Gaya Hidup By: Yanie Baharom June 20, 2018 @ 4:00pm

Diet Aneh Golongan Selebriti Memang Berkesan Tapi Membahayakan Nyawa

Tuntutan kerja dan demi memuaskan pandangan ramai, seorang selebriti perlu tampil sempurna seolah tiada cacat celanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Apalagi bercakap tentang artis antarabangsa yang sesetengahnya diberikan tempoh singkat untuk menurunkan berat badan dan membina tubuh demi memperoleh watak dalam filem yang ditawarkan kepada mereka.

Dengan bayaran lumayan mencecah puluhan juta ringgit, siapa yang tak nak? Dan siapa yang berani to say no! Justeru mereka sanggup bermati-matian melakukan diet demi sebuah offer.

Disebabkan faktor yang disebutkan juga kepuasan diri sendiri, ramai selebriti mengambil langkah drastik untuk kekal dengan berat badan tertentu agar kekal langsing. Bagaimanapun tidak semua jenis diet mereka amalkan baik untuk kesihatan.

Hijab & Heels dedahkan beberapa siri diet selebriti paling mengarut dan anda tidak patut cuba di rumah.

1. Beyonce

Foto : Today

Pernah mengumumkan di satu program TV yang dia mengamalkan 22 Days Nutrition. Namun sebelum ini Beyonce mengamalkan diet Master Cleanse untuk kurus bagi filem Dreamgirls kerana terikut oleh cara lakonan Tom Hanks dalam filem Castaway. Diet membahayakan ini melarang pengambilan sajian pejal dan mereka hanya boleh minum campuran jus lemon, serbuk cayenne dan sirap maple gred B sembilan kali sehari.

2. Shailene Woodley

Foto : Berita Ddreamers

Diet pelakon filem Divergent ini sedikit pelik berbanding selebriti lain. Dia lebih gemar benda organik dan sentiasa elak pengambilan garam dan minuman berakohol kerana ini boleh membuatkan perut buncit. Namun Shailene juga mengambil tanah liat sebahagian daripada detoksnya kerana ia dikatakan dapat menarik logam dalam badan dan keluarkan logam tersebut sekaligus. Logam seperti zat besi sebenarnya penting untuk badan kerana ia membekalkan oksigen ke seluruh badan, jadi dietnya membahayakan nyawa.

3. Ashton Kutcher

Foto : Instyle Mx

Pelakon ini mengamalkan diet Fruitarianism yang mana pengamal diet hanya makan buah-buahan dan sedikit kekacang. Menurut Ashton, dia cuba mengamalkan diet ini kerana dia bakal membawa watak Steve Jobs untuk filem Jobs dan diet ini adalah diet kegemaran Steve. Namun, beberapa hari sebelum menjalankan penggambaran filem, Ashton dikejarkan ke hospital kerana masalah pankreas akibat diet ini.

4. Kate Middleton

Fot : Pop Sugar

Duchess of Cambridge ini mendapatkan tip dari Perancis dan menurunkan berat badannya untuk perkahwinan Diraja dengan The Dukan Diet. Selepas memulakan diet dengan pengambilan protein dan sayuran terus-menerus, rejim diet Kate berpecah kepada tiga fasa yang mana menjadi lebih ketat dari minggu ke minggu dengan pelbagai variasi bergantung pada berapa banyak kilogram yang ingin anda kurangkan.

5. Lady Gaga

Foto :Time

Penyanyi ini dikhabarkan telah menggunakan diet Tracy Anderson iaitu dengan pengambilan makanan bayi, yang mana pengambilan makanan yang menggantikan dua hidangan makanan pertama harian dengan makanan bayi Gerber, diikuti dengan makan malam yang sihat. Bintang lain yang turut mengamalkan diet ini termasuklah Reese Witherspoon, Jennifer Aniston dan Gwyneth Paltrow.

6. Madonna

Foto : Billboard

Tiada siapa yang berani buat seperti Madonna. Madonna mengamalkan diet macrobiotic yang sangat ketat dan ekstrem yang mana tidak langsung mengambil sebarang gandum, telur, daging dan susu. Diet tersebut menyarankan pengambilan sayuran laut.

7. Gwyneth Paltrow

Foto : Rumbera Network 105

Selepas didiagnos dengan alergi makanan, Gwyneth Paltrow mula komited pada semua makanan yang bagus dengan membuang segala jenis roti, daging merah, susu lembu, terung dan juga tomato daripada diet pemakanannya. Dia memulakan paginya dengan jus hijau dan mengamalkan gluten-free, pengambilan sayuran sepanjang hari.

8. Megan Fox

Foto : YouTube

Demi untuk mengeluarkan jisim air dan membersihkan sistem tubuhnya, Megan Fox mula mengambil cuka epal. Tambahan lagi, aktres ini juga dikatakan mempraktikkan satu program berdasarkan buku The 5-Factor Diet oleh Harley Pasternak yang mana termasuklah menyediakan hidangan lima bahan dalam masa kurang dari lima minit.

9. Victoria Beckham

Foto : Utara News

Isteri kepada bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham ini mengamalkan diet alkali, cadangan makanan yang bertujuan untuk memastikan pH tubuh antara 7.35 dan 7.45. Pada dasarnya, untuk bersifat alkali, anda perlu mengikuti aturan 80/20 lebih sayur-sayuran dan kurang bijirin dan protein, walaupun untuk mengetahui sepenuhnya imbangan pH anda, anda mesti menyelesaikan ujian air kencing.

10. Adriana Lima

Foto : Mumsru De

Model Victoria’s Secret ini dibayar untuk sentiasa kekal fit, langsing dan cantik tetapi Adriana mengambil komitmen itu ke tahap yang lebih tinggi. Sebelum acara tahunan pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam itu, model dari Brazil ini hanya mengambil protein shakes, vitamin, suplemen tambahan dan sentiasa bersama satu pasukan ahli nutrisi untuk memastikan bahawa dia mendapat tenaga yang mencukupi. Selepas itu, Adriana mengambil satu bahagian diet terkawal yang mana termasuklah dengan sarapan pagi yang besar dan secara perlahan mengurangkan pengambilan kalori hari ke bulan.

Sumber : Glam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Sep 2018

Kylie Jenner Berikan ‘Tour’ Ke Rumah Besarnya, Anda Pasti Akan Rasa Jealous

Haih, sesetengah orang memang bertuah dalam hidup.

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

Gaya Hidup Mon, 18 Nov 2019

Undi Yes Malaysia untuk masyarakat lebih beretika

ACCA pupuk kesedaran mengenai kepentingan etika

Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Featured Mon, 23 Dec 2019

8 teknik pertolongan cemas asas yang anda wajib tahu

Anda boleh selamatkan nyawa seseorang dalam situasi yang cemas.

Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018

Ini Cara Untuk Mengenalpasti Saiz Permaidani Yang Perfect Untuk Rumah Anda

Yelah, kenalah sesuai dengan saiz ruang yang ada dan kedudukan perabot anda.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Anugerah Mon, 9 Jan 2023

AISHM: Dinobat Ikon Sukan Terbaik, Al-Jufferi Anggap Rezeki Anak Bakal Lahir

Tahniah Jufferi! Sememangnya layak digelar Ikon Sukan!

Featured Fri, 29 May 2020
Featured Fri, 29 Jun 2018