Gaya Hidup By: Yanie Baharom November 5, 2019 @ 5:09pm

Diceraikan kerana gagal kekal gemuk? Tak percaya, bacalah!

“Muka dah cantik, tapi kalau diet sikit lagi, lagilah cantik.”

“Agak-agaklah nak bagi aku teman wanita gendut macam tu, kalau ya sekali pun nak kenalkan bagilah yang potongan baik sikit… banyak beras nak kena beli tiap bulan tu!”

“Mak ai macam anak gajah, patah pinggang aku bro!”

Sindiran sebegini biasa kita dengar dalam kalangan lelaki setiap kali mereka memperkatakan mengenai wanita bertubuh comel, berisi, gempal, plus size, chubby, gendut atau gemuk!

Memang berasa terhina, sehinggakan membuatkan ramai wanita dengan bentuk fizikal sebegitu sering berasa rendah diri dan hilang keyakinan diri.

Tidak semua jejaka Malaya, alah dengan wanita bertubuh gempal, malah ada juga yang sukakan si gadis bertubuh berisi. Tetapi rata-rata lelaki lebih cenderung meminati wanita bertubuh kecil sehingga membuatkan wanita bertubuh besar sering dipandang sebelah mata.

Wanita bersaiz besar bukan sahaja sukar mencari pakaian yang sesuai, malah dalam alam pekerjaan sekalipun peluang begitu kecil meskipun mempunyai kelayakan yang tinggi. Inikan pula berbicara soal jodoh, memang agak sukar mencari pasangan yang boleh menerima diri mereka seadanya.

Namun begitu, berbeza dengan lelaki daripada beberapa negara dalam mentafsir kecantikan seseorang wanita. Wanita akan dianggap cantik dan menarik oleh lelaki jika memiliki tubuh yang besar.

Kedengaran aneh bukan? Tetapi inilah realitinya apabila bercakap mengenai cita rasa lelaki dari enam negara ini. Bagi mereka wanita gemuk lebih cantik dan menarik.

Bayangkan antara syarat yang ditetapkan lelaki dari negara yang dinyatakan berikut ini, jika ingin berpasangan dengan mereka wanita terbabit harus memiliki tubuh gemuk.

1. Mauritania

Malangnya hidup wanita bertubuh kurus atau langsing sekiranya mendiami negara yang satu ini. Terdapat banyak kes penceraian yang berlaku di Mauritania berikutan isteri tidak mampu mengekalkan tubuh badan yang besar.

Bukan semua wanita mempunyai genetik gemuk. Misalnya ada yang mengikut genetik ibu bapa yang bertubuh sederhana, justeru pasti agak sukar untuk menjadi gemuk.

Apa yang pasti, itu keunikan budaya masyarakat di benua Afrika ini yang memandang gemuk sebagai suatu keindahan.

2. Nauru

Kegemukan menjadi lambang kesuburan dan keindahan bagi masyarakat Nauru. Hal ini kerana masyarakat negara itu meyakini wanita gemuk memiliki tenaga yang lebih untuk melahirkan cahaya mata. Oleh itu, tubuh gemuk diharuskan bagi wanita-wanita di negara itu.

3. Afghanistan

Foto: Indian Express

Lelaki Afghanistan dikatakan lebih mudah tertarik dengan wanita berbadan gempal berbanding yang kurus. Bagi mereka, wanita dengan potongan badan sebegitu, mempunyai kehidupan yang stabil serta sifat yang lebih tenang.

4. Kuwait

Foto: Blogspot

Sama seperti Afghanistan, lelaki Kuwait juga menganggap wanita yang bertubuh gemuk memiliki kehidupan yang stabil dan mewah. Bagi menjaga status sosial suami di khalayak ramai, wanita Kuwait menjaga agar tubuhnya tetap gemuk.

5. Afrika Selatan

Foto: Futurity

Afrika diisytihar sebagai negara yang mempunyai penghidap AIDS paling ramai di dunia. Oleh kerana itu, mereka beranggapan wanita dengan fizikal kurus kemungkinan mempunyai masalah berkenaan.

Untuk kelihatan lebih sihat dan tidak dipandang serong, kebanyakan wanita Afrika berusaha menaikkan berat badan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 May 2020

Kerajaan laksana PKPB mulai 4 Mei 2020

Langkah diharap dapat imbangi ekonomi negara

Featured Mon, 20 Aug 2018

5 Mitos Tentang Nyamuk & Fakta Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

Jom belajar tentang nyamuk sempena World Mosquito Day yang disambut pada hari ini!

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Inilah Sebab Penting Anda Perlu Turunkan Penutup Tandas Sebelum Mengepam, Gelinya!

Ada berita buruk untuk pengguna tandas awam. Awas! Berita ini mungkin membuatkan anda rasa loya.

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

Seni Meraikan Tetamu Jadikan Anda Tuan Rumah Disenangi

Tetapkan atur cara, pasti majlis meriah dan sempurna!

Featured Mon, 11 Feb 2019

Anda suka melengahkan kerja? Inilah akibatnya terhadap badan dan minda anda

Sikap ini boleh memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang.

Gaya Hidup Fri, 27 Jul 2018

38 Idea Awesome Yang Anda Boleh Buat Dengan Botol Plastik Lama. Memang Cool!

Banyak idea kreatif yang boleh dihasilkan daripada botol plastik terpakai.

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Terkena Air Panas? Jauhi Petua-Petua Pelik, Ini Langkah Betul Perlu Dipelajari

Setiap kali kalau kita terkena air atau minyak panas mesti kita akan panik kan?

Gaya Hidup Mon, 2 Apr 2018

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia: Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Austime

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Featured Thu, 22 Sep 2022

Anna Jobling Jadi Patung Barbie, Netizen Puji Cantik!

Wahhh memang betul lah sebijik macam Barbie doll kan? 😍