Gaya Hidup By: tex_admin October 1, 2018 @ 10:00am

Doktor Ini Kongsi Tindakan Kecemasan Bagi Merawat Sengatan Tebuan

Tahukah anda, sengatan tebuan adalah bahaya? Lagi-lagi jika terkena sengatan tebuan tanah, memang sangat bahaya kerana ia beracun dan sangat menyakitkan!

Sebelum ini, 2 orang pelajar di Mersing Johor dilaporkan telah meninggal dunia gara-gara disengat oleh tebuan. Penulis sangat bersimpati dengan kejadian ini.

Jadi, penulis sarankan kepada anda mahupun anak-anak agar haruslah sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali ‘jolok’ sarang tebuan! Ia amat membahayakan diri anda.

Tebuan kunyit antara jenis tebuan yang sangat berbahaya. Seseorang yang terkena sengatannya perlu mendapatkan rawatan segera, terutamanya melibatkan kanak-kanak. 

Tebuan jenis ini mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya. Tebuan jenis ini juga boleh membesar sehingga lebih 4 sentimeter (sm). Jika racun dilepaskan, walau setitik, ia mampu meninggalkan kesan seperti bengkak teruk selain melemahkan badan jika melibatkan orang dewasa. 

Foto: Vitdaily

Jika kanak-kanak disengat tebuan ini, racun tersebut mampu menjejaskan daya ketahanan selain kesan bengkak yang pedih pada bahagian atau anggota badan yang disengat.

Bukan itu saja, sekiranya sengatan terkena pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka ianya memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat, boleh membawa maut.

Menurut doktor Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak, Dr. Chin Wai Seong, sengatan tebuan sesuatu yang tidak boleh diabaikan, sama ada mangsa itu orang dewasa mahupun kanak-kanak. Lakukanlah tindakan kecemasan pertama yang boleh menghalang racun untuk merebak.

Foto: Says

Antara langkah yang perlu anda lakukan adalah:

1. Letakkan ais atau air sejuk pada bahagian sengatan untuk membekukan tempat sengatan sekaligus menghalang racun untuk merebak dalam tempoh tertentu.

2. Bawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa 2 jam untuk mengelak racun merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah.

Namun, bagi kes yang lebih serius, langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius pada alergi. Antara simpton yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan menjadi lemah.

Kesimpulannya, kematian akibat disengat tebuan adalah isu yang perlu dipandang serius. Secara teorinya, kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi pada mangsa itu sendiri akan mengorbankan nyawanya. Jadi, berhati-hatilah!

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Featured Fri, 15 Mar 2019
Gaya Hidup Sun, 12 Aug 2018
Gaya Hidup Tue, 2 Jul 2019

Bosan bersenam berseorangan?

Tidak kiralah bersama Encik Suami atau ‘BFF’, aktiviti senaman anda pasti lebih menyeronokkan.

Events Thu, 15 Dec 2022

Rezeki Semakin Murah Dalam Lakonan, Shiha Zikir Jaga Batas

Selebriti serba boleh, Shiha Zikir mengutamakan pemilihan watak dalam memberikan hasil kerja yang terbaik selagi ia tidak melanggar batas. Mula dikenali dalam bidang nyanyian, Shiha juga aktif dalam bidang pengacaraan serta mendapat banyak tawaran lakonan. […]

Featured Mon, 8 Jan 2018

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Anda Selalu Lakukan

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau […]

Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.

Featured Fri, 17 Feb 2023
Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018