Gaya Hidup By: tex_admin May 29, 2018 @ 2:00pm

Ikuti 5 Cara Ini Agar Kulit Wajah Kekal Hidrat Sepanjang Bulan Ramadan

Bulan Ramadan bukan alasan untuk kita tidak menitik beratkan soal kecantikan kulit wajah. Kalau kita lihat, cuaca sekarang ini tidak menentu, kadang panas, kadang hujan dan ianya turut memberi kesan pada wajah dan juga tubuh kita.

Untuk pengetahuan anda, cuaca yang hujan mahupun panas terik matahari akan membuatkan kulit lebih mudah mengering dan dehidrasi. Jom ikuti 5 cara ini untuk mengekalkan kulit wajah yang lembap sepanjang bulan Ramadan ini.

1. Air suam

Foto: BuzzNoble

Anda perlu minum air suam secukupnya ketika bersahur. Tubuh badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan mengekalkan badan untuk terus terhidrat. Minumlah 8 gelas air suam setiap hari sama ada waktu berbuka ataupun bersahur.

2. Makan telur dan susu

Foto: Feminist Current

Waktu sahur anda sebaiknya makan telur dan susu. Jika anda tidak menyukai 2 jenis makanan ini, anda boleh makan buah-buahan yang tinggi kandungan airnya seperti tembikai, anggur dan tomato.

3. Elak makanan pedas

Foto: Nutralngredients

Anda perlu elak untuk mengambil makanan pedas ketika bersahur mahupun waktu berbuka puasa. Ini kerana, apabila anda makan pedas, kulit akan menyerap lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.

4. Pelembap muka

Foto: Beauty School

Oleskan pelembap muka pada waktu malam. Anda juga boleh memakai sleeping mask pada setiap malam untuk merawat kulit yang anda yang dehidrasi.

5. Cuci muka

Foto: Beauty Grace

Anda perlu mencuci wajah dengan menggunakan air sahaja pada waktu pagi kerana ia akan memberi kelembapan yang berpanjangan. Berbanding dengan menggunakan pencuci muka yang akan mengeringkan kulit wajah.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Kalau Pilot Jatuh Sakit Ketika Di Udara, Jangan Panik Relaks-Relaks Sudah!

Standard SOP syarikat penerbangan akan menyediakan dua juruterbang dalam sesebuah pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.

Featured Tue, 3 Mar 2020

Journaling bantu wanita ini hilangkan tekanan

Tampal-tampal sahaja, hasilnya mengujakan!

Gaya Hidup Fri, 15 Mar 2019

Pengebumian suku Toraja di Indonesia ambil masa lama, sanggup tidur dengan mayat

Semakin kaya si mati, maka lebih lama proses pengebumian berlangsung.

Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019

Toys “R” Us tawar set mainan baharu sempena cuti sekolah

Promosi dan acara menarik turut menanti pembeli

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Jom Belajar Buat Popcorn Di Rumah, Guna Periuk Saja Pun Boleh Ya!

Apa yang bestnya kali ini anda tak perlu susah payah membelinya kerana anda boleh buat sendiri di rumah saja.

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Handphone Anda Dicas Semalaman

Anda pernah dengarkan, yang kita tak patut biarkan telefon kita dicas berlebihan? Kononnya lama-lama kuasa bateri itu akan berkurangan.

Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Ikuti 3 Peraturan Penting Ini Supaya Sarapan Anda Dapat Turunkan Berat Badan

Tak semestinya kalau anda makan sarapan, anda gerenti boleh turunkan berat badan.

Featured Tue, 5 May 2020
Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018
Featured Wed, 8 Apr 2020

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

KKM bekerjasama dengan Jabatan Veterinar