Gaya Hidup By: tex_admin April 17, 2018 @ 5:39pm

Hasilkan Skrub Sendiri Menggunakan Beras Dan Barli. Kesannya Memang Menakjubkan!

Lumrah bagi setiap wanita pasti akan memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli produk skrub bagi mendapatkan kulit wajah dan badan yang bersih dan halus. Daripada skrub yang berharga mahal sehinggalah yang murah. Betul tak? Tetapi tahukah anda, skrub juga boleh dihasilkan oleh anda sendiri menggunakan bahan sedia ada di dapur. Nak tahu caranya?

Gadis yang bernama Aya ini telah berkongsi tip membuat skrub dengan mudah sekali. Aya telah menggunakan skrub buatannya sendiri untuk mendapatkan kulit wajah dan badan yang halus mulus dan berseri. Selain itu, Aya juga berkongsi kesan penggunaan yang dialaminya selepas menggunakan skrub tersebut seperti:

1. Kulit menjadi lembut dan licin.

2. Blackhead dan whitehead dapat dihilangkan.

3. Mencerahkan kulit dan bantu membuang sel-sel kulit mati.

4. Mengelakkan jerawat terus tumbuh.

Kalau anda nak cuba buat skrub yang mudah ini, jom kita tengok bahan-bahan dan cara untuk membuatnya. 

Bahan-bahan:

Segenggam beras (basuh terlebih dahulu)

Segenggam barli

1 Sudu makan garam

Cara-caranya:

1. Basuh terlebih dahulu beras dan toskan airnya. Goreng beras tersebut tanpa minyak menggunakan pan. Goreng sehingga beras tersebut kering.

2. Selepas siap digoreng, kisar beras bersama garam menggunakan pengisar kering. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan. Untuk pengetahuan anda, garam bertindak sebagai agen pembunuh kuman.

3. Kemudian, anda perlu kisar barli sehingga halus seperti anda kisar beras itu tadi.

4. Campurkan beras, garam dan barli yang telah dikisar tadi. Gaul sehingga sekata.

5. Siap! Anda boleh memakai skrub ini pada wajah dan anggota badan. Ketika anda ingin memakai skrub ini, campur sedikit air dan skrub secara perlahan-lahan. Kemudian biarkan selama 15 minit dan cuci menggunakan air bersih.

6. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, jangan sesekali skrub pada kawasan jerawat itu. Letakkan sedikit skrub pada permukaan jerawat sahaja dan biarkan sehingga kering. Kemudian cuci menggunakan air bersih.

Mudah sahaja kan untuk buat skrub ini, anda boleh cuba ok! Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Aya Zuki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Fri, 22 May 2020
Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018

Uniknya Terrarium Air Tangan Sang Pengembara…Love Sangat!

Terrarium dalam bahasa Latin bermaksud bumi mini.

Gaya Hidup Mon, 8 Oct 2018

Bukan Saja Photographer, Che Ta Bawa Tukang Masak Peribadi Ketika Bercuti Di Luar Negara

Untungnya jadi jurugambar dan tukang masak Che Ta, sambil kerja sambil melancong!

Featured Wed, 29 Apr 2020
Acara Thu, 25 Jul 2019
Gaya Hidup Wed, 13 Feb 2019
Gaya Hidup Tue, 30 Apr 2019