Gaya Hidup By: tex_admin April 16, 2018 @ 8:00am

Hindari Guna Putik Kapas Kalau Tak Nak Telinga Anda Sakit Teruk

Berapa kali anda mengorek atau membersihkan tahi telinga? Sudah pastinya ramai di antara kita sangat menitik beratkan soal kebersihan diri termasukkan pada bahagian telinga. Mungkin anda percaya bahawa telinga yang tidak dibersihkan setiap hari akan menyebabkan telinga tersumbat dan pekak gara-gara tahi telinga yang terkumpul. Sebenarnya, anda tidak perlu membersihkan telinga anda setiap hari! 

Kebiasaannya putik kapas adalah alat yang biasa digunakan. Tahukah anda, penggunaan putik kapas hanya menarik keluar lebihan tahi telinga yang melekat pada permukaan kapas sahaja. Ia tidak dapat membersihkan secara menyeluruh kerak tahi telinga yang melekat di sekeliling rongga. Selain itu, penggunaan putik kapas juga menyebabkan kapas menolak sisa-sisa tahi telinga yang terkumpul ditolak lebih dalam sehingga ke kawasan rongga paling dalam, lalu akan menyukarkan lagi proses pembersihan telinga.

Foto: Informasi Kesihatan

Menurut pakar, anda tidak perlu kerap membersihkan atau mengorek telinga kerana telinga mampu membersihkan dirinya sendiri kerana kulit pada bahagian dalam akan tumbuh ke arah keluar. Keadaan ini akan menolak tahi telinga anda secara perlahan-lahan dan ia akan terkeluar dengan sendirinya. Bukan itu sahaja, kekerapan anda membersihkan tahi telinga juga akan mencederakan salur dan gegendang telinga.

Kalau anda nak tahu, air yang masuk ke bahagian telinga ketika anda mandi atau sebagainya dapat membantu melembutkan tahi telinga yang keras! Jika telinga anda berasa sakit kerana ada tahi telinga yang keras, jangan sesekali mengeluarkan tahi telinga tersebut kerana ia akan menyebabkan kesakitan itu menjadi lebih serius seterusnya menyebabkan kecederaan.

Foto: Alodokter

Sebaiknya, anda perlu pergi ke klinik dan dapatkan rawatan yang akan membantu mencairkan tahi telinga anda. Doktor akan mencampurkan peroxide serta beberapa cecair alkohol lain dan seterusnya akan menyuntik ke dalam rongga telinga anda yang bertindak sebagai agen pencuci. Cara ini akan memberikan keselesaan dan kembalikan pendengaran anda. 

Jika sekiranya anda mahu mengorek telinga juga, anda haruslah menggunakan besi pengorek telinga kerana ia mempunyai penghujung yang boleh menarik keluar kotoran yang terperangkap dalam telinga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. Hindarilah menggunakan putik kapas agar telinga anda kekal sihat.

Sumber: Healthline, Healthyhearing

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 14 Sep 2018

Jangan Asyik Salahkan Udara Luar, Pastikan Persekitaran Rumah Anda Juga Sentiasa Nyaman Dan Bersih

Pencemaran bukan saja berlaku di luar rumah tetapi boleh terjadi di dalam rumah juga!

Gaya Hidup Wed, 31 Oct 2018

6 Perbuatan Biasa Yang Ratu Elizabeth II Tak Pernah Lakukan Seumur Hidupnya

Bagi rakyat jelata, benda-benda ini dikira biasa.

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Featured Sun, 30 Dec 2018

Anda Rasa Tak Produktif Di Tempat Kerja? Gunakan Teknik Pomodoro Yang Terbukti Efektif!

Senang saja teknik ini dan anda takkan rasa penat sangat.

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Stres Bila Ada Stretch Mark Lepas Bersalin? Amalkan Cara Mudah Ini

Anda mesti akan berasa risau bila ada stretch mark pada bahagian perut semasa hamil. Betul tak?

Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

Featured Sun, 31 May 2020

Raffia Arshad, hakim wanita berhijab pertama di United Kingdom, hebat!

Inspirasi buat wanita Muslim di seluruh dunia

Gaya Hidup Mon, 11 Jun 2018

Guna Serbuk Pengeras Minyak Ini Untuk Mudahkan Anda Buang Minyak Masak

Sangat mudah! Guna serbuk pengeras ini, dan minyak masak anda akan jadi lebih senang untuk dibuang.

Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.