Gaya Hidup By: tex_admin December 20, 2019 @ 2:36pm

Hari Keganasan Terhadap Wanita Sedunia: Apa wanita Malaysia perlu tahu?

Oleh Amnan Hibrahim

Bersempena dengan Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Sedunia yang berlangsung baru-baru ini, Agence France-Presse (AFP) melaporkan terdapat lebih kurang 10,000 orang berhimpun bagi menyedarkan masyarakat dan kerajaan supaya memandang serius dan mengambil tindakan untuk mengatasi isu berkenaan.

Selain daripada negara-negara Eropah seperti Perancis dan Sepanyol, himpunan berkenaan turut dianjurkan di negara seperti Guatemala, Rusia, Sudan, Turki, Mexico dan Afrika Selatan.

Dalam laporan Strait Times yang memetik AFP menunjukkan bahawa setiap daripada negara di seluruh dunia menghadapi cabaran dan juga halangan yang berlainan antara satu sama lain ketika berhadapan dengan isu keganasan dan penderaan terhadap wanita.

Menurut World Health Organization (WHO), keganasan terhadap wanita boleh didefinasikan sebagai sebarang perlakuan ganas yang dilakukan atas sebab gender yang membawa kepada kemudaratan kepada fizikal, seksual dan mental atau membawa kepada penderitaan yang berakibat daripada ancaman untuk melakukan gangguan, paksaan atau mengongkong kebebasan yang berlaku di ruang awam mahupun peribadi.

Di seluruh dunia, wanita berhimpun sempena Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Sedunia. Foto: Conversation

Selain daripada kelangsungan budaya setempat yang masih tegar mengamalkan budaya patriarki, kelompongan perundangan juga adalah antara penyebab utama mengapa episod berkenaan penderaan terhadap wanita ini terus berlaku di seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa agar isu keganasan terhadap wanita yang meragut nyawa lebih kurang 87,000 wanita menurut pertubuhan berkenaan ini diatasi dengan tindakan yang lebih signifikan dan proaktif.

Kes keganasan terhadap wanita di Eropah

Di Sepanyol, walaupun kerajaan memperkenalkan undang-undang yang menentang keganasan berdasarakan gender pada tahun 2004, namun statistik keganasan terhadap wanita bagi tahun 2019 menunjukkan terdapat 52 wanita yang dibunuh oleh pasangan mereka.

Sementara itu, Perancis yang terkenal sebagai negara yang memperjuangkan kebebasan hak asasi turut tidak terlepas daripada berhadapan dengan isu ini. Malahan, wanita Perancis juga dipercayai turut berhadapan dengan masalah keganasan wanita yang sangat teruk berbanding dengan negara-negara Eropah Barat yang lain. 

Tidak cukup dengan 117 kematian wanita yang dibunuh oleh pasangan mereka, keadaan wanita di Perancis diburukkan lagi dengan laporan rasmi yang menunjukkan terdapat 23,000 wanita telah mengalami penderaan fizikal dan mental daripada pasangan mereka.

Susulan daripada fenomena berkenaan, kerajaan Perancis telah memperkenalkan beberapa langkah baharu bagi mengatasi isu berkenaan, antaranya adalah memudahkan perkongsian maklumant perubatan bagi wanita yang terkesan serta memasukkan konsep psikologi “intrapment”  di dalam undang-undang.

Namun begitu, langkah berkenaan dilihat tidak cukup kuat menurut kumpulan aktivis di sana yang menyuarakan bantahan mereka pada himpunan berkenaan disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan dana serta keefektifan perlaksanaanya.

Kegusaran wanita Perancis bukanlah suatu yang aneh jika diambil kira pengalaman wanita di Sepanyol yang mana mereka masih terus berhadapan dengan masalah ini walaupun setelah diperkenalkan undang-undang untuk memerangi keganasan terhadap wanita.

Masalah keganasan terhadap wanita di Malaysia

Di Malaysia, statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis menunjukkan jumlah keseluruhan kes keganasan terhadap wanita yang direkodkan bermula Januari hingga November 2018 adalah sebanyak 4,963 kes.

Mengambil dua kes daripada negara Eropah yang diperbincangkan itu, kes keganasan wanita di Malaysia bolehlah dikatakan lebih rendah. Namun begitu, sebuah kajian yang dilakukan YouGov Omnibus yang dilaporkan New Straits Times (NST) mendapati hanya separuh wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual memberitahu pihak lain berkenaan apa yang mereka alami.

Separuh daripada wanita Malaysia yang mengalami gangguan seksual tidak melaporkan perkara berkenaan kepada orang lain. Foto: Yeremian Law

Daripada 1,002 orang yang terlibat, kajian berkenaan mendapati hanya 53 peratus daripadanya yang melaporkan ataupun memberitahu orang lain berkenaan dengan keganasan yang mereka hadapi.

Mengulas mengenai sebab mengapa berlakunya perkara berkenaan, agensi penyelidikan berkenaan mendapati antara faktor utama mengapa mangsa tidak melaporkan kepada pihak lain adalah disebabkan malu, tidak yakin laporan yang dibuat akan menyelesaikan masalah mereka dan juga takut akan tindak balas yang dihadapi.

