatkan anda ingin quit dari Facebook.

Foto: www.medicalnewstoday.com

Hormon cortisol timbul

Para penyelidik di University of Queensland di Brisbane, Australia ingin mengetahui apakah impak terhadap para pengguna Facebook dari segi tahap stress dan kesejahteraan mereka jika mereka berhenti melayari laman media sosial itu.

Kajian tersebut telah diketuai oleh Professor Eric Vanman iaitu pensyarah senior di fakulti psikologi university tersebut. Kajian ini juga telah diterbitkan dalam Journal of Social Psychology.

Vanman dan rakan setugasnya telah mengkaji dua kumpulan pengguna Facebook yang aktif. Satu kumpulan telah diminta untuk berhenti menggunakan Facebook selama 5 hari, manakala satu kumpulan lagi terus menggunakan platform itu macam biasa.

Foto: iStock

Para penyelidik telah mengambil sampel air liur dari kesemua 138 orang peserta kajian ini pada masa awal dan akhir penyelidikan ini. Ini adalah untuk menyukat tahap hormon stress yang dipanggil cortisol dalam badan mereka.

Kesimpulan yang didapati ialah: “Berehat dari menggunakan Facebook walaupun hanya untuk 5 hari berjaya mengurangkan jumlah hormon cortisol dalam badan.”

Hormon ini selalunya meningkat secara mendadak apabila seseorang itu sedang mengalami tekanan. Terlalu banyak cortisol boleh menjejaskan sistem imunisasi seseorang, lalu membuatkan dia lebih terdedah kepada penyakit dan obesity, serta menjejaskan memorinya.

Impak negatif yang lain terhadap jumlah cortisol yang kronik dalam jangka masa yang lama juga termasuklah kerosakan pemahaman, pengurangan fungsi tiroid dan pengumpulan lemak abdomen. Kesemuanya memberi kesan buruk terhadap kesihatan kardiovaskular badan.

Kesimpulannya…

Result penyelidikan ini membuktikan bahawa pengurangan penggunaan Facebook ternyata boleh mengurangkan kadar stress.

Walau bagaimanapun, para pesertanya juga telah melaporkan yang mereka merasa kurang puas hati dengan hidup mereka dan tidak sabar untuk menggunakan Facebook semula.

Foto: www.digitaltrends.com

Sebabnya adalah mungkin sebelum memulakan penyelidikan ini, mereka dah terlalu obses dengan laman media sosial itu.

Jadi apabila mereka tak berpeluang untuk menggunakannya, mereka terasa hubungan sosial dengan kenalan Facebook mereka terbantut, dan ini mempengaruhi hidup mereka secara keseluruhannya.

“Menjauhi dari Facebook dilihat dapat mengurangkan kadar cortisol dalam badan seseorang, tapi mereka tak perasan pun yang kadar stress mereka telah berkurangan,” kata Vanman.

Dia juga berpendapat bahawa kajian ini bukan saja tertakluk kepada Facebook, tapi mana-mana platform media sosial sekalipun.

Jadi terpulanglah kepada anda. Anda mahu rasa gembira kerana dapat berkomunikasi melalui akaun Facebook anda, ataupun anda ingin rasa sihat setelah hormon cortisol dalam badan anda berkurangan?

Sumber: Medical News Today, Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 May 2020

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Video langkah demi langkah jadi rujukan ramai

Gaya Hidup Sun, 29 Apr 2018

Susah Nak Tidur? Cuba 6 Tip Cepat Lena Yang Terbukti Berkesan Oleh Sains

Mungkin anda ada petua tersendiri, tapi 6 cara ini telah dibuktikan oleh sains.

Featured Sun, 24 May 2020
Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

5 Cara Jaga Karpet Agar Bebas Daripada Hama

Karpet merupakan antara elemen pelengkap dekorasi bagi setiap rumah.

Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Featured Sat, 5 Jan 2019

Bau Busuk Selepas Melunaskan ‘Hajat’, Ini Cara Menghapuskannya!

Pastikan bau tandas sentiasa dalam keadaan menyenangkan!

Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018

Saksikan Persembahan Koir ‘Voci Vivace’ Oleh The Canticle Singers 6 & 7 Oktober Ini

Kalau anda nak tukar mood, cuba tonton seni muzik ini pula.

Gaya Hidup Wed, 18 Mar 2020

Manisnya wajah Puteri Ameerah, cantik persis ibunya Azrinaz

Tampil berhijab, Puteri Ameerah curi perhatian!