Gaya Hidup By: Ad Ops April 30, 2019 @ 2:00pm

Hubungan cinta anda sering tidak berpanjangan? 3 tanda ini menunjukkan anda mungkin penyebabnya

Jika hubungan percintaan anda asyik tidak menjadi, mungkin anda akan membuat andaian yang selama ini, anda yang tersilap memilih teman.  

Tetapi jika anda mendapati bahawa anda pihak yang terpaksa berjuang keras untuk memastikan hubungan anda kekal hidup, ada kemungkinan anda juga patut dipersalahkan.

Kaunselor, Jonathan Bennett berkongsi beberapa tanda yang menunjukkan andalah pembawa masalah besar kepada hubungan anda.

1. Anda sering mulakan pergaduhan

Meluahkan perasaan adalah sesuatu  sihat, justeru tidak semestinya perbuatan itu negatif jika dengan meluahkan perasaan menyebabkan berlaku pertengkaran dengan pasangan.

Tetapi jika andalah individu yang memulakan setiap pergaduhan dengan si dia, anda mungkin patut meneliti dan menilai diri anda ketika bercinta.

“Jika kebanyakan daripada perselisihan berkenaan terjadi kerana kata-kata atau tindakan anda, itu menunjukkan andalah punca masalah dalam hubungan percintaan ini.

“Anda patut tanya diri sendiri kenapa anda yang memulakan konflik berkenaan,” kata Jonathan.

2. Anda sering membantutkan sebarang komunikasi

Foto: footage.framepool.com

Cuba fikir balik, pernahkah anda memberikan “silent treatment” apabila anda bergaduh dengan pasangan? Adakah anda selalu mengelak daripada menghabiskan sesuatu perbalahan yang tidak berpihak kepada anda?

Jonathan berkata, jika itu yang berlaku, anda sebenarnya menunjukkan tingkah laku yang boleh menjejaskan hubungan anda dengan si dia.

“Komunikasi penting bagi sesuatu hubungan itu untuk berjaya, tetapi jika anda tidak pernah berusaha untuk berkomunikasi dengan pasangan anda, atau sering membuatkan komunikasi terhenti, andalah punca masalahnya.

“Ini bermakna isu yang menghantui hubungan anda tidak akan dapat diselesaikan dengan cara yang sihat,” katanya.

Bukan perbalahan sahaja, malah jika anda tidak meluahkan perasaan secara sihat, atau tidak berekspresi langsung, anda boleh mengakibatkan konflik yang lebih besar.

3. Anda tidak kisah sangat mengenai hubungan cinta anda

Jika anda menyedari yang anda tidak mengambil berat mengenai pasangan anda, itu boleh membawa masalah. Seseorang itu boleh sedar jika mereka lebih mengambil berat dalam hubungan percintaannya daripada pasangannya, lama-kelamaan mereka akan berhenti berusaha langsung.

“Hubungan cinta yang berjaya memerlukan banyak usaha dan kerja keras. Jika anda tidak memenuhi keperluan pasangan anda dan tidak berminat langsung untuk memperbaiki diri demi hubungan anda, itu bermakna anda punca besar bagi keruntuhan hubungan berkenaan,” kata Jonathan.

Jika betul anda tiada jodoh, tidak mengapa, tetapi selagi boleh, anda sepatutnya sekurang-kurangnya menyumbangkan usaha sama banyak dengan pasangan anda demi penyatuan yang bahagia.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019
Gaya Hidup Wed, 28 Nov 2018
Gaya Hidup Thu, 25 Jan 2018

Jeans Ketat Bahayakan Miss V

Memakai seluar jeans ketat sudah menjadi trend serta kegilaan wanita masa kini. Selain memberi penampilan ramping, pemakaian jeans ketat juga mampu menampakkan tubuh badan seksi kepada si pemakai.

Featured Mon, 16 Dec 2019

Kisah hidup Tengku Permaisuri Norashikin dibukukan

Kongsi pengalaman tahun pertama di istana

Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

“Harap Muka Saja Cantik Tapi Kuku Hitam, Kotor!” – Ikuti 6 Rutin Penjagaan Kuku

Wajah, rambut dan kulit antara bahagian yang sering menjadi perhatian apabila berbicara tentang kecantikan. Tetapi, bagaimana pula dengan kuku?

Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018

Siapa Bilang Rambut Beruban Tidak Menawan?

Ironinya rambut bertukar warna kepada putih, bukan sesuatu yang diinginkan, khususnya bagi masyarakat Asia, yang lazimnya berambut hitam.

Gaya Hidup Fri, 19 Oct 2018

Untuk Elak Kereta Calar-Balar Selepas Cuci, Ikuti Tiga Langkah Ini

Teknik pencucian yang salah boleh mengakibatkan masalah yang tidak diingini.

Featured Sat, 15 Dec 2018

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Ada yang sama, ada juga yang pelukis dah “ubah suai” rupanya.

Featured Fri, 3 Feb 2023