Gaya Hidup By: Yanie Baharom September 23, 2018 @ 5:00pm

Fahami Bahasa Tubuh, Anda Boleh Detect Mereka Yang Berbohong Pada Anda

Bahasa tubuh (body language) iaitu alat komunikasi primitif yang digunakan oleh manusia sejak sekian lama. Gerakan tubuh yang terjadi secara spontan oleh alam bawah sedar manusia akan berlaku apabila seseorang itu dalam usaha mengekspresikan perasaan dan keinginan yang tersembunyi di dalam hati.

Sejak manusia masih bayi lagi, perubahan mimik muka atau ekspresi wajah dan gerak anggota tubuh adalah alat komunikasi antara bayi dengan orang di sekitarnya. Ini kerana bayi tidak boleh bercakap maka bahasa tubuh menjadi bahasa utama dan yang terpenting sebagai alat pengungkap perasaan dan keinginannya.

Malah bahasa tubuh juga boleh menunjukkan kebenaran dan kejujuran tanpa diminta. Kadangkala kita tidak tahu apakah yang dikatakan seseorang itu benar atau tidak, atau adakah orang itu menyembunyikan sesuatu.

Bagaimana untuk detect ketidakjujuran sekaligus menyelami perasaan seseorang, perhatikan bahasa tubuh mereka.

INI 7 RAHSIA BAHASA TUBUH YANG ANDA PERLU TAHU

1. Menaik dan menurunkan kening

Jika sesorang itu terperanjat, keningnya akan terangkat dan berbentuk melengkung bagaikan pelangi atau bentuk U terbalik.

Jika marah, kening tetap terangkat namun bentuknya sedikit berbeza yang mana kening kelihatan membentuk seperti garisan hampir menegak. Kening yang dinaikkan juga mencerminkan bahawa individu itu berada dalam kondisi ingin tahu atau tertarik dengan sesuatu.

Sebaliknya jika ia menurunkan kening, bererti ia menunjukkan adanya perasaan negatif seperti sedih, murung, bingung dan takut.

2. Gemar mengerutkan dahi

Garisan melintang atau mendatar (horizontal) menunjukkan individu itu banyak berfikir dan seorang yang strategik. Ini dapat dilihat pada wajah Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew.

Garisan menegak (vertical) menunjukkan individu itu suka memikirkan tentang orang lain misalnya ahli keluarganya.

Kedudukan garisan ini juga membawa makna berbeza; jika garisan terbentuk pada permulaan bulu kening kiri atau kanan, ini menunjukkan bahawa dia mengambil berat tentang orang yang berada di kelilingnya misalnya keluarga dan teman-teman.

Manakala garisan yang terbentuk betul-betul di tengah dahi menunjukkan individu tersebut jenis yang cepat marah. Lagi dalam garisan itu terbentuk maka lagi serius masalah yang sedang difikirkan.

Orang yang hidupnya happy go lucky cukup beruntung kerana kurang atau tiada garis ekspresi terbentuk di dahi mereka.

3. Menggigit lidah

Bagi mereka yang gemar menggigit lidah dikhabarkan adalah individu yang penuh dengan keazaman. Anda juga boleh perhatikan pada daerah tulang rahangnya.

Lazimnya tulang rahang bergerak-gerak ketika kita mengunyah makanan. Namun individu yang penuh keazaman juga memiliki tulang rahang yang kerap bergerak-gerak.

Manakala individu yang membiarkan mulutnya terbuka sedikit ataupun bibir bawah kelihatan jatuh walaupun tidak berbuat apa-apa, mereka ini lazimnya jenis yang kurang berdisiplin terhadap diri sendiri kerana tidak memiliki keazaman yang kuat.

4. Menyilangkan kaki

Menyilangkan kaki lebih diterima terutama dalam kalangan wanita kerana terlihat profesional kala duduk lebih-lebih lagi ketika memakai skirt.

Juga lihat pada kedudukan tubuhnya, adakah ia kehilangan power pose? Power pose bermakna bidang bahu terbuka, badan berada pada kedudukan tegak dan dagu pada kondisi seimbang yang mencerminkan individu tersebut punya keyakinan diri yang tinggi.

Non-power pose pula menjelaskan bahawa individu tersebut kurang keyakinan diri yang mana kedudukan badannya sedikit bengkok, sekali gus menunjukkan sikap yang tidak profesional.

Buat lelaki, anda masih boleh menyilangkan kaki tetapi bukan seperti gaya perempuan menyilangkan kaki ya! Anda boleh duduk dengan keadaan kaki sedikit terbuka namun elakkan kaki terbuka luas kerana ini menunjukkan anda kurang adab dan rasa rendah diri.

Lelaki yang berlagak dirinya bagus (selalunya dengan mengembangkan dadanya luas-luas), mungkin terdiri daripada mereka yang rendah keyakinan diri. Oleh sebab itu ego mengambil tempat, lantas individu itu cuba memperlihatkan dirinya yang gagah. Bagi individu yang lebih berkeyakinan, mereka hanya membuka kaki hingga ke paras paha sahaja. Jika lelaki itu terlalu mengepit kakinya, itu juga membawa maksud yang dirinya berasa tidak yakin.

