Gaya Hidup By: Yanie Baharom November 18, 2019 @ 3:48pm

Harta melayang, maruah tergadai. Awas, lelaki si pisau cukur!

Pisau cukur atau gold digger sering dikaitkan dengan wanita muda dan cantik yang gemar menggoda lelaki kaya dengan matlamat mengikis hartanya tanpa mengambil kira status, umur mahupun fizikal lelaki terbabit. 

Sekadar menyebut, kalau setakat pemberian cincin perkahwinan bernilai bawah RM1,000, duit nafkah RM100 sebulan, bulan madu dibahagi sama rata, selera makan pun tidak besar mana bukannya hari-hari mahukan hotel bertaraf lima bintang, apa tah lagi jam atau tas tangan jenama mewah juga tidak pernah diminta. Tetapi jika wanita seperti itu ditafsirkan sebagai pisau cukur, bererti lelaki itu sebenarnya kedekut macam haji bakhil!

Bersyukurlah dapat pasangan yang tidak berkira dan boleh lebih kurang kerana jika berdepan dengan pisau cukur duit yang tinggi menggunung sekejap saja ditarahnya! 

Bagaimanapun, ada kalanya lelaki juga pisau cukur yang mengaut keuntungan daripada hasil penat lelah wanita. Bagaimana untuk mengenal pasti seseorang lelaki itu tergolong dalam lelaki jenis sebegitu?

Sebenarnya, ada cara untuk mengenali si pisau cukur, perhatikan saja perilaku dan gaya mereka.

Paling mudah, jika sejak awal perkenalan si dia sering membuat helah atau memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengeluarkan satu sen pun duit daripada poketnya waima hanya untuk membayar bil makanan dan membiarkan teman wanita menanggung semuanya, itu bermakna sahlah si dia itu si pisau cukur!

Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan seseorang lelaki itu mungkin si pisau cukur:

Gambar hiasan/Foto: Youtube

1. Suka mengelak

Pantang diajak keluar makan, lebih-lebih bila si teman wanita menawarkan untuk belanja menonton wayang, tidak habis cakap terus saja setuju! Tiba giliran si wanita memintanya berbuat perkara yang sama, tetapi dia asyik memberikan alasan untuk mengelak sama ada tidak cukup duit atau tidak mahu keluar, sebaik-baiknya tinggalkan sahaja lelaki berkenaan. 

Orang kata, pisau cukur ialah lelaki bermulut manis. Lagipun sudah terbukti dia sekadar ingin berdampingan hanya jika teman wanita itu melaburkan wang untuknya, justeru apa guna untuk terus berkawan? Jika sudah mula dilamun cinta, sebaik-baiknya fikirkan kembali perasaan anda.

2. Alasan bisnes kecil-kecilan

Rasanya tidak ada siapa perlu merahsiakan pekerjaan daripada pengetahuan umum melainkan jika dia memang seorang perisik. Jika ada jejaka yang berkata ‘saya buat bisnes kecil-kecilan saja’ kepada anda, percayalah ada beberapa kemungkinan di sebalik ‘bisnes kecil-kecilan’ yang dimaksudkan.

Antaranya, mungkin dia tidak mempunyai kerja yang stabil atau tetap, pekerjaan yang teruk atau paling tidak sebenarnya dia memang tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Tujuannya adalah untuk membuatkan si wanita berkenaan terdetik rasa simpati dan jika memerlukan duit kelak, dia boleh menggunakan alasan perniagaan sedang kritikal dan memerlukan bantuan kewangan.

Foto: Money Magpie

3. Buat bisnes asyik tidak menjadi

Demi sayang, harta melayang! Selalunya begitulah jika seseorang wanita sudah jatuh cinta, diperbodohkan banyak kali pun tidak mengapa. Wanita yang berpelajaran tinggi sekalipun, boleh jadi tidak rasional, inikan pula yang IQ rendah!

Oleh kerana rasa sayang dan cinta, selain harapan untuk melihat jejaka pujaan hati berjaya mencapai cita-citanya, ada wanita yang sanggup menerima lelaki sebegitu dengan harapan mungkin satu hari nanti perniagaan si lelaki berkenaan maju.

Lelaki jenis pisau cukur lazimnya gemar mempermainkan cinta wanita, lebih-lebih lagi apabila sudah tahu kebodohan wanita, maka dia terus bermain drama. Kononnya untuk mendapatkan kerja yang memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, dia perlu mengeluarkan modal terlebih dulu. 

Gambar hiasan/Foto: express.co.uk

4. Nak tahu baki akaun

Waktu kita sedang sibuk mengeluarkan duit di mesin pengeluaran tunai (ATM), si dia asyik menjeling ke arah skrin mesin untuk melihat jumlah akaun yang tinggal.

Jangan terlalu positif, situasi ini bukan bermaksud lelaki itu mengambil berat mengenai anda, tetapi sebenarnya taktik untuk melihat adakah anda mempunyai jumlah duit yang banyak atau sebaliknya. Jangan terkejut jika satu hari nanti si dia mula berani meminta atau meminjam duit.

Jika diikutkan banyak lagi ciri-ciri lelaki pisau cukur dengan 1,001 agenda yang tidak terjangkau dek fikiran wanita. Apapun, diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita supaya mereka tidak terus-terusan diperbodohkan. 

Jangan terlalu dahagakan cinta lelaki sehinggakan memusnahkan hidup kamu sendiri. Jika lelaki itu mencintai kamu, dia sanggup lakukan apa saja sekali gus berusaha untuk memperbaiki hidupnya demi membahagiakan kamu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 17 Jan 2019
Featured Fri, 27 Dec 2019
Featured Thu, 8 Aug 2019

Tengah cari kerja? Pastikan resume anda tiada bahagian yang tidak relevan ini

Pengurus pengambilan pekerja tiada masa nak tengok!

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Kiub Ais Aloe Vera Mampu Kecutkan Jerawat. Buat Sendiri, Jimat & Senang!

Anda ada masalah jerawat yang teruk tapi tak tahu cara nak rawat? Jom DIY kiub ais aloe vera ini untuk kecutkan jerawat.

Events Sat, 22 Jan 2022
Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Air Milo Ais Campur Dengan Cheese Dan Durian? Sedap Ke? Jom Cuba

Sekarang ini, bukan sahaja makanan yang ada fusion, macam campuran masakan Thai dan Jepun. Minuman pun ada!

Gaya Hidup Thu, 12 Sep 2019
Gaya Hidup Tue, 5 Feb 2019

10 petua menghilangkan kesan kotoran degil

Anda hanya perlu menggunakan bahan dari dapur sahaja