Undang-undang dan data kajian

Berkenaan dengan undang-undang yang melindungi wanita daripada keganasan dan penderaan yang sudah sedia ada di Malaysia, terdapat beberapa akta yang berkaitan dengan perkara berkenaan seperti Kanun Keseksaan Akta 574, Akta Gangguan Seksual 265 yang terletak di bawah Akta Pekerjaan, Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguna Seksual di Tempat Kerja 1999 dan yang terbaru Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Pekerjaan Awam.

Walaupun kesemua undang-undang dan peraturan ini dibuat khusus bagi menangani isu keganasan terhadap wanita, namun terdapat beberapa kelompongan yang boleh dimanipulasi sekali  gus mampu merencatkan usaha masyarakat mengatasi masalah ini.

Sebagai contoh, Kanun Keseksaan Akta 574 hanya merangkumi kesalahan yang berkaitan dengan gangguan seksual yang bersifat fizikal sedangkan seseorang mangsa gangguan seksual itu juga boleh diganggu secara mental.

Di samping itu, walaupun terdapat penambahbaikan dalam kod amalan 1999 dan juga Garis Panduan 2018 yang mana kesalahan yang diperuntukkan adalah merangkumi gangguan dari segi percakapan dan mental, tetapi kuasa yang diberikan oleh peraturan berkenaan kepada majikan menyebabkan perkara itu terbuka untuk dimanipulasi lalu menyebabkan wanita takut untuk bersuara.

Pengenalan peraturan dan undang-undang baharu perlu bagi menutup kelompongan pada undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan keganasan terhadap wanita. Foto: Pakpips.com

Oleh itu, pengenalan Akta Gangguan Skesual yang masih dalam proses untuk dibentangkan di Dewan Parlimen adalah suatu usaha yang perlulah disokong dalam usaha masyarakat untuk melindungi wanita daripada sebarang salah laku seksual.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, antara perkara yang akan disentuh di dalam akta berkenaan adalah menambahbaik mekanisme yang digunakan dalam membuat aduan, memendekkan prosedur siasatan dan juga memberikan hukuman kepada pihak yang gagal untuk menjalankan tugas dalam menguruskan aduan berkenaan dengan gangguan seksual.

Dalam kenyatan yang lain di NST, Hannah berkata akta yang masih dalam perbincangan ini akan turut cuba untuk mengatasi kelompongan yang terdapat dalam peraturan sedia ada dan turut meliputi sektor awam dan juga swasta.

Selain itu, bilangan kajian di dalam isu berkenaan dengan keganasan terhadap wanita di Malaysia juga perlu dipertingkatkan lagi bilangannya bagi menambahkan lagi data dan maklumat yang diperlukan dalam usaha mengatasi masalah ini.

Selain daripada boleh mengurangkan lagi masalah kes kekurangan laporan berkenaan keganasan seksual terhadap wanita, kajian yang dijalankan juga mampu mengatasi apa yang disebutkan oleh WHO dalam laporannnya pada tahun 2005 iaitu masalah kekurangan data berkenaan mangsa, sifat, punca dan akibat keganasan dalam kalangan wanita Malaysia untuk dibandingkan dan digunakan dalam kajian.

Data yang komprehensif dan tepat adalah sangat penting bagi membolehkan pengkaji untuk mengetahui dengan jelas dan pasti akan masalah yang dihadapi seterusnya mengatasinya berdasarkan maklumat yang ada.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Dec 2022

Rezeki Semakin Murah Dalam Lakonan, Shiha Zikir Jaga Batas

Selebriti serba boleh, Shiha Zikir mengutamakan pemilihan watak dalam memberikan hasil kerja yang terbaik selagi ia tidak melanggar batas. Mula dikenali dalam bidang nyanyian, Shiha juga aktif dalam bidang pengacaraan serta mendapat banyak tawaran lakonan. […]

Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018
Gaya Hidup Mon, 18 Nov 2019

Harta melayang, maruah tergadai. Awas, lelaki si pisau cukur!

Mulut manis dan kedekut antara ciri khas mereka

Gaya Hidup Wed, 23 May 2018

Doktor Nasihat Hati-Hati Beli Ayam Di Bazar Ramadan Kalau Tak Nak Terkena Kuman Ini

Sebelum beli ayam di bazar Ramadan, anda perlu peka tentang kebersihan juadah itu.

Gaya Hidup Fri, 12 Apr 2019
Gaya Hidup Fri, 6 Jul 2018

Nak Pindah Rumah? Ikuti 7 Tip Ini Yang Boleh Menyenangkan Kerja Anda

Tak semestinya anda perlu bungkus semua barang ke dalam kotak.

Gaya Hidup Wed, 27 Feb 2019
Events Tue, 5 Apr 2022
Featured Wed, 9 Jan 2019

This is the best day to take leave from work, and no, it’s not Friday

Use this tip if you care enough for your mental health.

Gaya Hidup Mon, 24 Sep 2018