5. Sambil berbual mata pandang ke arah lain

Biasanya apabila kita bercakap, kita mahu melihat mata orang tersebut, ya perlu ada eye contact. Orang yang suka memandang ke arah lain ketika bercakap juga tergolong dalam kategori kurang keyakinan diri.

Ada dua jenis orang yang berkelakuan sebegini; pertama, kurang keyakinan diri dan kedua, ada perkara yang ditakuti oleh mereka. Ini berlaku apabila mereka melakukan kesalahan dan dia berasa orang mahu menyoal siasat dia, maka dia mengelak untuk memandang tepat ke mata orang yang bercakap dengannya.

Kita mengelakkan eye contact apabila kita berasa tidak selesa ataupun resah. Ini lazimnya berlaku apabila kita menghadiri seminar dan hos mula bertanyakan soalan kepada hadirin. Ya, ketika itu ramai yang cuba mengelakkan berlakunya eye contact kerana tidak mahu ditanyakan soalan.

6. Membelai rambut

Wanita yang suka membelai rambut ketika ber’dating’ sebenarnya cuba menyerlahkan sisi feminin. Jika dia berbuat begitu bermakna wanita itu mahu lebih perhatian daripada jejaka lawan bicaranya. Pabila wanita menyentuh dadanya ketika berbicara dengan jejaka, ini menunjukkan tanda bahawa dia mahu didekati ataupun mahu berbica dengan lebih mendalam.

Foto: The List

7. Anak mata berkerdip

Jika anak mata kerap berkerdip atau bergerak-gerak, ini menunjukkan individu itu berada dalam keadaan resah. Pandangan mata kita juga perlu seimbang.

Gerakan yang terlalu pantas atau lambat juga tidak bagus. Misalnya, jika mata memandang ke arah yang betul yakni wajah orang yang bercakap dengannya namun biji matanya tiada reaksi (tidak bergerak), itu juga tidak digalakkan. Ini serupa dengan orang yang sedang berangan pada siang hari, keadaan matanya juga tidak bergerak.

BELAJAR MENGENAL BAHASA TUBUH SECARA PANTAS KALAU DIA BERBOHONG…

1) Menutup mulut dan terbatuk.

2) Menyentuh hidung.

3) Memalingkan wajah.

4) Mata lebih kerap mengerdip.

5) Menggaru leher.

6) Nada suara berubah.

KALAU DIA BERASA TERTARIK…

Foto: thelist

1) Meletakkan tangan di dada.

2) Mendekat kepada lawan bicara.

3) Kakinya mengarah ke orang yang dia suka.

4) Pandangan mendalam.

5) Pupil mata membesar.

KALAU DIA MARAH…

1) Menyilangkan tangan di dada.

2) Meramas-ramas kedua-dua tangan.

3) Berpura-pura membersihkan pakaian sambil mengalihkan pandangan.

KALAU DIA KECEWA, SEDIH ATAU STRESS…

1) Sering menunduk.

2) Pandangan kosong atau agak takut-takut.

3) Mata merah berair seperti mahu menangis.

4) Senyum bergetar atau senyum seperti tertahan-tahan.

KALAU DIA MENUNJUK KUASA…

1) Tangan disilang ke belakang.

2) Meletakkan kaki di atas meja/kerusi.

3) Asap rokok dihembuskan ke atas (bagi perokok)

Sumber: InTrend

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 May 2019
Featured Mon, 9 Mar 2020
Gaya Hidup Fri, 28 Dec 2018

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah, First Lady paling dikagumi dan disayangi rakyat!

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Malunya Kasut Berbau Hapak! Ikuti 7 Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Bau Itu

Kaki anda kuat berpeluh? Sebab itulah bakteria boleh membiak di dalam kasut dan menyebabkan kasut berbau.

Featured Wed, 2 May 2018

Kakinya Ada Insuran Okay? Itu Antara 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rihanna

Ada beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang Rihanna juga penerima Anugerah Grammy ini dan 5 fakta itu sangat menarik!

Featured Sat, 11 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Belajar Buat Ramen Halal Ketika Melancong Ke Kyoto. Pengalaman Unik Yang Takkan Anda Lupa!

Jika anda ke restoran Ramen Factory di Kyoto, anda bukan saja dapat makan ramen halal, tapi anda boleh juga buat ramen anda sendiri!

Gaya Hidup Mon, 10 Dec 2018
Featured Tue, 20 Mar 2018

Makan Ikan Ini Ketika Hamil Bagus Untuk Dapat Anak Genius – Kata Pakar

Rupa-rupanya, ada cara untuk meningkatkan kepintaran bayi anda melalui makanan yang anda makan ketika hamil.

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

[VIDEO] Anak Diragut, Ini Sebab Ibu Bapa Perlu Fikir Dahulu Sebelum Pakaikan Anak Barang Kemas!

Kalau orang dewasa pun boleh kena ragut, inikan pula budak kecil yang lemah dan mudah diperdaya.