Gaya Hidup By: Yanie Baharom May 7, 2018 @ 6:15pm

Fakta Menarik Di Sebalik Infinity Stones Yang Menjadi Rebutan Dalam Karya Avengers: Infinity War

Jika anda peminat filem Avengers: Infinity War, anda mungkin teruja untuk menyaksikan bagaimana sekumpulan adiwira Marvel bergabung di layar perak.

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik mengenai filem ini yang mungkin anda tidak ketahui iaitu kewujudan Infinity Stones atau ‘Batu Keabadian’ yang dilihat mempunyai keistimewaan sekaligus menjadi kegilaan watak fiksyen Thanos.

Memetik laporan BBC, walaupun ancaman daripada batu ini adalah pertama kali ditonjolkan dalam filem Marvel, namun lagenda mengenai batu permata misteri ini adalah sesuatu yang sudah muncul sekian lama.

Foto : GameSpot

Berikut ialah 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai mitos batu ajaib di dunia:

1. Menurut sejarawan agama, George F Moore, batu merupakan sesuatu yang signifikan kerana dianggap sebagai sesuatu yang suci sejak awal peradaban manusia seperti Sledovik di Rusia dan Hajar Aswad dalam Islam.

2. Bangsa Romawi Kuno merendam batu yang dipanggil sebagai Lapis Manalis ke dalam air yang dikatakan boleh membawa hujan. Ritual ini dikenali sebagai aquaelicium.

3. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat zaman moden masih kekal apabila pengunjung datang ke Blarney Stone di London kerana percaya pada lagendanya yang dapat memberi kemudahan dalam bercakap.

4. Menurut mitos Yunani Kuno, ‘Batu Jiwa’ yang dipanggil Baetylia diyakini mempunyai kekuatan yang dihembuskan para dewa dan jatuh dari langit berupa meteor.

5. Dalam dunia moden, masih terdapat segelintir yang mempercayai batu tertentu mempunyai mineral tambahan yang boleh mengatasi penyakit.

Infinity Stones di dalam filem Marvel kini tidak lagi dilihat sebagai hasil bayangan atau fantasi yang dicipta untuk menggerakkan cerita namun ialah sebuah keyakinan kuno lagenda dari masa lalu.

Foto : wired com

Sumber : BBC & Astro Awani

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 2 May 2018

Dahi Berbentuk Donut Jadi Trend Baharu Di Jepun. Macam Ngeri!

Dahi berbentuk donut kini jadi trend di Jepun. Macam ngeri!

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Awas Si Kuat Sentap, Jangan Sampai Rakan Anda Meluat!

Tidak kiralah sebaik dan setulus mana pun hati anda tetapi kalau kuat sentap, memanglah kawan-kawan sekeliling akan lari.

Gaya Hidup Sat, 1 Dec 2018

Pakai iPhone Di China, Anda Dianggap Miskin!

Golongan berpendapatan tinggi di China lebih menggemari jenama Huawei dan Xiaomi.

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Featured Fri, 5 Jun 2020
Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Kalaulah Ada Nenek Cantik Macam Mereka Ini, Memang Tak Bawa Jumpa Boyfriend

Bayangkan kalau kita ada nenek secantik mereka, agak-agak berani tak kenalkan dengan boyfriend anda? 

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Pernah Makan Bakso Beranak? Wah Banyaknya Bebola Daging!

Bakso beranak? Korang pernah dengar tak? Bunyi macam pelik macam mana boleh beranak! Korang yang suka makanan Indonesia mesti dah tahu bakso ini jenis makanan yang macam mana kan? Kalau dapat makan bakso panas-panas ditambah pula dengan kepedasan sambal fuhhh memang sedap! 

Gaya Hidup Fri, 7 Sep 2018

Ini Masa Terbaik Untuk Minum Secawan Kopi Pertama Anda

Ia bukannya seawal yang anda sangka.

| Live TV